BAB 26

Romance Completed 11622

Kunci motosikal yang tersangkut di paku diambil. “Paman! Pinjam motor sat!” jeritnya mengharapkan paman mendengar nya. Tanpa menunggu keizinan dari pamannya. Dia terus menghidupkan enjin motosikal untuk membonceng Nad ke warung yang berdekatan.

“Hah apa lagi? Pi lah kejar.” bisik paman kepada Akim. Akim segera mengangkat buntut nya lalu pergi mengambil kunci motor yang lagi satu untuk mengejar Syaf dan nad.

Tidak jauh dari rumah, jalan yang berbukit itu diredah dengan motosikal. “Nasib baiklah aku bawa kau naik motor. Kalau naik basikal aku rasa semput kot aku.” kata syaf di atas motosikal kepada sahabatnya itu.

Warung pak hamid yang ada jual roti canai disinggah. Setiap mata di kedai itu mula tertumpu ke arah syaf dan nad.

“Peewit! Cucu pak Ali tu der!” jerit salah seorang lelaki yang menjadi pelanggan di situ.

“buat bodoh aje.” bisik Syaf kepada nad. “Pak hamid, minta 20 keping roti canai ye?” pesan syaf kepada lelaki yang lanjut usianya yang sedang menebar roti canai.

“Baik lah syaf.” angguk Pak Hamid yang kenal sangat dengan cucu Alli itu.

Syaf dan nad mula mengambil tempat duduk kosong yang ada. Tak pasal-pasal ada seorang lelaki mula menegur mereka dengan bertanya “Ada orang tak kat sini?”

Syaf menggelengkan kepala tanpa sepatah pun keluar dari mulutnya. Lelaki itu mula duduk di situ tanpa pelawa. Haih! Ini lebih arh!

“Syaf sihat?” soalnya.

Syaf mengangguk perlahan menjawab soalan yang ditujukan kepadanya. Haha! Inilah Syaf yang sebenar. Dia hanya akan mesra dengan sesiapa sahaja yang rapat dengannya tetapi bukan orang yang baru dikenali.

“Ehem!” suara lelaki yang berdehem itu membuatkan kami mendongakkan kepala untuk melihat gerangan siapa yang sakit tekak pepagi ni?

“Akim?” Nad bersuara.

“Maaf ye, encik ni siapa? Syaf ni tunang saya. Harap maklum.” kata Akim membuatkan lelaki itu terus sahaja kembali ke tempatnya.

Syaf segera menundukkan wajahnya kerana ingin menyembunyikan pipi yang mula membahang kepanasan. Arghh! Mati aku kalau si Akim nampak pipi aku sekarang ni.

“Terima kasih do. Seriau aku dengan mamat-mamat tu semua.” ucap Nad kepada Akim.

“Tak de pape lah. Lagipun aku takkan biarkan mana-mana lelaki cuba nak ngorat tunang aku.” katanya lagi.

Sekali lagi wajah syaf membahang kepanasan. Dengan segera dia bangun dari tempat duduknya dan meminta untuk ke tandas setelah berbisik di telinga nad. Nad mengangguk dan memberikan senyuman kepada Syaf.

Syaf ke tandas dan mula membasuh mukanya beberapa kali. “Syaf! Bangun syaf! Kenapa ngan kau ni?” soal Syaf kepada diri sendiri aambil menampar perlahan pipinya.

Dia mula keluar dari tandas setelah dapat menenangkan diri dari terus wajahnya membahang dan jantung yang berdegup laju. “Syaf! Long time no see!”

Suara itu membuatkan Syaf yang menunduk terus memandang ke arah suara tersebut. “Eh bad!” syaf memberikan senyuman kepada gadis yang agak seperti lelaki itu. Rambutnya dipendekkan malah gayanya lebih kepada lelaki tetapi syaf tahu gadis itu normal kerana dia pernah jatuh hati kepada insan yang bergelar lelaki.

“Jomlah sembang sekali.” syaf menarik lengan Bad untuk menyertai dia kerana dia sangat rindukan kawannya yang seorang itu. Walaupun umur bad lebih muda setahun darinya tetapi Bad tak pernah panggil syaf sebagai kakak.

Wajah Akim berubah serta-merta berubah apabila melihat Syaf memegang tangan seorang lelaki dan mengajaknya untuk duduk semeja dengannya. Apakah? Syaf bukan sosial? Dia tak pernah sentuh mana-mana lelaki!

“Hey servant! Kenalkan ni Bad. Bad, ni servant aku.. Akim.” Syaf memperkenalkan bad kepada Akim yang memberikan senyuman palsu kepada bad.

“yo!” sapa Bad.

“Hai Nad.” tegurnya pula kepada Nad yang sudah dia kenali kerana Nad sudah banyak kali Syaf ajaknya pulang ke kampung.

“Hai bad!” senyum nad.

Sementara menunggu roti canai siap. Mereka memesan air setiap seorang. Syaf , Nad dan bad mula bersembang sehingga tak ingat yang Akim ada di situ. Annoying gila Akim dengan mamat yang bernama Bad itu.

“Weh, tengah hari ni kitorang nak ke sungai! Kau nak ikut tak?” soal syaf kepada Bad sambil menggoncangkan tangan bad.

Akim menjeling dan menggelengkan kepalanya. “Tak payah lah pegang tangan bagai. Dengan aku pun kau tak ajak.” kata Akim yang bunyi nya seperti cemburu tetapi Syaf tidak tahu menahu yang Akim itu tengah cemburu.

“Oh , kau pun nak ikut juga ke? Jom lah! Lagi ramai lagi meriah!” kata Syaf dengan gembira. Memang less dense gila!

Nad perasan dengan perubahan Akim yang menjadi senyap tiba-tiba. Si Akim ni salah faham ke apa dengan hubungan si Bad dengan Syaf. Dia ingat Bad lelaki? Hahaha! Apak lawak!

“Akim, aku rasa kau kena move cepat kalau kau nak dapatkan hati syaf. Bad dah mendahului kau beribu batu kau tahu tak?” bisik Nad membuatkan Akim mula gelabah.

Nad sengaja mengenakan Akim untuk dia segera mempercepatkan plan yang dilakukan oleh lelaki itu. Ingin sahaja dia bergelak tawa berdekah-dekah kat situ melihat wajah Akim yang tengah cemburu melihat kemesraan Syaf dengan bad.

“Bad, pergh makin hensem kau en sekarang?” puji Syaf sambil mengusutkan rambut Bad.

Bad mengatur-ngatur rambutnya dengan segera. Haish, perempuan kat depan mata aku ni memang suka betul usik rambut akulah. Nak dimarah nanti menangis. Hehe.

“Biasa lah , aku memang hensem.” balas Bad.

Wajah Akim makin berkerut seribu membuatkan Nad semakin susah untuk menahan ketawanya. Dia meminta izin untuk ke tandas. Dengan segala ketawa yang ditahan di dalam perut dia letuskan. Sampaikan air matanya mulai keluar dari kelopak mata.

“Nah Syaf. Semuanya RM20 termasuk dengan minumannya.” kata pak hamid yang memberi diskaun 40 sen kepada syaf.

Syaf cuba menghulurkan duit tetapi dengan segera Bad menghalang dan menghulurkan duitnya kepada Pak hamid. Tetapi tangan Bad di tepis Akim. Kini tangan Akim pula yang menghulurkan wang kepada Pak hamid.

Nad yang tengok dari jauh kembali masuk ke tandas dan meletuskan ketawanya buat ke sekian kalinya. Dahi Bad berkerut melihat lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Apa masalah mamat ni do?

Syaf memandang pelik dengan sikap Akim yang tiba-tiba sahaja menepis tangan Bad. Apahal do mamat ni? Lantak depa lah. Si Nad ni mana pula? Mesti dah kebuluran orang kat rumah sana.

Dalam beberapa minit kemudian, Nad datang dengan senyuman yang menakutkan. Hah yang ni sekor. Dia ni pula dah kenapa?

“Dah jom balik.” Akim menarik lengan baju Syaf untuk gadis itu segera menjauhkan diri dari Bad.

“Sorry bad. Lain kali aku bagitahu kenapa Akim tiba-tiba jadi macam tu k? Byeee! Kirim salam kat mak bapa kau.” kata Nad sebelum mendapatkan syaf untuk menonton pergaduhan di antara princess and the servant.

“Kau ni pehal?” soal Syaf dengan kepelikan yang di alami oleh Akim dan terus menarik lengan bajunya dari terus dipegang Akim.

“Aku tak suka kau dengan budak tu.” jawab Akim lalu memeluk tubuhnya.

“Dah kenapa kau ni? Pepelik je.. Dah lah! Aku nak balik. Malas nak gaduh. Bad! See you at sungai! Love you!” jeritnya kepada Bad yang melambaikan tangan kepada Syaf. Love you? Haha!

“Okey! Love you too cool princess!” balas Bad membuatkan lagi hati Akim sakit bagai dilanggar lori. Siapa ber’love you’ bagai!

Nad masih lagi menahan ketawanya. Aduh! Kalau aku tahan ketawa aku ni. Aku rasa boleh ada batu karang! Hahaha!

Akim sudah pergi dari situ tanpa menunggu Syaf dan nad. Syaf menghidupkan enjin motosikal. Syaf mula membonceng Nad setelah meletakkan roti canai yang dibeli diletakkan di dalam bakul motosikal.

“Apahal do dengan si Akim tu? Sakit sembelit ke apa?” soal Syaf selepas menunggang motosikal nya untuk pulang.

“Period kot.” balas nad membuatkan syaf mengangguk setuju dengan jawapan yang diberikan oleh Nad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience