BAB 1

Romance Completed 11622

Semua mata bagai tertumpu pada papan putih manakala telinga pula seakan melekat mendengar penerangan yang diberi oleh cikgu Rahimah di depan. Namun dalam ramai-ramai itu hanya seorang saja yang seakan berada di dunianya sendiri, dari mula kelas matanya hanya memamndang ke luar tingkap, fikirannya menewarang memikirkan sesuatu.

“Wey, kau okey tak?” soal sahabatnya yang duduk bersebelahan nya. Tetapi soalannya seperti angin lalu tanpa jawapan.

Nora yang duduk disebelah kiri Syaf terus sahaja menepuk tangannya di depan mata Syaf.

“Hah apa dia?” soal Syaf yang baru pulang dari bulan.

“Aku tanya kau tadi. Kau dah sampai mana?” soal Nadhirah tetapi ditukarkan sedikit soalan untuk memerli sahabatnya itu. Setiap hari duduk berangan je kerjanya. Haih!

Mata nya dikelip beberapa kali mencari jawapan Nadhirah. Dia tak faham dengan soalan yang diberikan kepadanya. Sampai mana? Nak pergi mana?

“Hoi?” jerit Nora pula apabila melihat wajah Syaf yang blur blur.
“Sampai mana? Sampai sini jelah.” jawabnya berkerut dahi.

Fakheerah dan Ainiz pula menggelengkan kepala melihat sahabatnya itu. Masing-masing tak faham dengan syaf. Dia gadis yang penuh dengan rahsia. Biasalah kan kalau perempuan ni berkawan baik jangan lah cuba simpan rahsia walaupun sedikit pun. Nanti ada yang terasa.

“kring!!” bunyi loceng membuatkan setiap pelajar mula berlari keluar dari kelas tanpa mengucapkan terima kasih kepada cikgu dahulu. Hmm budak-budak zaman sekarang. Bisik Syaf sendiri.

Di sinilah Syaf dan sahabat-sahabatnya bakal menghabiskan masa persekolahan mereka. Tahun ini adalah tahun mereka menjadi senior sekolah. Mungkin masa akan datang , aku akan merindui waktu persekolahan.

Setiap guru yang melepasi mereka disapa dengan salam dan senyuman tak kiralah guru yang dibenci. Biasalah tu, mesti akan ada guru yang tak disuka dan mesti ada guru yang disuka.
“Weh korang nak makan apa?” soal Nora seperti biasa.

“Makan berat lah do. Aku lapar.” ngadu Syaf sambil memegang perutnya yang menjadi kempis setiap kali perutnya kelaparan.

“Jom!” jerit Ainiz lalu memberikan duit kepada Nora untuk membelikan nasi lemak telur mata kerbau seperti biasa.

Setiap kami diberikan tugas sebagai contohnya nora akan membeli makanan. Nadhirah pula beli air. Syaf , Fakheerah dan ainiz beratur di belakang mereka untuk menolong mengangkat makanan yang sudah di oder. Jadi senang sikit! Tak payah nak beratur sorang-sorang untuk membeli makanan sendiri. Satu orang beli lima. Keke

Sesudah makanan dibeli, kami semua mencari tempat kosong untuk duduk dan menjamu makanan. “Tu!” jerit Ainiz lalu menarik tangan Syaf untuk ke situ dan yang lain-lain membuntuti mereka.

Ketika makan mereka mula bersembang secara rawak. Mula gosip pasal si Peah. Lepas tu , si poah. Haih macam macam. Perbualan kami terhenti apabila seorang lelaki yang amat kami kenali melabuhkan punggungnya di sebelah Nad.

“Jauh sikit dong.” kata Nadhirah lalu menjarakkan sedikit badannya dengan lelaki bernama Akim.

Akim… Hmm , setiap gadis di sekolah ini mengenali dia. Dia boleh tahan hensem juga lah tapi langsung tak menarik perhatian Syaf. Satu ratus peratus , apabila ditanya setiap gadis di sekolah pasti semua akan mengatakan yang dia ni crush diorang.

“Aku tak faham langsung.. Aku dah lama sangat kenal si akim ni okey! Dari darjah dua lagi. Tapi apahal lah siot korang suka kat dia?” soalnya di dalam hati sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya buat yang terakhir.

“Apahal kau datang sini?” soal Syaf memandang akim dengan kening terangkat sebelah.

“Tak de saje je. Eleh, takkan dengan aku nak sombong kot? Kan kan nora?” soalnya kepada Nora yang duduk di sebelah Syaf. Syaf menjulingkan mata mendengar ayat Akim. Rasa nak muntah balik aje Nasi lemak tadi.

“what the fox said.. Whatever!” kata syaf menjawab soalannya bagi mewakili Nora yang hanya diam. Fakheerah dan ainiz tergelak-gelak mendengar kata-kata Syaf. Yelah, what the fox said? Whatever? Pelik sangat do. Hahaha! Nadhirah ajelah kawan aku yang menyokong untuk tidak jatuh hati pada mamat senget ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience