(Tunku Ja'afar Hospital Seremban)
Tiba diperkarangan hospital, kereta diparkir elok dikotak parkir.
Harraz terus turun dan membuku pintu kereta untuk tok. Perlahan-lahan dia memapah tubuh tok yang membongkok.
"Perlahan-lahan, tok." Ujarnya. Songkok dikepala sudah senget sejak dari dalam kereta tadi. Malah, kewujudan songkok dikepalanya juga tidak disedari.
"Kamu dengan Marlia pergi masuk dalam dulu. Nanti ayah dengan Yas masuk kemudian." Arah tok.
Abah memandang umi. Kemudian, dia mengangguk. Abah memimpin tangan umi.
"Yas, kamu kenapa berkerut macam gitu?" Tok tersenyum.
Harraz baru tersedar. Terus saja dia melorek senyuman buat tok. Benarkah mukanya seteruk itu? Dia tergaru-garu sendiri.
"Jangan fikir yang bukan-bukan. In syaa Allah, Che D tak ada apa-apa tu. Dia tu kuat semangat budaknya, Yas." Ujar tok lagi.
Harraz mengangguk kecil. Entahlah, mana mungkin dia boleh bersabar sedangkan Che D yang didalam sana.
"Jomlah, tok." Dia terus memapah tok ke bahagian kecemasan.
Tiba dipintu kecemasan, seorang pengawal menghulur bantuan dengan sebuah kerusi roda untuk tok.
"Alhamdulillah, terima kasih ya dik."Ucap tok.
"Ya, sama-sama cik." Jawab pemuda itu.
Harraz turut menundukkan kepala tanda berterima kasih kepadanya.
Tiba diwad Kenanga 4B yang menempatkan Donna, dia dan tok menghampiri abah.
“Abah. Macam mana dengan Che D?” Soal Harraz runsing. Tok yang berada dikerusi roda memerhati cucunya dengan riak sugul.
Abah memaut bahu Harraz sekejap. “Kita tunggu doktor datang ya.”
Harraz merenung Donna yang terbaring. Tangan kanannya telah dipasang dengan drip air. Dia menghampiri Donna dengan mata yang berkaca.
“Che D. Abang datang ni.” Bicaranya seolah-olah donna tidak akan sedar selama-lamanya.
Umi mengelus jari-jemari runcing puterinya. Satu-satunya puteri yang paling rapat dengannya.
Kelopak mata Donna mula bergerak memberi reaksi dari panggilan Harraz.
Perit matanya dek terlalu lama tidur.
Dia memandang sekelilingnya. Ada tok, abah, umi dan…Abang Yas. Serta-merta bibirnya melorek senyuman.
Entah mengapa dia rindukan lelaki itu. Walhal baru saja kelmarin Harraz dan abah menghantarnya pulang ke asrama. Ah, angau betul!
“Sayang anak umi. Ada rasa sakit tak ni? Senyum-senyum pula dia?” Pelik pula umi dengan perangainya. Doktor salah beri ubat ke? Tak mungkin.
“Umi. Che D okeylah. Che D kan kuat. Janganlah risau sangat.” Ujarnya sambil tersengih seperti kerang busuk.
“Umi kamu tu sepanjang jalan dok mengalir air mata aje dari tadi. Silap hari bulan boleh banjir kereta.” Celah tok sambil ketawa kecil.
“Doktor belum datang ke dari tadi Che D?” Soal abah.
“Tadi masa mula-mula Che D sampai je dia ada. Doktor cakap dia nak tunggu mak dengan abah datang dulu. Adalah tu agaknya dia nak bagi tahu umi dengan abah. Tapi umi dengan abah tak payahlah risau. In syaa Allah Che D tak ada apa-apa. Kan tok?” Dia merenung tok sambil tersenyum.
Tok mengangguk kecil. “In syaa Allah cucu tok ni sihat. Sudah, tak payah fikir yang bukan-bukan.” Rambut cucunya diusap lembut.
Harraz sejak tadi hanya jadi pemerhati. Biarlah mereka yang bertanyakan khabar donna terlebih dahulu.
Abah memandang Harraz yang diam membisu. “Yas. Kenapa senyap aje?”
Umi dan tok memandang sama.
Harraz mengukir senyum seraya menggeleng kecil. “Yas bagi ruang dekat abah, umi dengan tok berbual dengan Che D.”
Mereka bertiga tersenyum. “Lah, kalau Yas nak berbual dengan Che D, berbual ajelah. Tak perlu nak beri ruang ke apa.” Kata abah.
Dalam masa yang sama, seorang doktor lelaki datang menghampiri mereka. Dia melangkah dengan penuh keyakinan. Ditubuhnya tersarung jaket labuh putih. Orangnya tampan. Tinggi pula.
Dia semakin menghampiri ke katil Donna. Harraz pula sejak tadi memerhati gerak laku doktor muda itu. Hatinya tidak keruan. Apakah dia bimbang jika kehadiran doktor muda itu menggugat kewujudannya bersama Che D? Ah, mengarut sungguh.
“Assalamualaikum encik, puan.” Dia menyapa abah dan umi dengan ramah. Bibirnya merah jambu bererti dia bukan perokok. Penampilannya juga bersih.
“Wa’alaikumsalam, doktor.” Abah menghulur tangan untuk berjabat.
Tok dan Harraz juga turut menyalaminya.
“Minta maaflah saya terlewat sikit. Saya yang akan incharge Che Donna. Encik dan puan boleh tanya pada saya berkaitan kesihatan anak encik dan puan.” Ujarnya ramah.
Harraz mencerun memandangnya. Tanda nama yang tersemat kemas pada jaket putih dibaca sekilas. Rudy.
Raut wajah doktor muda itu dipandang tajam. Kemudian, dia memandang ke arah Donna. Sesekali dia membalas senyuman Rudy.
“Doktor Rudy, macam mana dengan keadaan dia sekarang? Kenapa sampai kena tahan wad?” Soal Harraz tegas.
Semua mata tertumpu pada Harraz.
Rudy terkebil-kebil memandang Harraz.
“Saya abang dia. Macam mana keadaan Che D?” Soalnya lagi. Tiada senyuman seperti selalu dimukanya.
“Oh, abang Che Donna ya. Saya dah buat ujian CT Scan dan Ultrasound. Encik dan puan boleh tengok hasil X-ray tadi.” Kertas X-ray bertukar tangan.
Harraz turut meneliti hasil x-ray itu. Pandangannya tertumpu pada bahagian bawah abdomen perut kanan Donna.
“Appendicitis?” Soal Harraz meminta kepastian Rudy.
“Yes. Medic student?” Soal Rudy pula.
“Ya.” Jawab Harraz bersahaja.
“Apendiks terletak dibahagian abdomen kanan. Organ apendiks kecil saja. Apabila organ tersebut tersumbat dan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil atau besar dia akan mula membengkak akibat jangkitan kuman. Kebiasaannya pesakit akan mengalami muntah-muntah sebelum merasa sakit dibahagian perut. Atau pun hilang selera makan.”
Harraz berdiri disebelah. Tiada sebarang riak dimuka polos itu. Donna masih tenang lagaknya. Mungkin juga dia sudah tahu. Ya, tahu kondisi dirinya yang sedang ‘sakit’.
Abah menggenggam erat tangan umi. Tok pula menunduk sambil mengusap ubun-ubun Donna. Suasana hening.
“Tapi dia jaga setiap pemakanan yang diambil. Selera makan pun okey setakat ni.” Harraz masih lagi tidak berpuas hati. Mana tahu Rudy salah membuat ujian.
Rudy tersenyum.
“Memang betul apa yang awak cakap. Kadang-kadang tanpa kita sedar dalam makanan yang kita makan mungkin ada kuman. Itu yang membuatkan bahagian apendiks membengkak. Seterusnya, boleh mendapat jangkitan kuman.” Terang Rudy.
Rudy menghampiri Harraz. “Macam mana bakal doktor boleh tak tahu maklumat remeh macam ni?” Senyumnya ditarik ‘manis’.
Mendengarkan ayat yang barusan diucap, dia mengetap bibir.
“Pardon. Bukan saya tak tahu hal ni. Tapi setakat ni saya tahu apa yang Che D makan. Setiap pemakanannya bersih.” Harraz masih bertegas.
“Yas. Sabar. Kita bincang elok-elok. Kita dengar dulu penjelasan doktor ya.” Pujuk tok.
Darah muda tentu saja masih panas. Bila masing-masing sudah berjumpa dengan seteru, mulalah mahu menunjuk lagak.
Donna diam seribu bahasa. Pelbagai rasa menyerang dadanya. Dia mahu nangis. Tetapi untuk apa? Jika dia sakit pasti banyak pelajaran yang bakal tertinggal nanti. Kelas pancaragam pula macam mana? Masih banyak lagi not yang perlu dipelajari.
“Okey, relax. Saya cuma menyatakan yang fakta atas sebab adik awak pesakit saya.” Ujar Rudy.
Harraz meraup muka menahan sabar. Hatinya tidak pernah senang dengan manusia bernama rudy itu. Walhal, dia baru saja bertemu dengan lelaki itu hari ini.
“Jadi, bila pembedahan boleh dijalankan?” Soal Harraz setelah amarahnya reda.
Rudy menyelak kertas rekodnya.
“Awal pagi esok. Dalam tempoh 8 jam, Che Donna perlu berpuasa untuk mengosongkan usunya dari makanan.” Ujarnya lagi.
“Doktor, lama ke pembedahannya tu?” Soal umi bimbang.
“Tak lama puan. Kami cuma perlu membuang apendiks yang membengkak akibat jangkitan kuman tu saja. Jika tidak dibuang apendiks yang membengkak organ tersebut boleh pecah. Puan jangan risau. In syaa allah semuanya akan selamat. Kami akan buat yang terbaik.” Katanya meyakinkan mereka yang ada disitu.
Harraz merenung Donna. Begitu juga dengan Donna. Dia membongkok merapati Donna.
“Che D jangan risau. Pembedahan ni tak merbahaya pun. You’ll be fine, okey?” Pujuk harraz menenangkan hatinya yang galau.
Donna menyimpul senyum. “Che D okey ajelah. Abang Yas yang gelabah sangat. Macam kucing hilang anak.”
“Ini lebih dari kucing hilang anak, sayang.” Perlahan sahaja ayat itu menyusup masuk ke pendengaran Donna.
Harraz menyimpul senyum. Tetapi sekejap saja. Risau nanti umi, abah dan tok nampak pula. Buat malu saja.
“Okey, kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Dua jam lagi saya akan datang lagi untuk check anak encik dan puan. Assalamualaikum.” Pamitnya dalam senyuman. Sempat dia menghantar senyuman buat Donna.
“Wa’laikumsalam warahmatullah.” Jawab mereka semua.
Dalam diam, Harraz memerhati langkah Rudy yang semakin menjauh dari wad itu. Cemburukah dia?
Share this novel