8

Romance Series 28536

Siang itu di bilik muzik riuh-rendah dengan suara ahli muzik. Ada yang sedang bermain piano. Ada juga yang bermain seruling. Tidak kurang juga ada yang bermain terompet.

Aryan menghampiri Donna yang sedang terkial-kial menggunakan chimes. Bibirnya menyimpul senyum.

“Donna.”

Donna mengalihkan pandangannya pada suara yang menegur.

“Ya, saya.” Dia mula berasa tidak selesa dengan kehadiran Aryan. Malah, dengan senyuman manis yang satu itu juga dia tidak berkenan. Sesuatu sangat.

“Masih lupa step yang saya ajarkan tempoh hari?” Aryan menarik bangku kayu separas peha. Dia duduk bersebelahan Donna.

Donna menggeleng kecil seraya tersengih kekok.

Terus Aryan menyimpul senyum lagi.

Manis yang teramat manis dimata Donna. Tetapi kemanisan itu yang semakin jelek dihatinya.

“Tak apa. Mari saya ajarkan.” Lalu alat pemukul chimes diambil lembut dari tangan Donna.

Kulitnya bersentuhan. Cepat saja Donna mengelak. Seperti terkena renjatan elektrik. Pelik. Dengan Abang Yas-nya tidak pula dia mengelak ‘kegelian’ seperti itu. Aneh. Ish, tetapi Abang Yas itu ‘lain’. Penerimaan hatinya juga lain. Jadi, tiada pengecualian untuk Abang Yas.

“Maaf.” Ujar Aryan sambil menikam anak matanya.

“Err…tak apa.” Dirinya dijarakkan sedikit dari Aryan.

“Donna tengok ya.” Pintanya sambil mengetuk alat pemukul pada bar chimes.

“Okey.” Donna mengagguk kecil sambil memberi tumpuan pada sesi latihan mereka.

Aryan mula mengetuk perlahan bar chimes dengan alat pemukul. Dimulai dari tiub rendah, sederhana dan diikuti tiub tinggi.

36 baris bar chimes diketuk mengikut ton bunyi Do(C), Re(D,) Mi(E), Fa(F), So(G), La(A), Ti(B), Do(C).

Dari bahagian kelas, Aiden dan Ezra sedang memerhatikan mereka berdua. Dari jauh terlihat seperti dua ekor belangkas yang sentiasa berkepit.

Bukannya dia tidak tahu. Itu semua agenda Aryan mahu memikat Donna. Semua itu alasan yang direka Aryan!

“Huh, kau tengoklah si Aryan tu. Beria tadi suruh kita ajar budak-budak ni. Tapi…kau tengoklah dia. Dia boleh pula berkepit dengan budak tu. Hish,tak fahamlah aku.” Bebel Ezra.

Aiden tersengih sambil menggeleng.

“Ala, kau relaks lah. Bagi peluang dekat dia nak pikat si Donna tu. Kalau tak setiap hari dia memekak dengan kita “bila kita nak ajar budak-budak main percussion lagi.” Menyampah aku dengar. Tapi aku layan je dia. Nanti merajuk pula dengan kita. Hahaha.”

“Aku rasa, Aryan confirm tak dapat si Donna. Yalah. Kau tak nampak ke budak-budak kita sibuk curi-curi pandang dekat Donna tu? Huh, macam tak ada perempuan lainlah diaorang ni.” Selang Ezra sambil menjuih mulut ke arah ahli mereka dihujung penjuru sana.

“Haha. Memanglah. Donna tu dia lebih kepada manis. Bukan cantik. Kau…tsk. Kau faham tak lelaki ni lebih suka perempuan yang manis berbanding yang cantik. Haa, kalau aku pun macam itu. Manis je bila pandang.” Tersengih-sengih Aiden memandang Donna.

Ezra menjeling Aiden.

“Ya ke? Kan sama je manis dan cantik tu.” Jawab Ezra mahu menang.

Garu kepala Aiden mendengar jawapan itu.

“Hish kau ni. Bongok tu simpanlah sikit. Setiap hari belajar Fizik, terselit juga bongok kau ya? Hahaha. Kau ni. Mestilah berbeza. Cantik tu setakat luaran je tau. Macam tak ada aura. Biasa-biasa je. Tapi kalau MANIS dia punya aura lain maciammm woi! Aura dari dalam tau. Muka manislah senang cerita. Sejuk je hati kau pandang dia. Haa, macam aku sekarang. Sejukkk je bila pandang Donna.” Sekali lagi Aiden tersengih-sengih seperti orang terencat.

“Huh, aku pula yang ‘sejuk’ tengok kau. Sudahlah, aku nak sambung ajar budak-budak aku. Kau pergi sana ajar budak-budak kau.” Tubuh Aiden dipaksa bangun.

Jika dilayan, sehingga ke malam pun tidak sudah-sudah dengan nama Donna.

“Ish, yalah. Yalah. Kacau betul.” Dalam terpaksa Aiden bangun juga sambil matanya tidak lepas memandang Donna. Bibirya ikut tersengih miang.

Setelah 30 minit latihan selesai, Aryan bangun meminta diri.

“Donna. Saya keluar sekejap ya. Awak rehatlah. Kesian awak letih nanti kalau belajar lama-lama.” Senyum ditarik manis.

Aryan melangkah ke luar. Bayangnya hilang dibalik pintu.

Donna mengeluh. Dia memandang rakan-rakannya yang ada didalam bilik muzik itu. Semuanya tidak ‘ngam’ dengannya.

“Donna. Nah.” Ada benda sejuk menyentuh kulit pipinya.

Suara Aryan menyentak lamunannya. Lantas Donna berpaling ke sisi.
“Maaf, buat awak terkejut.” Sengih Aryan. Dia melabuhkan punggung disebelah Donna.

Air tin cincau dihulur pada Donna.

“Terima kasih.” Huluran disambut kekok.

“Kenapa Donna nak belajar muzik?” Soal Aryan membuka topik.

‘Sebab Abang Yas. Abang Yas sukakan muzik.’ Jawabnya dalam hati.

“Muzik itu menenangkan hati saya. Boleh buat hati saya terbuai dalam angan. Muzik umpama magis. Kadang-kadang boleh buat saya alpa dengan masalah yang saya ada.” Jawabnya sambil tersenyum.

Minumannya diteguk lagi tanpa menghiraukan Aryan yang sedang memerhatikannya.

“Ya. Muzik menenangkan.” Ucapnya sambil memandang Donna tidak lepas. Senyumannya mekar lagi. Dia masih tersenyum sendiri tanpa pengetahuan Donna.

‘Tenang seperti aku melihat kau.’ Tetapi itu semua hanya terlahir didalam hatinya saja.

“Kita cuma manusia biasa. Ada masanya kita perlukan hiburan seperti muzik.” Jawab Donna lagi.

Jika ada Abang Yas disini, pasti Abang Yas yang akan mengajarnya. Dia pula, pasti akan mengajuk nakal setiap kelakuan Abang Yas-nya.

“Donna.” Kali ini nadanya serius. Tiada senyuman seperti tadi.

Donna mengalih pandangan pada Aryan.

“Donna…” Ragu-ragu dia mahu meneruskan perbualan.

“Cakaplah, apa dia?” Soal Donna lembut.

Aryan mengatur nafas.

“Donna pernah rindukan seseorang?” Ah, bodoh! Bukan soalan itu yang mahu diajukan. Sebenarnya dia mahu bertanya apakah hatinya sudah dimiliki. Malangnya, lain pula yang terpacul dari mulutnya.

Donna tersengih memandang Aryan. Pelik soalannya itu.

“Mestilah. Setiap orang pernah rindukan seseorang. Takkan awak tak pernah?” Bundar matanya tunak memandang Aryan sambil tersenyum.

“Er…hehe. Pernah. Mestilah pernah.” Jawapan kekok diberikan. Aryan mengeluh. Lembab! Tanya soalan mudah pun tidak boleh.

“Boleh saya tahu, siapa dia?” Kali ini dia kembali serius. Matanya redup memandang Donna.

Soalan itu membuat Donna turut berpaling ke arahnya. Kemudian, matanya dilarikan dari terus memandang Aryan.

“Rahsia.” Jawabnya ringkas sambil tersenyum.

“Oh, jadi orang semanis Donna dah berpunya rupanya.” Kecewa. Ya, dia mengaku dia kecewa mendengarkan jawapan itu.

Harapannya, dia yang akan memiliki hati si gadis manis itu. Tetapi, dia terlambat.

” Awak pun mesti ada seseorang yang awak rindui sekarang, kan?” Soal Donna sekadar berbasi-basi.

‘Ada. Aku rindukan kau. Walaupun, kau ada depan mata aku sekarang.’ Aryan menghela nafas berat.

“Hm, ada. Dia dekat tapi sebenarnya dia jauh.” Perlahan dia menjawab pertanyaan itu. Andai dia tahu bahawa orang yang sedang dirinduinya adalah dia, sudah tentu dia akan menjauhkan diri darinya.

Tidak. Dia tidak mahu Donna menjauhinya hanya kerana perasaan kasihnya yang tidak terbalas.

“Bertuahnya dia.”

“Bertuah? Kenapa pula?”

“Ya, bertuah sebab dia ada seseorang yang setia menantinya disini. Ada orang sebaik awak yang merinduinya. Walhal, dia jauh dari awak.” Tuturnya.

Mendengarkan jawapan Donna, dia tersenyum sendiri. Salah. Kenyataan Donna itu salah. Dia tidak bertuah. Sebaliknya dia hanya menumpang kasih ‘si dia’ saja. Sebaliknya, orang itu yang bertuah memiliki Donna.

“Macam mana awak boleh jatuh hati dengan dia?” Soal Donna lagi.

Untuk beberapa detik, Aryan diam sejenak. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk menjawab pertanyaan itu.

“Aryan?” jari dipetik dihadapan Aryan.

Aryan bagai tersedar dari lamunan pendeknya.

“Ha? Oh, yang itu. Entah. Saya sendiri tak pasti. Tak adalah lama mana saya kenal dia. Cuma…” Aryan memandang Donna.

“Cuma?” Donna ingin tahu. Badannya dipusing menghadap Aryan.

“Saya suka… tengok senyuman dia.” Terangnya.

Serta-merta Donna tersenyum mendengar jawapannya.

‘Ya, senyuman itu.’ Senyuman itu yang bikin dia gila bayang.

“Kenapa Donna senyum?” Jelas kerutan didahi pabila senyuman Donna menyapanya.

Lantas, donna menggeleng kecil.

“Tak ada apa. Saya belum pernah jumpa lagi ada orang boleh jatuh hati hanya dengan sebuah senyuman.” Dia tersengih.

“Ada. Saya orangnya. Jujur saya katakan, saya suka senyuman dia. Lain dari yang lain.”

Tergelak Donna ketika itu. “Hahaha. Okey, Kalau Awak orangnya saya percaya. Sorry sebab gelakkan awak, Aryan.”

Aryan turut tersengih. Bukan sebab apa. Hanya kerana Donna menyebut namanya, Aryan. Kedengaran indah ditelinganya.

“Alright. Kita lupakan soal hati dan perasaan. Kita buka topik lain, boleh?” Gurau Aryan. Kedua-dua tangannya diangkat tanda menyerah kalah.

“Hahaha. Okey. Okey. Nampaknya awak yang tak selesa ya. Pardon me for interrupt your personal matter.” Donna ikut ketawa.

“No, bukan saya tak selesa. Cuma…yalah soal hati dan perasaan tak sesuai untuk berdiskusi disini.” Dia menarik senyum lebar.

“Habis itu, kita nak buka topik tentang apa?” Soal Donna.

“Kalau macam itu, kita buka…” Aryan mendekati Donna.

“Buka?” Soal Donna lagi.

“Kita buka langkah keluar dari bilik ni. Hahaha. Saya stress dengar diorang berlatih tak sudah-sudah.” Gelaknya terhambur.

Donna turut ketawa dengan gurauan itu. “Hahaha. Boleh. Saya ingat apalah tadi.”

“Kenapa? Awak ingat buka apa? Buka hati awak untuk saya?” Dia tersengih. Ada maksud dalam gurauannya itu. Antara sedar mahupun tidak saja.

“Hahaha. Bukan, bukan macam itu.” Dia bergandingan bahu dengan Aryan meninggalkan bilik muzik.

Dari bahagian hadapan, Ezra dan Aiden memandang satu sama lain. Aneh. Sudah berjayakah dia memikat hati si cantik manis Donna itu?

“Ah, biarkanlah dia. Jangan sibuk.” Ezra menegur. Aiden hanya mengangkat bahu tanda menyerah. Tidak mahu berbahas tentang ‘merpati dua sejoli’ itu.

--
Donna menapak malas menuju ke pintu. Telinganya menangkap suara seseorang memberi salam.

Sementara itu, dia menjengah seisi ruang rumah. Sunyi saja. Ke mana tok, abah dan umi pergi?

Rambut separas pinggang dibiarkan terlepas.

“Assalamualaikum.” Sekali lagi salam diberi.

Lekas Donna menapak ke pintu.

“Wa’laikumsalam. Sekejap.” Terkocoh-kocoh tangannya membuka pintu.

Daun pintu terbuka luas.

Tika itu, matanya terpaku dengan gerangan yang ada didepan matanya.

“Boleh saya berjumpa dengan Che D kesayangan Harraz?” Elok dia tersenyum manis pada Donna yang sedang bergenangan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience