Subuh itu, Harraz baru pulang dari surau. Seliparnya ditanggalkan dihadapan tangga. Dia mengambl batuk dan membasuh kakinya dengan air ditempayan. Kemudian, batuk disangkut semula dipaku.
"Assalamua'laikum." Ucapnya pada umi yang sedang sibuk didapur.
"Wa'laikumsalam. Ha, awal Yas balik? Abah dengan tok mana?" Soal umi. Tangannya membancuh adunan untuk jemput-jemput udang.
"Tok dengan abah balik kemudian. Tadi tengah berbual dengan bilal. Itu yang Yas balik dulu." Jawabnya sambil memerhati umi.
"Oh. Yas tolong umi boleh?" Umi mengeluarkan udang dari dalam peti ais.
Tanpa melengahkan masa, Harraz bingkas bangun untuk membantu umi.
"Boleh, umi. Umi nak Yas tolong apa?" Dia melipat lengan baju melayunya.
"Tolong umi buang kulit udang. Lambat pula nanti kalau tok dengan abah dah balik umi masih tak siap masak." Umi menyediakan pinggan dihadapan Harraz.
"Setakat buang kulit udang, pejam mata aje umi." Selorohnya dengan sengihan.
"Lah, pergilah tukar baju dulu. Habislah kotor nanti." Bahu Harraz ditepuk lembut.
"Tak apalah umi. Kotor sikit aje pun." Jawabnya.
"Hm, yalah. Suka hati Yas." Jawab umi mengalah.
Jam menginjak ke angka 6.45 pagi. Donna menguap. Kemudian, dia meregangkan badannya.
Rambutnya disanggul kemas. Hari ini dia sengaja bangun lewat dari kebiasaannya kerana dia sedang datang bulan.
Donna menuju ke dapur dengan langkah longlai. Namun, langkahnya terjeda ditangga. Berbunga-bunga hatinya pagi itu taktala memandang Harraz dengan pakaian baju melayu dan kain pelikat. Lemah segala sendi-sendinya. Dia tersengih sendiri.
Dia duduk ditangga sambil menongkat dagu. Orang kata jangan dilepaskan rezeki didepan mata. Dia suka melihat Harraz berpakain seperti itu. Dia terkebil-kebil sendirian.
"Umi, ada lagi yang Yas boleh tolong?" Udang yang telah siap dibuang kulitnya dibasuh bersih.
"Yas tolong umi ambilkan daun bawang dalam peti ais." Minyak masak dituang ke dalam kuali yang sedang panas.
Harraz berpaling ke belakang. Namun, langkahnya juga terjeda taktala pandangannya bertembung dengan Donna. Serta-merta senyumannya mekar dibibir.
Donna mengetap bibir sambil membalas senyuman itu.
Daun bawang diletakkan ke sinki. Kemudian, daun bawang dibasuh bersih. "Yas potong ya,umi?" Tanya Harraz.
"Boleh." Jawab umi pendek.
Harraz mencapai pisau dan pemotong dari rak pinggan. Jarinya disusun cantik sambil memegang seikat daun bawang. Nampak tidak kekok dia melakukan kerja dapur. Manakan tidak. Sudah kebiasannya dia membantu umi didapur berbanding Donna.
Sudah 10 minit dia merenung Harraz sambil tersengih sendiri. Bertuahnya dia pagi itu dapat melihat lelaki pujaannya didapur. Mungkin satu dalam sejuta agaknya.
"Eh? Bilanya Che D bangun?" Soal umi terkejut.
"Baru aje umi." Donna bangun dan menuju ke meja makan.
"Tak nak tolong umi?" Soal umi sambil membetulkan rambut anak daranya.
Donna menggeleng sambil mencebik.
"Hm,umi dah tahu." Jawab umi bersahaja.
"Kalau Yas dah siap, tinggal aje dekat situ. Nanti umi kemas." Umi masih sibuk memotong daging yang mahu direbus.
"Tak apalah, umi. Lagipun, Yas tak ada buat kerja apa-apa. Biarlah Yas tolong umi dekat dapur ni. Daging yang ini umi nak masak apa?" Soalnya.
"Daging tu umi nak potong nipis-nipis dulu. Lepas itu, umi nak rebus. Tok nak makan daging salai cicah air asam hari ni. Nanti dah siap rebus, nak disalai pula tu. Boleh ke Yas buat?" Soal umi.
"Boleh umi." Jawabnya sambil tersenyum.
Dengan segaris senyuman itu mampu mencairkan hati Donna. Cukuplah Harraz yang membantu umi. Dia sanggup duduk bertelku disitu demi merenung Harraz.
Bibir bawahnya digigit menahan rasa suka. Setiap gerak geri Harraz diperhatikan tanpa kalih. Pokoknya, apa juga perbuatan lelaki itu sekarang dia suka.
"Umi." Seru Donna dari meja makan.
"Ya." Balas umi.
"Kalau Che D nak kahwin boleh tak?" Bersahaja dia mengajukan soalan itu.
Kahwin? Tidak salah dengarkah dia? Harraz terkebil-kebil memandang daging dihadapannya.
Umi bercekak pinggang.
"Kalau Che D nak kahwin sekarang tak bolehlah. Sekolah pun belum habis lagi ada hati nak berangan sampai ke awan ya?" Seloroh umi. Mungkin pada pandangan umi anak daranya hanya bercanda.
"Oh, kalau macam itu lepas Che D habis sekolah dah boleh kahwinlah ya?" Soalnya lagi.
Umi teragak-agak mahu menjawab.
"Boleh. Dengan syarat masa itu anak dara umi ni dah habis belajar, dah bekerja dan dah bersedia dari segi fizikal dan mental." Jawab umi tenang. Satu masa nanti pasti dia akan melepaskan anak daranya itu. Sampai bila harus disekat kehidupannya?
Harraz yang sedang memotong daging memasang telinga saja. Tidak mahu menyampuk perbualan dua beranak itu.
"Betul ke Che D nak kahwin?" Soal umi.
"Betullah." Jawabnya ringkas.
"Kalau nak kahwin kena belajar memasak dari sekarang. Takkan nanti dah besar panjang baru nak belajar memasak? Mana sempat." Beritahu umi.
Che D membenarkan apa yang diperkatakan oleh umi. Tidak mungkin sudah besar panjang baru terhegeh-hegeh mahu belajar memasak semata-mata mahu berkahwin? Tidak masuk akal langsung.
"Sempatlah umi. Kan Abang Yas?" Dia beralih pada Harraz yang senyap dari tadi.
Tangannya berhenti memotong daging. "Kalau Che D tanya Abang Yas, abang okey aje." Jawapannya mengundang maksud yang tersirat.
Umi memandang Donna dan Harraz silih-berganti.
"Yas pula macam mana?" Soal umi sambil tersenyum.
"Macam mana apa pula umi?" Soal Harraz bingung.
Umi menarik senyuman lagi. "Maksud umi Yas tu dah berpunya ke belum?"
Harraz diam tersenyum. "Umi nak jawapan jujur atau tak?" Soalnya nakal.
Umi ketawa kecil. "Mestilah umi nak jawapan yang jujur."
"Mungkin...ada." Dia menyimpul senyum sendiri.
"Ooo, siapa dia?" Soal umi teruja.
Donna menelan liur. Tidak. Dia tidak mahu mendengar pengakuan itu. Pasti nanti dia yang akan terluka.
"Umi, Che D nak mandi dulu." Pintas Donna segera bangun dari bangku.
"Ha yalah. Pergilah mandi." Balas umi.
Harraz menyoroti langkah Donna yang segera meninggalkan dapur. Kemudian, dia tersengih.
"Siapa dia? Yas tak nak bagi tahu umi?" Asak umi tidak berpuas hati.
"Tak adalah umi. Yas bergurau aje tadi. Manalah sempat Yas nak cari buah hati dekat sana. Semuanya anak orang putih. Tak mahulah Yas. Tak berkenan." Jawabnya jujur.
"Oh, jadi Yas nak darah melayu jugalah ni?" Usik umi.
"Hahaha. Mungkin."
Dalam hatinya cukuplah hanya dia seorang. Ruang hatinya hanya disediakan untuk si dia. Tidak mahu yang lain dan takkan ada yang lain.
Harraz menyimpul senyum.
Share this novel