23

Romance Series 28536

Setelah meletakkan beg baju Donna diluar biliknya, Harraz menuju ke dapur.

Dia mencari kelibat tok. Matanya melilau ke sekeliling ruang dapur.

"Yas. Kamu dah ambil Che D ke?" Sapa tok sambil berjalan dengan tongkat.

Tok batuk-batuk kecil.

Dia menyalami tok. "Sudah, tok."

"Habis itu, Che D nya mana? Senyap saja dari tadi?"

Harraz menggaru kepala. Manalah hilangnya budak kecil tu?

"Entahlah,tok. Tadi dia terus naik atas. Mandilah tu agaknya." Mulalah dia berdalih.

"Bergaduh lagi?" Tebak tok sambil tersengih dengan gelengan kepala.

Harraz tersengih bak kerang busuk. Helahnya tidak menjadi.

"Orang tua-tua kata kalau selalu bergaduh, nanti kahwin. Haa, baru tahu nanti."

'Kalau kena kahwin apa salahnya, tok.' Dia tersengih-sengih.

"Mana ada gaduh,tok."

Dia membantu tok untuk duduk. Air kopi o yang sudah tersedia dalam cawan beralas ditarik buat tok.

"Kamu macam mana dah duduk dekat tempat orang? Semua baik-baik? Belajarnya bagus?" Tok mencicah biskut kosong dengan air kopi o.

Harraz mengambil tempat didepan tok.

"Alhamdulillah, semua bagus. Belajar tu biasalah ada susah senangnya. Kalau tak berani sahut kesusahan, Yas pun takkan mampu nak sampai ke tahap ni, tok."

"Ya Alhamdulillah kalau bagus. Belajar sungguh-sungguh. Ilmu saja yang boleh bantu kita dalam hidup ni, Yas. Ibaratnya kalau nak memasak pun kena ada ilmunya. Nak potong kayu pun kena ada ilmunya. Apatah lagi orang macam kamu. Bakal doktor ni. In syaa Allah." Tok menepuk bahu Harraz.

"Terima kasih tok selalu bagi semangat untuk Yas. Walaupun, Yas bukan darah daging tok." Ayat itu bikin dadanya sempit.

Tok menarik senyum. Bahu Harraz ditepuk-tepuk lagi.

"Kamu tetap cucu tok, Yas. Tok tak pernah bandingkan cucu-cucu tok. Semua sama."

"Eleh, habis tu Che D ni bukan cucu tok lah ya? Nanti Che D lari rumah baru tahu." Entah dari mana munculnya tiba-tiba dia terpacul di belakang Harraz.

"Kus semangat! Terkejut tok. Kamu ni. Kamu pun cucu tok. Hah, kamu dari mana? Tiba-tiba muncul."

Che D melabuhkan punggung disebelah tok. Bertentangan dengan Harraz. Tetapi sempat dia menjeling pada Harraz.

"Che D pergi timba air,tok. Nak cuci baju."

Harraz curi-curi pandang pada Donna. Bila agaknya Donna mahu membalas pandangannya? Benar-benar serius masalahnya sekarang.

"Oh, yalah. Ah, tok pun dah kenyang. Tok nak baring-baring kejap. Nanti petang nak sambung mengaji. Tak elok tidur waktu petang ni." Tok bangkit dari kerusi dibantu Harraz.

Donna mencebik.

Bukan Harraz tidak nampak cebikkan itu. Namun, dia hanya menghiraukannya.

"Terima kasih, Yas. Tak apa. Tok boleh jalan sendiri."

"Sama-sama,tok."

"Kamu pergilah teman Che D. Kan kamu dah lama tak berbual dengan dia."

Tok mendaki anak tangga perlahan-lahan.

Harraz menoleh ke belakang. Mahu sambung berbual dengan Donna.

"Eh, ke mana pula dia menghilang?"

Dia mengatur langkah ke belakang rumah. Disitu ada sebuah perigi yang dibuat oleh tok. Disitulah sumber air untuk seharian. Bukan tiada paip. Mungkin kerana mereka lebih gemar mwnimba air dingin dari perigi itu.

Donna aedang ralit mencuci baju diatas papan basuh.

Dia mendekati Donna.

"E-hem." Dia berdehem kecil tanda menegur.

Donna tidak mengendahkan deheman itu. Dia melanjutkan basuhannya dengan cepat.

"Hai lah pokok serai. Ada orang merajuk dengan aku nampak gayanya. Macam manalah aku nak pujuk. Tapi kalau orang dah tak sudi, yang disini kenalah bawa diri semula." Pokok serai yang melambai-lambai dek tiupan angin ditenung sambil bertinggung.

Che D menjeling dari tepi. Sengaja dia hempas basuhannya sehingga Harraz terkena percikan air sabun.

"Hai pokok serai, aku tak tahu pula kau boleh kencingkan aku dengan air sabun. Nasib baiklah wangi. Kalau tidak, berkuping muka kacak aku." Dia mengelap sisa air sabun dipipi.

Dia mencuri pandang Donna. Dia masih berlagak menyental baju.

"Oi pokok serai, aku tak tahu pula kalau basuh baju tu ibarat menyental badan kerbau. Teruk juga gayanya nak basuh baju. Rabak baju." Harraz masih dengan loyar buruknya.

"Hm, sampai bila lah agaknya orang sebelah ni nak jadi batu. Berbuih mulut orang dekat sini berbual dengan pokok serai. Tsk,tsk,tsk."

Pap!

Donna menghempas basuhan dipapan basuh. Akibatnya Harraz terkena lagi percikan air sabun.

"Amboi, main kasar kau ya pokok serai. Kau kencingkan aku lagi? Nasib baik kau pokok serai. Kalau kau itik, dah lama aku salai buat masak lemak."

Harraz menjeling ke arah Donna. Aduhai, masih diam membisu nampaknya. Cara apa lagi mahu dipujuk?

"Che Donna binti Che Darwin. Abang Yas mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung bulu kaki ya. Maafkan abang kalau abang buat intan payung abang ni kecil hati. Ya? Maafkanlah abang."

Tengoklah, jika dengan Donna mudah betul hatinya cair. Siap dengan pujuk rayu.

Mengapa tidak begitu ketika perempuan Inggeris mahu mendekatinya?

Entahlah, hatinya mudah terusik dengan Donna sahaja.

Mana boleh disangkal perasaannya.

Che D menatapnya. Dia menggerakkan bahasa tangannya.

Yang pertama, tangannya menunjuk ke arah dirinya.

Yang kedua, kedua-dua tangannya membentuk huruf X.

Yang ketiga, jari telunjuknya menuding ke arah Harraz.

Yang terakhir, matanya sempat dijengil pada Harraz.

"Hahahahaha. Lah, bisu pula dah dia! Peninglah kepala macam ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience