"Saya suka awak, Donna." Ulang Aryan dengan nada tinggi.
Namun, luahannya tidak dijawab.
Donna memandangnya kosong. Tiada kata-kata yang boleh dibalas ketika itu.
Mereka masih belajar, masih sekolah. Rasanya tidak layak untuk bercintan-cintun atau melayan cinta monyet.
Lagipun, dia sudah berjanji dengan Abang Yas-nya mahu belajar bersungguh-sungguh. Dia bukannya orang yang suka mungkir janji. Lagilah orang itu adalah Abang Yas.
Dia meninggalkan Aryan dibelakang.
"Donna."
Aryan menyaingi Donna.
"Awak marah saya ke?" Soalnya.
Dia berdiri menghadap Donna.
"Tak." Jawabnya sepatah.
"Habis itu, kenapa awak diam?" Soal Aryan ridak berpuas hati.
"Maaf... saya tak tahu nak cakap apa." Tersimpul lidahnya mahu berbicara.
Aryan merapati Donna. Nafasnya ditarik dalam menenangkan jiwa yang kacau-bilau.
"Cakap apa saja, saya dengar. Saya pun tak banyak masa dekat sini. Kalau ada acara sekolah aje saya boleh jumpa awak. Cuma hari ini peluang saya nak dengar jawapan awak." Jiwanya meronta-ronta mahukan jawapan.
"Aryan." Donna bersemuka dengan Aryan. Air liurnya ditelan berkali-kali. Berat mulut mahu membalas luahan tadi.
"Ya." Balasnya lembut.
"Saya minta maaf." Dia menelan liur.
Aryan mengerdipkan matanya. Panas tiba-tiba. Sesungguhnya, bukan itu jawapan yang dia mahukan. Sebaliknya dia berharap gadis dihadapannya itu mempunyai rasa yang sama dengannya.
"Kenapa?" Nada suaranya mengendur. Malu. Itu yang dirasakan.
"Saya tak mahu fikir benda lain. Saya pun tak mahu buang masa sepanjang saya belajar dekat sini. Saya minta maaf sangat." Donna meninggalkan Aryan.
Seribu satu rasa menyerang lubuk jiwanya. Dia tidak suka dengan rasa itu. Rasa yang menyesakkan dada.
Aryan menelan air liur. Hampa dengan penolakan itu.
Sebulan berlalu...
Dia turun dari kereta. Sepi suasana sekolah itu. Maklum saja. Baru jam 1 tengah hari. Kelas masih belum tamat. Mujurlah tengah hari itu cuaca sejuk. Langit muram tanda mahu hujan.
Dia menghenyakkan punggung ke tempat duduk pemandu. Dia mengambil buku tebal ditempat duduk penumpang.
Halaman 23 diselak. Sudah seminggu buku itu dibeli sebelum dia pulang ke sini. Tetapi masih tidak sampai separuh lembaran diusik.
A Memory to Capture. Tajuk emas yang tertera didada buku.
Matanya ralit membaca bait perkataan yang tertulis. Buku itu bukanlah seperti novel romantis. Dia pun, bukannya seorang kaki novel seperti kebanyakkan orang. Ianya hanya sebuah penulisan dari seorang lelaki duda dari kota Belanda.
Kring!
Sayup-sayup loceng sekolah menerpa halwa telinganya. Sekejap lagi Donna pasti keluar.
Dia memandang perkarangan sekolah yang luas. Sekolah yang dihuni oleh perempuan kesemuanya. Tenang saja dari luar. Tidak riuh.
Dia menutup buku tebalnya.
Bam! Dia turun dari kereta. Pintu kereta ditutup cermat.
Sementara menunggu Donna, dia bersandar pada badan kereta sambil memeluk tubuh.
"Assalamualaikum." Sapa satu suara.
Donna menjinjit beg berisi pakaian menghampiri kereta.
"Walaikumsalam." Melebar senyumnya.
"Sini, abang tolong." Dia menghulur bantuan. Beg beralih tangan.
Lama dia merenung muka manis Donna. Sudah lama rasanya pemandangan indah itu tidak dilihat.
"Che D tak tahu pun Abang Yas nak balik hari ni. Ibu tak bagi tahu pun." Mulutnya becok bertanya Punggung dihenyak pada tempat duduk penumpang.
Enjin kereta dihidupkan.
"Yalah, abang baru sampai pagi tadi. Ibu pun tak sempat nak bagi tahu tu."
"Aik? Habis tu, kenapa Abang Yas tak rehat saja dekat rumah? Abah tu boleh je ambil Che D. Abang kan penat lagi."
"Rindu."
Bagaikan sayup-sayup saja kedengaran. Apa dia tidak salah dengar?
"Ha?" Dia memandang Harraz.
Harraz pula menyimpul senyum sambil menggeleng kecil.
Ah, mungkin dia yang salah dengar. Kuat berangan.
"Belajar macam mana? Ok?" Kereta tua tok membelah jalan raya.
Donna menjawab dengan anggukan.
"Abang ok?" Teragak-agak soalan itu diajukan.
Berkerut Harraz memandang Donna. Tawa kecil terlepas dari mulutnya.
"Alhamdulillah, abang ok. Belajar ok. Semua ok." Jawabnya tenang.
Tidak. Sebenarnya bukan soalan itu yang mahu diajukan.
Entah kenapa sejak dua menjak ini hatinya gelisah jika nama Harraz bermain difikirannya.
Makin lama dilihat, makin tampan pula ciptaan Tuhan disebelahnya.
"Senyap pula dia. Abang rasa Che D yang tak ok sekarang ni. Kenapa?"
Donna bermain dengan jarinya. Badannya tegak memandang jalan.
"Alhamdulillah
Salam rindu dari Abang Yas. :)
Share this novel