BAB 5

Romance Completed 11622

Kami berbual di dalam kelas tatkala menunggu cikgu masuk untuk mengajar mata pelajara matematik tambahan.

“Weh, kau tak rasa ke Akim tu suka kau?” soal Nora tiba-tiba membuatkan syaf geli hati.

“Dia suka aku? Rabun ke apa dia? Dah lah aku layan dia macam apa je.” jawab Syaf lalu meletuskan ketawa yang berdekah-dekah.

“Beb.. Aku pun rasa macam tu do.” sokong Fakheerah pula. Ainiz pula mengangguk-anggukkan kepala seperti burung belatuk. Nad pula memegang dagu dan berkerut dahi memikirkannya.

“Atoyaii korang ni. Takkan berlaku punya. Menda kau tengok lah. Siap nak cabar aku lagi. Dia nak suruh aku masak untuk dia setiap hari. Saje lah tu nak buat aku kena denda setiap pagi. Biar aku lambat datang gi sekolah semata – mata nak masak untuk dia.” terangnya. Bayangan Akim muncul di kepalanya membuatkan dia ketawa.

“Kau pahal gelak?” soal Ainiz.

“Tak de, aku tak sabar nak jadikan dia servant aku. Ha! Ha! Ha! Ha!” gelaknya seperti mak lampir.

“cehh!” decit Nora.

“Benda apa yang dia nak cabar kau sebenarnya?” soal Nad membuatkan gelak tawa sang lampir berhenti dan memandang mereka dengan kelipan mata berkali-kali.

Syaf menggaru kepala yang tak gatal lalu mengangkat kedua belah bahunya beberapa kali. “Entah! Nanti balik aku tanya dia.” !

Waktu sekolah tamat dan mereka mula pulang ke jalan masing-masing. Syaf melalui jalan lain kerana motornya diletakkan di bahagia belakang kawasan sekolah.

“Apa yang aku nak buat tadi hah?” soalnya sendiri lalu berkerut dahi mencari jawapan. Tadi aku cakap apa erk dengan diorang? Aku rasa macam aku nak jumpa seseorang tapi siapa erk?

“Siapa siapa jelah!” malas Syaf untuk memerah otak nya yang cepat lupa. kunci motor yang berada di dalam tapak tangan dilambungkan ke udara dan ditangkap. Syaf melakukannya berulang kali diselangi dengan nyanyian perlahan dari bibirnya.

Lagu k-pop dinyanyi mengikut rentak tapi tak ikut lirik lalu dia tergelak dengan dirinya sendiri. “Eh sejak bila aku minat k-pop ni? Hahaha! Entah apa aku merepek tadi. Tak macam korea pun. Macam lagu hindi ada lah.” kutuknya pada diri sendiri.

Sebaik tiba di laman parkir motosikal, dia mula menggelengkan kepala berulang kali kerana ada seekor jembalang berpakaian sekolah sedang bertenggek di atas motosikalnya itu.

“Hoi jembalang sekolah. Berhenti lah dari terus menenggek di atas motor ku ini.” katanya seperti membaca mantera. “Punya lah banyak motor kat sini. Kat motor aku juga kau nak bertenggek ye?” soalnya kepada jembalang yang masih tidak bergerak dari motor nya itu.

“Okey fine, Akim pujaan hati setiap gadis-gadis di sekolah ini … Sila ke tepi boleh? Puteri nak menunggang motosikal ni.” katanya dengan nada suara yang menyakitkan hati kerana manteranya langsung tidak menjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience