BAB 20

Romance Completed 11622

“Hahaaha!” gelak Syaf dengan kecomelan the minions di dalam filem kartun despicable me 2. Comelnya lahai diorang ni!

“tok! Tok!” ketukan pintu membuatkan dia terus menutup video itu lalu terus belagak seperti melakukan kerja nya yang sudah siap.

“Masuk!” jeritnya dari dalam membuatkan pintu itu terbuka ditolak seseorang takkan hantu pula kan.

“Cik Syafirah, tak nak berkumpul sekali tengok anak pengarah ke?” soal fina yang boleh kata rapat dengan syaf.

“Tak nak lah. Malas.. Nanti jumpa juga. Lagipun tak de saya pun tak pe.” balas syaf dengan senyuman lalu fina mengangguk faham dan keluar dari pejabat itu.

“Ala, nak jumpa buat apa? Kita kenal lembaga pengarah syarikat ni tapi dia langsung tak kenal kita. Yelah kita ni daripada beribu pekerja dia.” bisik hatinya lalu sambung menonton filem despicable me 2.

“Indahnya sungguh di hari raya ~” lagu raya mula berdendang dari telefon bimbit Syaf menandakan seseorang menelefonnya.

Apa lah! Dah dua bulan aku tak tukar ringtone lagi! Haha! Syaf segera menyahut panggilan itu selepas membaca nama yang terpacul di skrin telefon bimbitnya,

“Hello Alif. Apahal call?” soalnya seperti mencari gaduh.

“Hoi lek arh! Pahal kau? Ni hah! Aku ada berita. Akim dah balik dari london. Semalam aku terserempak dia masa kat pavilion.” kata Alif membuatkan jantung Syaf berdegup kencang. Dia menjadi bisu serta-merta kerana tak tahu nak balas apa.

“Hello! Syaf!” jerit Alif di hujung talian membuatkan syaf mula mentuturkan kata.

“Hah? Hmm? Weh wehh! Aku busy ni. K bye!” Syaf segera mematikan panggilannya.

Alif melihat Galaxy S5 nya berkali-kali kerana terkejut dengan tiba-tiba Syaf memutuskan panggilan telefon dari nya. Alif mengangkat kedua belah bahu menandakan dia tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience