BAB 25

Romance Completed 11622

Selepas selesai mandi, Syaf segera ke biliknya. Semasa berjalan ke sana , dia terserempak dengan Akim yang berbual mesra dengan bapa. Ceh , nak bodek bapa aku kemain!

Syaf mengeringkan rambutnya yang panjang sehingga kering. Dia mula mengikat rambut seperti ekor kuda dan mula memakai skaf dan tudung sarung.

Kawan-kawan nya sudah tiada di dalam bilik itu. Mandilah kot. Syaf keluar dari bilik untuk menegur sepupu-sepupunya. “Kak syaf!” panggil dua orang kembar lelaki yang sudah berusia 19 tahun itu.

“Hah pe dia lilan?” soal Syaf menyahut panggilan mereka selepas melabuhkan punggung di atas lantai menyertai mereka semua adik beradik. Padahal aku paling tua kat situ. Lilan? Hehe! Sebenarnya aku tak dapat cam mana fadli dan fadlan. Hmm taram sahaja lah panggil kedua-duanya.

Lilan ni bukan main banyak adik-beradik dia. Campur dia dah sebelas orang. Paling kecil sekali umurnya 7 tahun. Nah kau! Paling tua pula muda setahun dari aku.

“Kak Syaf , pergi sungai jom esok?” ajak Fadli dengan adik-adiknya. Diorang tahu , kalau aku dah balik kampung memang bukan 24 tahun aku ni.. Macam budak 14 tahun aje.

“No hal!” Syaf mengangguk lalu menunjukkan sigh board alright kepada mereka. Mereka semua mula bersorak gembira. Ceh! Haha!

Akim hanya memandang keakraban mereka semua. Akim tahu mereka itu sepupu tetapi sepupu boleh kahwin kan? Cemburu dihatinya mula hadir. Dia masih belum memiliki gadis itu jadi dia takut gadis itu akan dirampas orang lain sebelum dia.

Encik Mohammad Fared menggalakkan Akim untuk mencuri hati Syaf secepat mungkin kerana sudah ramai yang menempah syaf untuk dijadikan permasiuri hidup mereka lagi-lagi orang kampung ini.

Aku kena cepat bertindak! Akim! Hwaiting!

Syaf mula bangun dari terus bersembang dan bergelak tawa dengan sepupu-sepupunya dan pergi ke arah mak ciknya yang sedang mendukung baby. Dia nampak gembira sangat apabila mak ciknya memberikan keizinan kepadanya untuk mendukung bayi tersebut.

“Ala bucuk! Bucuk! Comelnya. Siapa namanya bibi?” soal syaf kepada mak cik nya itu.

“Ammar.” jawabnya dengan senyuman.

“Ammar! Ammar!” katanya bermain-main dengan bayi tersebut. Bayi itu masih lagi belum tumbuh gigi mahupun bangun dari terus baring maklumlah baru 3 bulan.

“Hah yang kamu ni bila nak kahwin?” soal mak ciknya membuatkan Akim terus memandang ke arah syaf untuk menunggu jawapan dari bibir Syaf.

Barisan gigi putihnya ditunjukkan kepada mak ciknya itu. “Haha! Apa lah soalan bibi yah ni.. Jodoh itukan di tangan Allah. Jangan risau, jodoh itu pantas.” balasnya membuatkan mak ciknya menggelengkan kepala.

“Kamu tu dah tua bangka tahu tak? Dah eloklah kamu tu mendirikan rumahtangga.” nasihat makciknya itu.

“Rilek mak cik, nanti saya ambil dia jadi isteri saya okey?” bisik hati Akim.

“Dah nak diri tangga kat rumah dia dah tu bibi. Ni hah bakal suami dia.” kata Syaddad mencelah perbualan mereka membuatkan Syaf membuat muka toya nya. Dah start dah cool and chillex dia tu.

“betul syaf? Nanti buat kenduri kat rumah embah aje.” kata embah lanang (atuk) manakala dia setujui oleh embah wedok (nenek).

Akim memberikan senyumannya. Manakala yang lain mula bersorak. “rasa-rasanya aku diterima keluarga ni.” bisik hati Akim. Syaf pula sibuk melayan bayi itu mengendahkan sorakan mereka.

“Abang tu yang kahwin dulu bibi. Bukan Syaf yang dulu. Tu hah calon isterinya pun ada kat sini. Eloklah yang tua yang kahwin dulu.” Syaf mula bersuara memandang abangnya yang menggosok bahu Akim. Pipi Hakimi membahang kemerahan termasuk juga nad.

“Eleh tak payah nak malu-malu lah. Menyampah okey.” kata syaf membuatkan setiap orang ketawa kecuali pasangan sejoli itu. Tulah! Abang nak mengenakan aku dengan sorakan yang kuat. Nah kena setepek dengan aku. Haha!

Keluarga itu dengan warga asing yang tiada ikatan di dalam keluarga itu mula membuka topik secara rawak sehinggakan tak kering gusi dengan lawak yang dibuat oleh paman-paman (pakcik-pakcik) syaf.

Mereka berhenti bersembang sehinggalah jam menunjukkan pukul 12 tengah malam kerana mata masing-masing mula rabak. Seorang demi seorang bangun dan ke bilik masing-masing. Manakala bujang hanya tidur sesuka hati.

“Sorrylah anak datuk ya. Ini lah kampung. Nah toto , takut tulang yang tak biasa tu patah pula pagi esok.” syaf menghulurkan toto kepada Aki mengenangkan lelaki itu tidak biasa tidur di atas lantai.

“Terima kasih princess.” senyum Akim kepada gadis itu.

“Sama-sama servant. Luar pejabat kau bukan bos aku k? Jangan harap aku nak layan kau macam putera.” kata Syaf membuatkan bibir Akim mengukirkan senyuman. Akhirnya hubungannya dengan Syaf seperti dahulu kembali. Itulah yang Akim inginkan.

Syaf ni senang aje orang nya. Tak suka marah lama-lama. Sekejap aje marahnya. Pastu mula jadi cool dengan chillex. Malam itu Akim melelapkan matanya dengan senyuman menghiasi wajah.

*****

Pagi subuh , masing-masing bangun dan beratur untuk menggunakan tandas. Nasib baiklah ada lima jadi kurang sikit barisannya. Syaf sudahpun mandi kerana pukul 5.30 pagi lagi dia sudah bangun kerana dia tahu perkara ini akan berlaku.

Syaf duduk di atas kerusi sambil menelek-nelek telefon bimbitnya lalu mengukirkan senyuman membuatkan mata Akim tidak lepas pandang ke arah Syaf. Hatinya sakit. Gerangan siapakah yang dia mesej? Argh! Boleh jadi gila aku dengan penyakit cemburu aku ni.

“Apahal senyum-senyum tu?” soal Ainiz yang baru lepas menyudahkan solat subuhnya.

“Ini aku text dengan si fauzan. Katanya dia pun balik kampung tapi tengah hari nanti lah.” balasnya dengan senyuman.

Fauzan? Who’s that?! Wajah Akim berkerut seribu. Pesaingnya terlalu ramai lagipun hati syaf susah betul nak cair. Apa kurangnya dengan aku?

“Fauzan tu sepupu kitorang. Muda setahun dari dia. Jaga-jaga dia tu pesaing kau. Dia ada perasaan dekat adik aku.” bisik hakimi yang perasan dengan perubahan wajah Akim tatkala memandang wajah Syaf.

“Huh?” ingin aje dia menarik syaf untuk pergi ke rumah tok kadi sekarang ini juga. Haishh!

Solat subuh sudah Akim lakukan , malah Akim mendoakan bahawa Syaf menjadi milikku yang halal. Sejadah dilipat, kopiah diletakkan kembali ke tempat asal. Akim memandang ke arah tempat Syaf duduk tadi tetapi dia sudah tiada. Telefon bimbitnya tadi terletak kemas di atas meja.

Niat di hati nak mencuri baca mesej nya tadi tapi macam penjenayah lah pula. Sabar Akim! Kau kena berusaha lagi nak dapatkan hati Syaf yang keras macam batu tu.

Budak-budak lelaki yang lain sudah masuk tidur kembali. Gelak tawa di dapur menarik perhatian Akim. Akim melangkahkan kakinya ke dapur melihat sang wanita sedang memegang pisau. Adalah juga beberapa orang lelaki di situ yang sedang berbual sambil menghirup air kopi yang dihidangkan kepada mereka.

Paman-paman itu mengajak Akim untuk berbual sekali. Dengan senang hati Akim menyertai perbualan mereka. Mereka mula membuka topik tentang perkahwinan. Haih! Segan pula aku.

“Sudah sudahlah tu paman oi. Nah mencekik aje makanan ni. Tak payah nak berbual sangat pasal kahwin tu.” celah Syaf meletakkan semagkuk bihun goreng di atas meja membuatkan paman-paman itu mentertawa kecil lalu menggosok-gosok kepala Syaf sehingga serabai tudungnya. Adik beradik bapa Syaf jadi muhrim syaf baginya untuk menyentuh syaf.

“Kau nak paman tercekik ke apa?” soal paman yang dikenali sebagai paman kahar. Syaf tampak rapat sangat dengan bibi dan paman nya sehinggakan pamannya menggunakan gurauan kasar yang selalu untuk lelaki tetapi digunakan untuk mengusik Syaf tetapi Syaf nampak begitu selesa dengan gurauan kasar dari paman-pamannya.

Encik Fared hanya menggelengkan kepala dengan anaknya yang dibuli oleh adik-beradiknya. Paman-paman nya macam melayan syaf seperti kanak-kanak bawah umur dah aku rasa.

Syaf menjelirkan lidah kepada paman-pamannya lalu masuk kembali ke dapur. Macam budak-budak bakal isteri aku ni. Hehe

“Engkau kalau nak ngorat perempuan senang aje. Kau pakai aje senyuman , cairlah diorang tu.” nasihat paman khidir. Haha! Cara ni aku rasa memang dah selalu aku guna tapi sedetik hati syaf bergerak untuk aku pun tak de.

“Syaf ni payah lah pak cik.” keluh Akim.

Encik Fared ketawa kecil mendengar keluhan Akim. “Anak muda sekarang ni. Cepat betul putus asanya. Kita lelaki! Mesti sukakan cabaran. Selagi kita tak dapat apa yang kita nak. Kita kejar sampai dapat. Jangan sampai ada yang datang rampas benda tu dari kita.” kata Encik Fared.

Syaf mengalirkan air matanya dan hingusnya hampir sahaja terkeluar dari rongga hidungnya. Tangannya sibuk memotong bawang yang mengeluarkan sesuatu sehinggakan dia sangat emosional hari ini.

“Hai syaf? Kau ni potong bawang ke buat apa? Sampai air mata tu melebih – lebih pula keluarnya.” kata bibi iza melihat anak buahnya yang sudah seperti mati laki.

“Dia memang macam tu bibi. Kat rumah sana lagi lah. Sampai nak terkeluar biji matanya bila bab potong bawang.” Nad mencelah perbualan bibi dengan syaf kerana dia ditugaskan memotong bawang juga. Manakala yang lain sibuk membuat kerja lain.

“Lebih-lebih pula kau ni syaf.” bibi Yah ketawa kecil mendengar kata-kata Nad tadi.

Syaf mengelap air matanya dengan lengan bajunya lalu memberikan sengihan kepada mereka. Setelah menyiapkan sarapan pagi. Pn. Hani menyuruh syaf ke kedai untuk membeli roti canai sebagai makanan tambahan kepada sesiapa yang berminat. Maklumlah penghuni kat rumah ni ramai.

“Baik bos!” syaf memberikan tabik spring kepada ibunya selepas menyambut duit yang dihulurkan kepadanya.

Syaf mula menarik tangan nad sekali untuk menemani nya. Syaf dan nad mula melangkah keluar dari dapur dan mata Akim tidak sengaja bertembung dengan anak mata Syaf.

Syaf memberikan pandangan apa-pandang-pandang? Akim hanya memberikan senyumannya yang manis membuatkan Syaf mengalihkan pandangannya dari terus memandang senyuman lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience