BAB 12

Romance Completed 11622

Lagi sebulan untuk spm berkunjung tiba menyapa pelajar tingkatan lima. Setiap pelajar yang bakal menghadapi Spm mula gelisah tak menentu. Ada juga yang buat tak endah. Well, forever young! hahaha

“Lagi sebulan do! Kau boleh rilek weh?” soal Nora yang sudah risau. Sedangkan SyaF masih lagi belum membuka matanya seluas-luasnya.

“Hmmm..” itu sahaja yang terkeluar dari mulut syaf. Si nora ni datang rumah aku masa aku tengah tidur. Dah tak de masa lain ke pe?

Balik-balik sekolah tadi terus aje terbongkang tidur atas katil dan tiba-tiba sekarang ni ada seekor jembalang kacau aku tidur dengan lenanya.

“Wehh! Kau dengar aku tak?” soal Nora sekali lagi tetapi kini di menggoncang badan syaf yang masih terbaring.

Syaf mencuba untuk menggunakan jarinya untuk membuka mata seluas-luasnya tetapi gagal sehinggalah Nora menyiram air ke muka Syaf setiap kali syaf tidak memberikannya respon.

Syaf terus sahaja terduduk dan meraup mukanya yang basah. Nora yang berada di sebelahnya di pandang. “kau jangan sampai aku buat pape kat kau.” kata Syaf.

“eh basuh muka je pun.” balas Nora lalu memeluk tubuhnya.

“Aku rogol kau jap gi kang.” bisik syaf membuatkan mata Nora terbutang luas lalu terus menjauhkan diri dari kawannya itu.

Nora menelan air liur yang seperti batu. “Gulp.”

“Hahahahaha!” syaf mentertawakan sampai tergolek-golek dekat atas katil nya apabila melihat reaksi yang diterima oleh Nora.

Bangang ar si Syaf ni. Tahu lah kelemahan aku yang tu. Aku belasah sat gi budak ni kang. “Tak nak kawan! Belah ar kau.”

Syaf memandang nya dengan mata yang dikecilkan. Merajuk dengan aku konon.. Tapi still lagi berdiri kat situ. Kalau tak nak kawan tu balik lah ke rumah mu Nora..

“Okey okey fine. Apa yang membuatkan kawan aku ni datang sini ni?” akhirnya syaf mengalah dengan sifat kebudak-budakkan sahabatnya itu.

“wehhh!! Kau tahu tak yang spm nak dekat? Kau sedar tak?” soal Nora dan mendekati Syaf lalu memegang kedua belah bahu kawannya itu seperti kehilangan anak.

“Ye aku sedar. Dah kenapa kau ni? Macam mati laki aje.” kata Syaf dengan malas melayan kawannya itu. Siapa tak sedar kalau dah spm nak dekat? Sedangkan mak aku asyik membebel aje kat aku yang spm nak dekat.

Nora memandang kawannya dengan kelipan mata berulang kali. Dia panggil diri dia princess tapi perangai princess tu langsung tak de kat dia. Dia tu cool gila!

“Weh kau tak takut?” soal Nora laku melabuhkan punggungnya di sebelah Syaf.

“buat apa nak takut? Aku guarantee yang aku dah boleh jawab soalan yang dia kasi.” bangga Syaf sambil mendabik dada.

“Podda lah kau. Eh kau dah dengar yang si Akim couple dengan Suzan?” hah! Dah start dah si nora ni. Aku tahu dah dia ni. Kalau datang rumah aku mesti ada pape punya.

“Tahu. Suzan mesej aku seminggu lepas. Aku pun tak tahu mana dia dapat nombor telefon aku pun tak tahu lah..” jawab Syaf acuh tak acuh lalu membuka komputer miliknya.

“Hah? Seminggu lepas? Patut lah kau ignore Akim. Hehe! Jealous eh.. Hehe” usik Nora.

Syaf memandangnya lalu menggelengkan kepala. “Aku takut je suzan tu cari aku then kerat aku 14. Aku tak nak! Biarlah aku amik spm dulu.” jawabnya tak masuk akal.

“Serious? Betul ni tak jeles?” soal Nora berulang kali dan syaf hanya mengangguk setiap kali ada tanda soal muncul dari bibir Nora.

Entahlah biasa je aku rasa. Tapi kadang-kadang rasa nak dera dia lebih pun ada. Aku pun tak faham perasaan aku tadi bila aku dapat tahu. Rasa marah? Benci? Suka? Rilek? Hmm , entah .. Yang pastinya hati aku berat menerima berita itu. Apa makna nya tu ek?

“Kau buka apa?” soal nora mengalah apabila soalan-soalannya tadi hanya mendapat anggukan dari syaf. Aku tahu kau sukakan Akim, Syaf! Baik kau ngaku dengan aku.

Lagu Arjuna beta yang dinyanyikan oleh Fynn jamal beralun menandakan seseorang menelefon Syaf. Dengan malas Syaf mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas rak.

“My servant” nama itu muncul di skrin telefon Syaf membuatkan kening syaf bertaut. Apahal call aku ni?

“Hello.” sapa Syaf acuh tak acuh.

“Siapa?” bisik Nora. Syaf menggerakkan bibirnya menyebut nama Akim tanpa mengeluarkan suara dan Nora mengangguk lalu tersengih. Apa pula masalah monyet sekor ni?

“hmm.. Syaf.. Sebenarnya ,.,” belum sempat Akim menghabiskan kata-katanya Syaf sudah memotong.

“Sebenarnya pe benda? Aku tak de benda nak suruh kau sekarang ni.” potong Syaf dengan nada suara yang agak marah. Apahal aku marah pula ni?

“hmmm.. Pasal rumors yang aku couple dengan Suzan tu.” kata Akim memberikan clue. Syaf dah menjulingkan matanya ke atas dah. Nak cakap tu biar straight to the point lah bro!

Nora menyuruh Syaf untuk membuka mode speaker untuk dia dengar sekali. Syaf hanya menuruti. Dia meletakkan telefon bimbitnya itu di sebelahnya tetapi matanya fokus kepada skrin komputer.

“Princess!” jerit Akim di dalam talian kerana tiada respon dari Syaf.

“Hmm…” kata Syaf meberitahu Akim yang dia masih ada di situ. Nora menggelengkan kepala melihat kawannya itu. Eee! Rasa nak lenyek lenyek je ego minah ni.

“Sebenarnya rumors tu palsu lah. Aku mana ada couple dengan suzan. Kau jangan salah faham.” kata Akim di dalam talian. Syaf yang mendengarnya terkejut dan tersenyum tanpa disedari tetapi segera dia menyorok senyuman itu dari Nora.

Dia berlagak cool kembali. “So?’ soal Syaf.

“Hmm.. Aku cuma nak kau tahu je. Tak payah lah ignore aku do.” pinta Akim.

Nora dah tersengih macam kerang busuk kat sebelah syaf. Syaf hanya menjelingnya lalu menutup mode speaker. “Siapa ignore kau? Aku cuma malas je. Dah lah , aku nak layan cerita Frozen.” syaf memutuskan panggilan tanpa menunggu jawapan Akim dan mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil.

“Ada chance lah kau.” usik Nora.

“Spm dude. Tak de masa okey?” malas syaf melayan Nora lebih baik dia menonton cerita kartun Frozen walaupun sudah beberapa kali dia menonton cerita itu.

Perbualan mereka berhenti sampai di situ kerana mata masing-masing tertumpu kepada skrin komputer dan mula melayan filem kartun itu sampai habis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience