BAB 3

Romance Completed 11622

“Alaaa lek arhh.’ kata Syaf kepada jirannya setiap kali dia lambat ke sekolah.

Bukan setiap kali , memang hari-hari pun dia tanya soalan yang sama sebab Syaf tiap hari datang lambat. Keke

“Engkau ni syaf. Aku pelik lah. Cikgu kau tak marah ke kau selalu datang lambat ni?” pelik Chici. Budak ni hari-hari datang lambat. Siap boleh sembang dengan aku tiap pagi. Aku pun sekolah dekat sekolah dia dulu setahu aku ketat juga undang-undang dia.

“Marah? Hahahahaha” gelaknya palsu.

“Ini Syaflah kak Chici. Ilmu syaf lagi kebal dari cikgu disiplin tu. Tak kira lah dia pakai saka apa pun.” sambungnya lagi.

Saka? Hahaha! Aku tahu lah cikgu disiplin tu selalu merayau-rayau ada ke dia kata dia bela saka. Bawa bertaubat lah Syaf oi!

“Banyak lah kau punya kebal.” geleng kepala Chici melayan gadis yang dikatakan cool itu.

Ye dia memang cool gila! Kena langgar kereta hari tu pun dia boleh buat cool je. Kaki dia sakit berdarah-darah boleh kata itu sirap? Oh mak aihh!

“harap kau kena lah hari ni. Hahah!” kata Chici.

“Okey lah beb. Wa po’i dulu k. Jangan lupa masakkan spageti untuk wa nanti. Hehe” Chici menggelengkan aje kepalanya mendengar celoteh Syaf yang tak ubah macam kanak-kanak ribena.

Syaf menunggang motosikal nya seperti biasa. Dia hanya membawa motornya dalam 40 kilometer sejam sambil menegur-negur pak cik dan mak cik yang berjalan kaki di bahu jalan.

“Happy betul budak tu ye..” senyum seorang pak cik membisik kepada isterinya.
Isterinya hanya tersenyum mendengar bisikan suAkimya itu.

Sesampai sahaja di sekolah, Syaf mengikut pintu pagar belakang sekolah untuk memarkir motosikal nya. “Good!” jerit hatinya apabila melihat pagar sekolah yang terbuka itu.

Dia terus memasuki kawasan sekolah tersebut tanpa pengetahuan cikgu disiplin. “Hehe! Ini syaf lah. Takkan kena tangkap punya.” pujian diberikan kepada diri sendiri sambil menongkatkan motosikal.

“Ehem!” suara seseorang berdehem di belakangnya membuatkan dia menelan air liur yang seperti batu,

“Gulp!” Syaf memusingkan badannya. Bibirnya terus mengukirkan senyuman sumbing.”Selamat pagi cikgu..” ucapnya lalu menggigit bibir bawahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience