BAB 18

Romance Completed 11622

Lagu 1-4-3 yang didendangkan oleh Henry(super junior) ft amber liu f(x) memecahkan kesunyian dalam bilik Syaf dan Nora. Masing-masing mula membuka mata dari tidur yang agak pendek untuk semalam.

Syiling menjadi renungan bagi Syaf sehinggalah matanya yang kecil menjadi luas terbuka sebelum bangun untuk membersihkan diri. Lagu itu kembali berkumandang di setiap lima minit.

“1 4 3? Macam pernah dengar je perkataan tu. Agaknya manusia sekarang ni dah tak reti mengira agaknya.” ngomel Syaf lalu membangunkan badan dari terus terbaring.

Nora yang disebelahnya dipandang. Nora masih lagi berada di dalam mimpinya. “Haih! Sia-sia aje pasang alarm budak ni.” bebel syaf lalu menepuk-nepuk peha Nora untuk membangunkannya dari tidur.

“Lima minit..” balasnya memberikan petunjuk yang dia akan tidur untuk 5 minit lagi.

“Lima minit lah sangat.” kata Syaf lalu menutup alarm yang berbunyi dari Iphone milik Nora. Tak habis-habis lagi dengan k-pop dia tu.

Tuala mandi dicapai dan syaF mula berjalan terhuyunh-hayang untuk memasuki tandas. Selepas membersihkan diri, Syaf keluar dari tandas dengan badan yang segar. Niatnya untuk membalas dendam kepada Nora apabila tangan kanannya sedang mengangkat baldi dan sedia untuk disiram ke muka Nora.

Tetapi niatnya terbatal apabila muka nora terpacul dengan senyuman ketika dia membuka pintu. Dengan segera dia meletakkan kembali baldi tadi dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

Nora memasuki ke dalam tandas setelah menolak syaf ke tepi dari terus berdiri di depan tandas. Syaf mengutuk-ngutuk dirinya kerana gagal untuk membalas denda. Haissh!

Telekung dipakai ke tubuh badannya yang kecil dan sejadah dibentangkan mengikut kiblat yang sudah ditetapkan. Syaf mula berdiri tegak di atas sejadah dan mula membaca niat solat fardhu Subuh. Mulutnya terkumat-kamit membaca surah setelah takbir ratul’ihram.

Seusai solat dia meraup wajahnya dan berdoa kepada allah yang maha besar untuk menjaga kesihatan ibu bapanya yang jauh di mata dan mendoakan kesejahteraan hidup sahabat andai dan termasuk juga dirinya.

Sejadah disidai di ampai. Nora yang sedang solat disebelahnya dipandang sekilas. Kakinya melangkah keluar bilik untuk memeriksa sahabatnya yang lain. Alhamdulillah , mereka juga sedang mengerjakan solat.

Jam dinding yang menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia ke dapur untuk memeriksa barang-barang dapur. Ada lagi ke tak barang-barang dapur. Semalam macam kurang aje.

Peti sejuk yang besar atas perkongsian duit antara kami berlima itu dibuka. “Kosong~ kosong~ kosong~” nyanyi Syaf apabila mendapati tiada lagi bahan untuk dia masak hari ini.

“Morning syaf!” tegur Ainiz kepada Syaf di saat Syaf menutup pintu peri sejuk menyebabkan jantung syaf hampir luruh.

“Eh monyet. Terkejut mak. Kau ni nak tegur pun tak payah lah masa aku tengah nak tutup peti sejuk.” bebel syaf kepada Ainiz yang tersenyum sumbing. Sengih sengih!

Syaf melabuhkan punggungnya di kerusi makan. Buku nota yang terletak di atas rak di capai. Pen hitam yang melekat di buku nota itu dicabut dan mula menulis bahan-bahan yang perlu dibeli.

“Haha! Kau ni Syaf. Bajet gila. Sampai list barang pun kau nak tulis.” komen ainiz lalu melabuhkan punggung di sebelah Syaf. Dia ni memang lah.. Bajet gila! Gaji bukan main banyak tapi setiap kali nak membeli barang takut benar nak keluarkan duit.

“Eh syaf, duit tak boleh bawa ke kubur tau.” celah nora setelah memasuki dapur.

“memang lah. Tapi kita ni kena bajet. Membazir itukan amalan Syaitooooonn yang direjam.” nasihatnya kembali.

“Ini bukan membazir lah nyot. Ini keperluan. Cuba kau faham sikit apa maksud keperluan dengan pembaziran.” kata Nad yang datang dengan Nora tadi.

“yelah yelah..” mengalah Syaf. Fakheerah dan lain-lain mula membuat high five antara satu sama lain kerana dapat melenturkan pemikiran syaf tentang jimat-cermatnya.

“Okey, siapa nak temankan aku pergi pasar?” soal Syaf membuatkan masing-masing terus melarikan diri dengan membuat alasan.

“Haihh! Minah minah ni semua.” geleng kepala Syaf dibuatnya.

Memang aku pergi seorang lah jawapan dia kalau macam ni. Kunci motosikal yang terletak di atas almari diambil selepas mendandan diri seringkas yang boleh. Pashmina dililit ringkas di atas kepala. Baju jersey Barcelona lengan panjang dan seluar track dipasangkan ke badannya.

“Weh aku keluar dulu! Assalamualaikum” jerit Syaf sebelum keluar rumah.

Skuter berwarna putih ditunggang ke pasar tani yang berdekatan dengan rumah. Selepas sampai , Syaf memarkir skuter milik Fakheerah itu di perbarisan motosikal. Topi kaledar dikuncikan sekali. Kang kena rembat mati aku kena jawab dengan Fakheerah.

Buku nota yang diletakkan di dalam poket dkeluarkan. Matanya melilau-lilau mencari bahan-bahan yang dicari. “Apek! Berapa sekilo?’ soal Syaf ketika menyempitkan diri di tapak jualan ikan.
“Tak mahal dik. Rm13 saja.” jawab lelaki cina itu dengan pelat cina.

“Rm13? Mahal tu apek. Kasi murah lah.” mula lah si Syaf ni nak membodek apek itu.

“cincailah cincailah, saya kasi RM11.” mengalah lelaki itu lalu menimbang ikan dan menghulurkan plastik itu kepada Syaf. Syaf tersenyum gembira kerana bodekkannya sudah termakan. Duit kertas diberikan kepada lelaki itu dan diucapkan terima kasih kepadanya.

Kini sudah 5 plastik dijinjing Syaf tetapi langsung tidak pernah membuatkan dia mengeluh kepenatan kerana duitnya dapat dijimatkan ketika membeli setiap barang-barang itu kerana dapat dirunding.

“Hai Syaf?” tegur suara wanita membuatkan Syaf menghentikan langkah dan memandang ke arah suara itu.

“Hei datin.” balas Syaf apabila mengenalpasti pemilik suara itu. Aik? Datin pergi pasar? Did I dream?

“Beli barang? Hmm pertama kali saya nampak anak dara turun ke pasar nak beli makanan.” katanya denggan senyuman.

“Hehe. Nak buat macam mana datin. Saya ni duduk dengan kengkawan so terpaksalah turun padang.” jujurnya.

Dari mana aku kenal datin ni? Datin nilah yang aku tolong sampai aku datang lewat ke pejabat hari tu. Tapi aku tak pernah menyesal pun tolong dia.

Ulang tayang….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience