14

Romance Series 28536

"Uwekk!" Widad bergegas turun dari katil. Perutnya rasa mual dan memulas.

Cepat saja dia melangkah ke bilik air. Mujurlah tandas hanya bertentangan dengan biliknya.

"Uwekkk!" Dia memuntahkan segala isi perut.

Bahagian tengah abdomen ditekan. Sakit yang mencucuk-cucuk. Dia mengetap gigi. Matanya mula berair.

Butir-butir peluh mula terbit dari liang kulitnya membasahai bahagian leher dan dahi.

Tangan terketar-ketar membuka paip air dek menahan kesakitan.

Air dingin mula membasahi tangan kanannya. Kemudian, dia membersihkan mulut. Setelah selesai, paip air ditutup.

Tika itu badannya dirasakan lembik. Tidak larat untuk menapak ke bilik. Walhal, biliknya hanya tiga langkah saja dari pintu tandas.

Rasa sakitnya mula mencucuk ke bahagian bawah perut kanannya.

Kenapa agaknya?
-----
Harraz melangkah keluar dari bilik air. Muka dan tangannya basah. Dia baru selesai berwuduk.

Tidak lupa juga doa selepas berwuduk dibaca.

Sesudah itu, dia mencapai sejadah diatas katil. Sejadah bersulam emas itu dibentang ke lantai. Dia berdiri tegak menghadap kiblat.

Niat solat Sunat Dhuha dibaca perlahan.

"Allahu akbar." Gemersik suaranya mengangkat takbir.

Dia khusyuk dengan solatnya.

Jika dulu dia tidak pernah menunaikan solat sunat. Tetapi tok selalu berpesan dengannya.

Hidup didunia bukan sekadar solat fardhu semata-mata. Seeloknya luangkan masa atau cari masa untuk menambah solat sunat. Begitulah pesan tok padanya sebelum dia berangkat ke luar negara hari itu.

"Assalamualaikum warrahmataullah." Salam diberi pada si pencatat amalan kanan dan kiri.

"Astaghfirullah hal azim, astaghfirullah hal azim." Mukanya diraup lembut.

Serta-merta matanya mula berkaca. "Ma...pa..." Dia merintih didepan sejadah.

"Ju...juan rindu. Rindu...mama. Rindu...papa." Hiba tangisnya mula kedengaran sayu dibiliknya.

Air matanya deras mengalir membasahi pipi. Dia sujud di sejadah. Disitu segala rasa rindunya diluahkan. Dia mahu mengadu pada tuhan bahawa dia rindu, teramat rindu pada orang tuanya.

Kejadian dulu kembali terlayar dibenaknya. Dimana orang tuanya dibunuh kejam. Papa ditikam dibahagian dada dan perut bertubi-tubi. Mama pula disepak terajang dibadannya. Semuanya disebabkan adik papa pernah berhutang dengan Ah Long.

Tanpa membayar hutangnya, dia melarikan diri dan menggadaikan rumah orang tuanya. Matanya merah menahan marah.

Tok,tok,tok!

Bunyi ketukan pintu berselang panggilan menyentak lamunannya.

"Yas! Yas! Buka cepat!" Seru umi dari luar. Cemas nampaknya dia.

Harraz lantas bangun dan melipat sejadahnya. Songkok masih kemas terletak dikepalanya.

Pintu dibuka. Dia memandang umi yang sedang menahan air mata.

"U...umi. Kenapa? Kenapa ni?" Soal Harraz turut cemas.

Air mata umi gugur ke pipi. Harraz terus menyeka air matanya.

"Anak umi...Che...Che D dekat wad kecemasan." Getaran suaranya tidak dapat ditahan.

"Hah? Che D? Kenapa dengan Che D?" Pantang sebaris nama itu singgah ditelinganya, terus panas punggungnya.

"Ta...tadi pengetua sekolah telefon umi, dia kata Che D ada dekat hospital. Jom, ikut umi. Kita tengok Che D." gesanya.

Tanpa membuka songkok terlebih dahulu, Harraz terus bergegas mengikuti umi.

Abah dan tok sudah menunggu dikereta. Mereke berdua memboloskan diri ke dalam oerut kereta. Tanpa membuang masa, abah menekan pedal minyak.

Tidak senang duduk Harraz tika itu. Jantungnya berdebar-debar seakan mahu terkeluar. Tuhan, tolong jagakan dia untuk ku.

"Hati-hati,nak. Jangan bawa laju-laju." Pesan tok pada abah.

"Ya, ayah." Abah akur. Dia fokus dengan pemanduannya.

Perjalanan mereka memakan masa 4 jam untuk tiba di Negeri Sembilan. Suasana didalam kereta senyap. Masing-masing memikirkan keadaan Donna. Mengapa dia agaknya sehingga dikejarkan ke hospital? Jika rasa sakit itu boleh dipindahkan pada dirinya, sekarang juga akan dilakukan itu.

"Abang datang, sayang." Harraz berkata sendiri sambil memandang pemandangan hutan yang menghiasi sepanjang lebuhraya.

Kesian Che D. Risau Abang Yas dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience