(31 Disember 2001, Kg Agong, Penaga, Pulau Pinang)
Kedua-dua tangannya mencengkam lantai yang dingin.
Dihujung penjuru sana, sepasang mata helang sedang memandangya sinis.
“Bangsat!” Dia seolah-olah berbisik dengan nada keras. Tetapi suaranya tidak kedengaran oleh ‘pihak’ sana.
Tap,tap,tap! Titisan merah pekat menitik ke lantai. Bagai menyahut bunyi unggass dinihari.
Titis demi titis menyapa rongga telinganya. Ketika, suasana seisi rumah agam setingkat itu sunyi dan kelam.
Seluruh isi rumah kacau-bilau.
Esakannya mula berlagu dibibir. Mata merahnya mula bergenangan air hangat.
Manusia dipenjuru sana tersengih. Kayu hoki ditanganya digenggam erat.
Tap,tap,tap! Dia membuka langkah meninggalkan isi rumah itu. Puas! Puas hatinya melihat tiga kujur tubuh itu tertiarap lemah. Hujung bibirya terjungkit senyuman.
“Aku akan…cari kauuu!!! Bangsatttt!!!” Teriaknya bergema diruang tamu itu.
Perlahan-lahan tubuh manusia itu lenyap dibalik kepekatan subuh.
“Ma…mama.” Lirih suaranya memecah kesunyian. Dihadapanya terbaring seorang wanita lingkungan lewat 30-an. Mukanya berlumuran dengan cairan merah pekat.
Dia mencapai pergelangan tangan mamanya.
Dalam beberapa detik dia ikut diam. Dia diam sejenak. Mahu mengkiuti rentak denyutan nadi mamanya.
Air liurnya ditelan kesat. Matanya merah kembali. Air hanya mula merembes deras dari tubir mata. Bibirnya bergetar menahan sebak.
“Mama…” Sepatah perkataan hormat itu meniti lirih dari mulutnya. Kadar denyutan nadinya kosong. Tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Dia bagai tersedar dengan jasad disebelah sana. Kudratnya digagahkan jua. Seboleh-bolehnya dia merangkak merapati tubuh itu.
Dada lelaki awal 40-an itu dipegang erat. Mahu meredakan aliran nafasnya. Perlahan-lahan dia menundukan wajahnya mendekati lelaki itu. Seakan berbisik ditelinganya.
“Papa…” Dadanya diurut lembut. Seksanya dia mahu mengatur nafas.
Dia mengangguk laju dengan ayat pertama yang keluar dari mulut tua itu. “Hm…yes...yes…papa…” suaranya mula diselangi dengan esakan.
Telefon. Dimana telefon orang tuanya? Matanya melingas mencari objek tersebut. Dia perlu segera meminta bantuan.
Tangan dinginnya menahan tingkah laku anak terunanya.
“Ju…uh…uhukk!” Dia terbatuk-batuk. Darah menyembur keluar dari mulutnya.
“Hah…pa…” Darah pekat itu diseka dengan jarinya. Kasihan papa. Dia tidak betah melihat tubuh itu menggigil menahan kesakitan.
“Syhh… pa… buyao duo shuo hua (syhh…pa…don’t talk too much)”. Juan menggagahkan dirinya untuk memangku tubuh orang tuanya. Dia mengongoi pilu.
Sial! Mengapa ‘syaitan’ itu menyakiti orang tuanya?
“Tui…put…chu (I am sorry). Pa…papa. Wo…wo hen baoqian meiyou zhaogu ni (I am sorry for not taking care of you).”
Papa memaut lengan Juan lemah. Tapak tangannya mulai dingin.
Juan menahan sedunya yang mula kedengaran. Mata papa perlahan-lahan tertutup. Aturan nafasnya juga semakin lemah.
“Pa!” Papa! Buyou wo yigeren (Don’t leave me alone)!” Juan meraung sekuat hatinya. Tidak! Orang tuanya belum mati!
Kemudian, dia beralih pada jasad kaku mamanya. Terdapat kesan tikaman pada bahu kanannya. Dia memeluk erat tubuh itu. Kasihan mama dan papa. Mereka sakit. Tubuh mereka sakit.
Dia mahu peluk untuk kali yang terakhir. Dia mahu merasai kehangatan tubuh itu buat kali terakhir.
Mungkin…segalanya mungkin terjadi! Dia mahu menyalurkan rasa rindunya pada mama buat kali terakhir. Air matanya deras mengalir. Matanya mula membengkak.
Pada akhir tahunnya dia kehilangan kedua-dua orang tuanya. Tuhan! Mengapa kau kejam?! Kejam pada keluarga kecilku! Mengapa kau rampas mereka dariku?! Tidak layakkah aku merasai kasih sayang mereka lagi?!
“Ma! Pa!” Dia tersedu-sedu dalam tangisnya. Tengah malam itu tiada siapa yang mendengar teriakannya.
“Wo…wo tui put chu!!! Ma…pa…”
Malam yang penuh luka hanya disaksikan sang bulan. Selepas ini hidupnya pasti kosong. Tiada gurauan dengan mereka. Tiada lagi usapan mahupun dakapan hangat untuknya setiap hari.
Tiada…semua itu. TIADA! Semua itu telah lenyap sebentar tadi.
Share this novel