BAB 8

Romance Completed 11622

Bunyi loceng sekolah membuatkan bibir seseorang itu tersenyum sampai ke telinga. “Hai! Bahagia nampak?” usik kawannya apabila melihat sahabatnya yang dari tadi duduk tengok jam aje.

“Adelah. Hehe. K bye bro!” Akim menepuk bahu kawannya dan segera ke kelas Syaf seperti biasa untuk mengangkatkan beg syaf.

“nah.” Syaf menghulurkan beg sekolahnya kepada Akim. Alaa! Sebenarnya bukan berat pun beg tu tapi saje je nak menyusahkan orang. Akim menerima begnya lalu digalas.

“Lepak library jom.” ajak Nad membuatkan setiap orang bersetuju.

“Nad, beg kau berat ke?” soal Syaf kepada Nad yang seperti memperbetulkan bahunya.

“Tak delah. Ringan je beg aku.” jawab Nad.

Ainiz , fakh ngan Nora memang tak payah tanya. Sebab buku teks diorang disimpan di bawah laci meja so hanya buku tulis yang ada kat dalam beg diorang. Nad aje yang rajin bawa balik buku teks dia.

“My servant, angkat beg Nad sekali.” arah Syaf membuatkan nad menggelengkan kepala dan menolak pertolongan yang diberi ‘ikhlas” oleh Akim.

“Tak pe. Akim tu kuat orangnya. Dah lah hensem, sasa, kuat pula tu. Rasanya kalau beg kau tu tak de hal bagi dia.” balas Syaf bagi pihak Akim.

Kata-kata Syaf membuatkan pipi akim menjadi merah. Dengan segera dia menoleh ke arah lain untuk menyembunyikan wajahnya yang sedang merah.

Syaf tolong Nad untuk menanggalkan beg sandang di bahu nya lalu diberikan kepada Akim. “thank you my servant.” ucap Syaf selepas akim menyambut beg sandang Nad.

Syaf mula berbual dengan kawannya, Akim menghentikan langkahnya melihat senyuman dan gelak tawa syaf yang menghiasi suasana. “Eh Servant, kau buat apa diri kat situ?” jerit syaf yang baru perasan servant nya berada di belakang.

“Oh!” balas akim dengan senyuman lalu berlari mendapati mereka berlima.

Sesampai sahaja di perpustakaan , mereka membuka kasut untuk memasuki bilik itu. Masuk sahaja perpustakaan , Akim di sapa oleh gadis yang sangat popular di sekolah kami.

“Akim!” sapanya lalu memeluk lengan akim.

“Harom.” perli Syaf membuatkan gadis itu memberikan jelingan maut kepada nya.

“Akim dah makan?” soalnya lagi kepada Akim.

“Oh suzan! Kau nak jual minyak ke?” perli Nora pula. Kali ini mata suzan mengalih ke arah Nora pula.

Akim sedaya upaya untuk melepaskan pelukan Suzan sebab dia tahu hukum hakam agama. Akhirnya dia dapat melepaskan diri daripada Suzan.

“Nama panggilan suzan tapi nama betul susanti. Hahaha!” perli ainiz pula membuatkan Syaf gelak tak ingat dunia. Nasib baik setiap petang tak ada orang langsung dekat pustakaan kalau tak aku rasa Syaf ni dah kena halau.

“Aduh aduh! Sakit perut!” ngadu syaf yang masih tidak berhenti ketawa.

“Nurul Syafirah binti Mohammad Fared! Aku tak tahu lah apa masalah kau jadi kan Akim aku ni jadi orang suruhan kau. Aku nak kau berhenti jadikan dia servant kau. Aku tak suka.” luah suzan membuatkan Syaf memandang Akim dan muka Suzan beberapa kali.

“Wow! Kau ingat nama penuh aku weh? Kadang-kadang aku pun boleh lupa.” katanya lalu memegang dagunya.

“Let me think. Oh ye! I got the answer. He is my servant F-O-R-E-V-E-R.. Hahaha!” sambung syaf lalu menghiraukan suzan dan mengambil tempat duduk.

Ainiz, nora dan Nad menjelirkan lidahnya kepada suzan sebelum membuntuti Syaf. Manakala Fakheerah memberikan senyuman sinis kepada gadis itu. Akim segera pergi ke arah syaf dan duduk di hadapannya menghiraukan Suzan.

Suzan menghentakkan kakinya apabila dipersendakan oleh mereka. Lagi-lagi Akim langsung tidak menolongnya.

Syaf mula mengeluarkan folio akaun bersama-sama dengan kotak pensel untuk memulakan niat untuk menyiapkannya.

“Korang sampai mana?” soal akim yang juga mengeluarkan buku folio nya.

“nak dekat habis.” jawab Nora.

Fakheerah mengangguk lalu menunjukkan bukunya kepada Akim. Nad pula sudah sibuk menyiapkan folio dia.
Akim mencuri pandang Syaf yang Tiba-tiba mendiamkan diri. Tak pernah sekalipun dia melihat Syaf yang menjadi senyap tanpa sebarang ayat dari bibir munggilnya itu.

“princess? Kau okey?” soal akim sedikit risau. Takkan cemburu pasal suzan tadi kot? Hehe kalau ya bagitahu jela.

“Tengah lapar lah tu.” Kata Fakheerah bagi mewakili Syaf.

Syaf memuncungkan bibirnya lalu memegang perutnya. Alolo, comel nya puteri aku ni. Eh ! Lebih-lebih pula kau Akim!

“Kejap, aku pergi belikan makanan. Korang nak makan apa?” kali ini dia sendiri pula merelakan diri padahal tak di suruh pun.

“yeay! Yeay! Thanks servant” ucap Syaf lalu membuat gaya ‘aegyo’ yang terkenal di korea. Eh sejak bila kau gedik dengan lelaki ni? Hahah! Whatever.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience