BAB 21

Romance Completed 11622

Semalam aku bertemu dengan Alif. Aku terkejut melihat dia membawa seorang budak perempuan.

“Anak kau ke?” soal Akim ketika mereka berjalan beriringan bersama budak perempuan itu.

“Ha ar.” jawabnya selepas membelikan tiket menonton wayang. Sebenarnya dia tak berapa dengar dengan soalan yang ditanya kepadanya. Yang dia dengar anak.. Anak buah lah kot dia sebut tadi. So aku ye kan aje.

“Papa , siapa uncle ni? Muka dia sama macam mama selalu tengok kat televisyen. Siapa nama tu? Emm minho.” kata budak perempuan itu.

Alif mengangkat gadis yang baru berusia 6 tahun itu. Kecil-kecil lagi dah diajar tengok drama korea oleh si Syaf tu. Haihh! Haha! Syaf tu dia panggil mama disebabkan dia rapat dengan Syaf sampaikan dengan aku aku sekali dia panggil papa.

“Dia ni uncle Akim.” Alif memperkenalkan Akim kepada gadis kecil itu.

Akim memberikan senyuman dan menggosok-gosok kepala gadis kecil molek itu. “Hmm, uncle ni comel lah.” puji gadis kecil itu membuatkan Akim mencubit pipi gadis itu.

“Siapa nama?” soal Akim kepada gadis itu.

“Nama kita puteri. Tapi mama panggil kita princess sebab mama cakap yang dia nak puteri jadi princess macam mama.” jawab puteri dengan lancar.

“Princess?” hatinya semakin sakit. Mungkinkah mama yang diperkatakan gadis ini ialah Syaf.

“Syaf lah mama dia. Takkan kau lupa kot. Dia kan suka sangat mengaku yang dia tu princess.” kata Alif membuatkan hati Akim hancur berderai. Tak sangka yang Alif sudah berkahwin dengan gadis yang dia cintai. Ya Allah…

“uncle Akim.. Servant tu apa? Mama hari tu cerita yang servant dia dah hilang. Pastu tak muncul lagi.” sambung puteri lagi. Akim memberikan senyuman palsunya lalu menggosok kepala gadis itu tanpa menjawab soalan yang ditujukan kepadanya kerana Alif memberi isyarat supaya Akim tidak perlu menjawab soalan si puteri ini.

“Syaf ni memang lah! Ada ke cerita pasal servant kat bebudak. Nanti tak pasal-pasal dia suruh budak-budak lelaki kat sekolah dia jadi servant dia. Mati aku kena sembelih dengan mak bapa si puteri ni sebab ngajar yang bukan-bukan.” bebel hati Alif.

Mood nya semakin menurun dan Akim mula meminta diri untuk pulang sebelum hatinya semakin parah. Alif memberikan senyuman dan pelukan kepada Alif kerana sudah 7 tahun lamanya dia tidak berjumpa dengan Akim.

Akim pulang ke rumah dengan rasa sakit di hati. Berita ini betul membuatkan dia tidak mahu lagi mempunyai perasaan terhadap gadis itu. Tetapi semakin lama dia ingin melupakan gadis itu semakin tinggi cinta dan rindunya terhadap gadis itu.

Rambutnya dikusutkan kerana geram dan menyesal terhadap dirinya yang tak meluahkan perasaan kepada Syaf. Hanya mesej ‘1 4 3’ sahaja yang dia berani luahkan sedangkan dia tahu Syaf tu tak suka berteka-teki.

1 4 3 , I love you. Itulah jawapan mesejnya hari itu tetapi dibalas dengan soalan dari syaf yang ingat aku merepek. Typically Syaf. Keluhan yang berat dihembuskan. Selama 7 tahun dia stalk Syaf melalui akaun twitter , fac , wechat, beetalk , instagram gadis itu untuk meluahkan rindu terhadap gadis itu.

*****

Dah berapa kali Syaf menguap kerana dilanda kebosanan yang melampau di dalam pejabatnya. Setiap video sudah dia tonton. Emm.. Aku patut download secara haram lagi kat dalam laman sesawang ni. Nanti tak de lah aku bosan tahap gaban.

Dia mula membuka laman sesawang google untuk mencari blog-blog atau lama web yang menawarkan perkhidmatan memuat turun secara haram. Simpan duit dan simpan tenaga. haha! Jangan tiru aksi ini di rumah.

“Cerita apa tengah meletop eh sekarang ni?” fikirnya sendiri.

Dia menaip tajuk The Amazing Spiderman 2. Setelah beberapa saat, beribu laman web yang muncul di google.

“knock! Knock!” bunyi ketukan pintu membuatkan kerja noharom Syaf terhenti membuatkan dia segera menutup google chrome.

“Maaasukkklah.. Tak kunci pun” Syaf bersuara dengan malas. Asal nak buat jahat sikit je .. Mesti ada yang menyibuk.

“Cik Syaf. Datuk Hisyam nak jumpa.” kata luna membuat mulut Syaf ternganga luas. Mampus aku. Apahal bos segala bos nak jumpa aku ni? Ya Allah. Kau berilah kekuatan untuk aku menerima segala tohmahan bos ku itu.

“Terima kasih luna. You look beautiful today.” ucap syaf lalu memberikan senyuman kepada gadis yang pernah menjadi mangsa bulinya ketika gadis itu mula masuk. Tapi dah okey dah hubungan aku dengan minah ni. Hehe!

“thank you Miss Syafirah.” senyumnya lalu keluar dari pejabat itu.

Syaf menutup komputer meja dan mula menyimpan setiap barangnya. “Aku akan merindui kamu bekas pejabat ku. Huhuhu” bisiknya kepada meja dan kerusi.

Dia keluar dari bilik pejabat dan terpacul muka Nora yang memberikan semangat “Fighting!” bisiknya di telinga syaf. SyaF membalas kembali perkataan fighting dia tu. Ingat aku nak belawan ke pe? –‘

Kakinya melangkah ke lif untuk ke tingkat atas sekali di mana tempat lembaga pengarah punya pejabat. Bos besar lah katakan.

“Ya allah, kau ampuni lah dosa aku.” doanya setelah sampai di depan pintu pejabat lembaga pengarah.
Pintu dibuka dengan perlahan. Jantungnya yang berdegup laju diendahkan. Tangannya mula mengeluarkan peluh sehingga setiap badannya menjadi sejuk.

Masuk sahaja bilik pejabat itu, air liur ditelan untuk sekali lagi. Mati aku nak jawab apa dengan mak aku balik nanti? Pintu yang dibuka , ditutup kembali. Perhiasan dan keluasan bilik itu tidak dapat diterangkan. Agaknya kalau main bola kat sini pun boleh.

Datuk Hisyam dipandang. Dia fokus membaca fail-fail yang ada. Hmm , nampaknya dia lagi sibuk dari aku. Hahah! Aku kalau waktu cam gini memang tak de lah nak periksa fail. Buat kerja bagai. Memang menonton filem dengan drama je lah.

“Assalamualaikum datuk?” tegur syaf untuk menarik perhatian lelaki tua itu.

“Waalaikumsalam, Cik Nurul Syafirah?” soalnya kepada syaf dengan kening yang terangkat sebelah.

“Cool Syaf ! Cool!” jerit hati Syaf dan mula menarik dan menghembus nafas untuk menenangkan jiwa yang mula resah.

“Ye saya datuk. Kenapa Datuk nak jumpa saya?” soal Syaf memandang kedua anak mata Datuk Hisyam tanpa rasa takut. Tunjuk je tak de.. Tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu. Keke

“Sila duduk.” jemput Datuk Hisyam dengan menunjuk ke arah kerusi yang berhadapan dengannya. Tanpa berlengah Syaf melabuhkan punggung di kerusi tersebut kerana kepenatan berjalan ke pejabatnya itu dengan jiwa yang tidak tenang.
“Saya dimaklumkan.. Idea tentang menambah baikan terhadap produk saya adalah dari awak.” kata Datuk Hisyam mula menutup fail dihadapannya itu dan melawan pandangan mata Syaf.

Meh lawan mata jom! “Hmm .. Saya mengaku datuk memang saya yang memberikan idea tersebut. Tetapi Kenapa ye? ada kerugian ke? Sebab saya ada tengok akaun untung rugi bulan ini semakin naik dari bulan lepas.” balas syaf mengingati kembali fail akaun untung rugi dari akauntan yang lain. Ke aku salah tengok?

Datuk Hisyam memberikan senyuman selepas mengelip matanya. “Haha! Kalah kau lawan mata dengan aku!” bisik hati syaf. Cukuplah aku dah buat kau kalah dalam pertandingan buatan aku sendiri. Adalah rekod aku tentang aku kalahkan lembaga pengarah macam kau.

“Saya amat berbangga dapat pekerja seperti awak. Syarikat saya semakin mendapat untung yang meningkat-ningkat apabila mengikut Idea awak yang gila – gila tapi berguna.” katanya dengan senyuman lebar yang dihiasi di wajahnya.

Syaf dah macam.. Fuh! Lega! Fikir nak buang aku tadi. Masalahnya muka bukan main serious tadi tapi bila dah kalah lawan mata dengan aku. Senyum pula? Haha!

“Alhamdulillah. Tahniah kepada Datuk.” Syaf memberikan senyuman kepada Datuk Hisyam dengan pujian yang diberikan kepadanya. Datuk Hisyam masih lagi menayangkan senyuman dari bibirnya. Membuatkan Syaf tidak senang duduk.

“Disebabkan awak dah membuatkan Syarikat ini bertambah baik…” belum sempat datuk Hisyam menghabiskan kata-kata nya. Pintu pejabatnya terbuka dan seorang wanita menerjah bilik itu tanpa mengetuk dahulu. Teringat aku dekat minah sekor yang bernama Nora.

“Bang…” panggil wanita itu tanpa memandang wajah Syaf.

“haih , Ros ni.. Abang kan tengah kerja.”

Dah sudah! Aku kat sini menonton drama melayu kat pejabat ni pula dah? Aku hanya sengih melihat 2 pasangan sejoli di depannya dengan sengihan. Wanita berusia itu mula memusingkan badannya selepas suAkimya memberitahu bahawa ada orang selain mereka di bilik itu.

“Syaf?” terpacul nama Syaf di bibir wanita itu membuatkan Syaf juga menyebut nama wanita itu.
Adeh! Kecil betul lah Kuala Lumpur ni. “Assalamualaikum datin rosnah.” Tegur Syaf dengan senyuman.

Wanita itu menjawab salam dari syaf lalu memeluk tubuh kecil molek gadis itu. Datik Hisyam memandang pelik kedua-dua perempuan di hadapannya.

“Dah kenal ke?” soal Datuk Hisyam.

“Nilah bidadari yang dah tolong Ros hari tu bang. Perempuan yang Ros nak dijadikan menantu.” tercengang mulut Syaf dibuatnya mendengar kata-kata Datin itu.

“Hah? Menantu? Biar betik Datin ni? Saya ni cerewet tau. Pemalas, pembuli, ganas.. Hah paling teruk saya ni pengkikis harta orang. Hmm Habislah anak datin kena pukul dengan saya hari-hari.” bohong syaf memberi alasan yang tidak munasabah.. Ceh. ya ya ah je.

“Tak pelah, Mak cik berkenan sangat dengan kamu. Ingat janji kamu nak makan bersama dangan mak cik.”

Mama! Ibu! Emak! Tolong anak mu ini! Aku nggak mahu kahwin sama lelaki yang nggak anak mu kenalin. Dah sudah ! Ini dah masuk sinetron dah ni,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience