22

Romance Series 28536

"Lama lagi ke Abang Yas nak habis belajar? Lamanya duduk dekat negara orang putih tu. Tak jelak ke makan gandum selalu? Dah tak rindu nasi dekat sini? Lauk-pauk kampung dekat sini?" Donna memandang Harraz.

"Rindulah. Tipulah kalau abang tak rindu semua tu. Nak buat macam mana? Tuntutan belajar nombor satu dalam hidup abang. Rugi kalau abang sia-siakan. Orang lain berusaha nak duduk dekat tempat abang. Che D kena tahu, kita kena korbankan apa yang kita suka. Apa yang kita sayang. Apa yang kita rindu. Satu hari nanti semua tu akan rasa berbaloi." Penuh makna setiap tutur katanya.

"Oh, kena korbankan semuanya. Habis tu, berbaloi ke tinggalkan Che D lama-lama dekat sini?" Lirih suaranya seperti orang berjauh hati.

Harraz menarik nafas dalam. Mungkin susah untuk Donna memahami situasinya sekarang. Sungguh, dia tidak pernah merasa rugi mahupun terbeban.

"Diam maksudnya betullah, kan?" Rajuknya lagi.

"Diam tak semestinya mengiyakan. Cuma Che D saja yang masih belum faham situasi sekarang." Tenang tetapi tegang ton suaranya.

Donna mengetap bibir. Tubir matanya dirasakan panas. Apa lagi yang masih tak difahaminya? Belum cukup matang lagi ke dia untuk memahami situasi sekarang?

Dia mengalih pandangan ke tingkap. Air mata yang ditahan jatuh jua.

Dia rindukan Abang Yas nya. Cuma Harraz saja yang pura-pura tidak mengerti keadaannya.

"Che D. Marah abang ke?" Harraz mencuri pandang.

Che D menggeleng tanpa memandang Harraz.

"Kalau tak marah, kenapa tak nak pandang Abang Yas?"

"Pandanglah Abang Yas. Abang dah lama tak berbual dengan Che D kesayangan abang ni tau. Abang berkejar ke sini untuk ambil Che D. Takkan tak nak bercakap dengan abang?" Dia mengeluh.

Aduhai, merajukkah dia?

"Siapa yang suruh abang berkejar ambil Che D? Che D tak pernah suruh pun. Abah yang selalu ambil Che D dekat sini selama Abang Yas sibuk dekat tanah orang putih tu."

Ayat yang dilontarkan lembut tiba-tiba dirasakan tajam menikam hatinya. Sah, dia merajuk. Tahulah dia. Harraz tersenyum sendiri. Tak habis-habis dengan rajuknya.

"Ada orang jauh hati dengan Abang Yas rupanya. Hm, macam mana abang nak pujuk ni?" Harraz seolah-olah berbual sendiri.

Donna mencebik. Kalau sudah tahu dia berjauh hati, pujuklah cepat.

"Abang Yas minta maaf." Dia memandang Donna.

Donna pula sepi memandang luar. Dia menggeleng kecil.

"Abang Yas tak ada salah apa-apa pun dengan Che D."

"Kalau abang tak buat salah, kenapa tak nak pandang abang?" Dia masih memujuk.

Donna menggeleng.

Gelengan itu membuat Harraz mengeluh berat.

"Berapa lama Che D nak kena tunggu untuk ikut Abang Yas?"

Harraz diam sejenak. Berkira-kira mahu menjawab soalan itu. Dia tidak mahu memberi harapan padanya.

"Sampai umur Che D 18 tahun, Che D ikutlah abang. Itu pun atas keizinan ibu dan abah." Riak kerisauan muka terbit dilubuk hatinya.

Jika ibu dan abah tidak mengizinkan, maka ajakan itu akan terlerai.

Donna menggigit bibir bawah. Ada debaran yang berkunjung didada.

Dia memandang Harraz.

"Tak apa. Biar Abang Yas yang minta izin dengan ayah dan ibu. Che D fokus saja pada pelajaran."

Jawapan itu sedikit melegakan dirinya.

"Kenapa perlu tunggu umur Che D 18 tahun? Kenapa bukan sekarang? Che D pandai jaga diri. Che D dah matang."

"Bawalah Che D pergi sana. Che D nak ikut Abang Yas. Dekat sini tak seronok bila abang tak ada. Tak ada siapa nak teman Che D ronda-ronda kampung. Tak ada siapa nak teman Che D belajar sampai lewat malam. Tak ada siapa nak ajarkan Che D buat kerja sekolah." Matanya berkaca lagi. Dikerdipkan agar tidak pecah empangan air matanya.

Harraz menghela nafas berat.

"Bukan Abang Yas tak mahu bawa Che D. Tapi nantilah. Tunggu Che D dah dewasa sikit. Abang bawa Che D pusing-pusing dekat sana. Ok?"

Donna sudah mati kata.

Enjin kereta dimatikan. Belum sempat Harraz bersuara, Donna terlebih dahulu keluar dari kereta.

Harraz mengeluh berat. Beg baju Donna diambil ditempat duduk belakang.

Tap!

Langkahnya terjeda. Dia membongkokkan badan. Sekeping kapal terbang kertas warna putih diambil. Dibelek-belek kertas itu.

Dia membuka lipatan kertas dengan cermat. Sebaris coretan dibaca.

Saat angin menampar lembut pipimu
Izinkan aku memuntahkan coretanku disini.

Maafkan aku jika coretanku tidak seindah
rautmu

Jujur aku mahu kamu tahu tentang isi hatiku

Jika mahu dihitung bintang dilangit
Pasti tidak tertanding dengan hasratku padamu

Entah mengapa
Dirimu saban hari menjadi igauanku

Nukilanku tidak panjang
Cukuplah kamu mengerti isi hatiku

-Aryan-

"Aryan." Nama itu menggumam dimulutnya. Nafasnya yang sedang turun naik ditahan sebaik mungkin.

Kapal kertas itu dironyokkan. Dia tidak suka dengan nukilan itu.

"Teruskan mimpi kau sampai ke bintang." Gumpalan kertas dimasukkan ke dalam poket seluar.

Dia menjinjing beg Donna dan terus ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience