BAB 27

Romance Completed 11622

Kami semua pergi ke sungai yang hanya 800 meter dari rumah nenek. Ada yang naik motor. Ada yang naik basikal disebabkan ramai sangat. Ada juga budak-budak yang menumpang Nora yang memandu kereta exora milik Nad.

Syaf pula menunggang motosikal membonceng Ainiz untuk ke sungai. Sesampai sahaja sungai tersebut, Budak-budak lelaki terus sahaja melompat ke dalamnya. Syaf memarkirkan motorsikalnya lalu dia pula yang melompat ke dalam sungai.

Semua orang mula bergembira bermain di dalam air manakala orang dewasa seperti Hakimi dan Akim hanya melihat dari jauh. Ceh yang kita ni budak kecil ke?

“Hei budak-budak!” jerit bad yang baru sampai dengan motosikalnya.

“Hei bad!” jerit syaf dan budak-budak yang lain.

Bad memang tak suka orang panggil dia kakak. Kalau buleh budak 2 tahun pun dia suruh panggil dia dengan nama je.

“Hoi! apa diri lagi kat situ. Meh lah join kitorang!” jerit Nora kepada Bad yang hanya berdiri di atas batu.

“kejap, gua nak tunjukkan lompatan gunting gua! ” jeritnta yang sudah sedia untuk membuat lompatan.

Syaf menggelengkan kepala melihat Bad. Dia ni kalau dah lompat kena batu bederai kepala. Wa tak nak tanggung. Bad akhirnya membuatkan lompatan. Nasib baik takde pape. Aku masa muda-muda aje buat macam tu. Kang aku buat sekarang entah ke mana tudung aku nanti.

Fahmi dan diikuti oleh fadli dan fadlan mula bersiap sedia untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam menerjun. Syaddad juga tidak ketinggalan untuk menunjukkan kepakarannya. Diorang tak payah tengok. Macam-macam cara diorang buat saje nak buat aku cemburu.

Bad membetulkan tudung Syaf kerana rambutnya sedikit terkeluar. “Thanks.” ucap Syaf dan menunjukkan senyuman kepada Bad.

Akim yang sedang berdiri di atas batu melihat babak yang tak patut ditonton olehnya. Pasir digenggam kuat kerana geram!

Nad di lain tempat pula berbisik dengan Nora, Fakheerah dengan Ainiz. Menceritakan apa yang berlaku semasa mereka membeli roti canai pagi tadi. Mereka ketawa bukan main. Kadang-kadang mata mereka mencuri pandang wajah Akim yang cemburu lalu meletuskan ketawa.

“Ish korang ni! Dah macam sweet couple dah aku tengok!” jerit Nora bagi Akim mendengarnya.

“Sweet couple wak lu. Nah amik kau!” Syaf menyimbah air sungai kepada nora. Mereka mula berlawan dengan Air sungai. Bad juga tidak ketinggalan bermain air.

Akim yang tak mampu menahan rasa sakit di hati mula turun ke sungai untuk menghentikan babak percintaan antara Bad dan syaf. “Stop!” marah Akim.

“Dah sudah. Pelik lah kau kebelakangan ni. Period ke apa?” soal Syaf menghentikan tangannya dari terus mengibas air sungai.

“Bad! Aku tak nak kau dekat dengan Syaf lagi!” marahnya kepada Bad sehingga menundingkan jari ke dahi Bad.

Kelakuan Akim menyebabkan membangkitkan kemarahan syaf. Apa masalah lelaki ni sebenarnya do! “Eh! Kau siapa nak larang aku kawan dengan Bad?” soal Syaf lalu menepis tangan Akim.

“okey fine! I’m Jealous!” ngaku Akim sedikit meninggi suaranya.

Dahi syaf berkerut. Nak jealous menda maamat ni. Bad tu perempuan lah ngek! Bad yang kat sebelah dah ketawa terbahak-bahak termasuklah 4 sekawan yang lain. Hakimi yang sudah tahu dari Nad sudah meletuskan ketawanya bagaikan tiada hari esok.

Fadli, fadlan , fauzana, fahmi dan Syaddad yang mendengar perbualan kami juga tidak ketinggalan ketawa sekali. Syaf ingin sahaja ketawa dengan pengakuan Akim tetapi ditahan kerana kasihan terhadap lelaki itu yang innocent gila!

“Abang Akim, Bad ni perempuan lah. Takkan lah akak Syaf tu gila sangat nak bercinta dengan ‘abang’ Bad. Hahaha!” terang Fadli.

“Kak syaf! Tengok ni! Adda dapat tangkap ikan!” jerit sepupu Syaf membuatkan Syaf pergi meninggalkan Akim dengan julingan mata ke atas dan digelengnya kepala.

Akim menjeling ke arah Nad yang menunjukkan peace. Dia mula mengejar Nad dan Nad segera melarikan diri sebelum dia ditangkap oleh lelaki itu.

“Ini semua salah kau nad! Kalau kau bagitahu awal-awal tak de nya suka hati aku nak cemburu.” marah hatinya.
Syaf mula melayan adik-adik sepupunya menangkap ikan kecik-kecik yang berenang-renang di dalam air. Mereka menggunakan jaring yang kecil untuk menangkapnya.

Perlakuan Akim membuatkan bibirnya terukir senyuman dan gelak tawa kecil. Jealousy servant! Hahaha!

“Princess , I’m sorry.” tengkuk belakang digaru perlahan. Kepalanya menunduk memandang kakinya sendiri.

“Sorry to Bad first then me.” balas Syaf membuatkan Akim memandang gadis itu tetapi Syaf hanya tetap dengan jawannya.

Akim mendekati Bad lalu memohon maaf. “Tak pe bro. Lagipun ramai yang salah faham. Ingat aku dengan Syaf tu couple. Syaf is the sweet person seriously tapi kalau dia dengan lelaki yang bukan muhrim dia. dia lah the violence princess..” katanya menunjukkan senyuman sebaris giginya.

“Dahlah, balik jom. Dah nak petang ni!” jerit syaf memanggil budak-budak naik ke atas kerana matahari mulai turun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience