13

Romance Series 28536

Kereta membelah lebuh raya. Abah masih fokus dengan pemanduannya. Sekali-sekala abah mengurut leher. Penat agaknya.

"Abah, boleh Yas tanya?" Harraz berkira-kira mahu bertanya.

Abah menoleh sekejap. Dia tersenyum. "Yas nak tanya apa? Tanyalah."

Harraz memandang pemandangan diluar. Matahari telah naik memunculkan diri. Bahang pagi mula terasa. Penghawa dingin kereta abah tidak terlalu sejuk. Maklum saja kereta lama. Lebih tepat lagi kereta Tok.

"Kenapa abah bawa Yas masuk dalam keluarga abah?" Suaranya perlahan. Bimbang jika soalan itu mengguris hati abah.

Abah masih tenang. Berfikir mahu memberi jawapan yang terbaik.

"Sebab abah dan umi suka Yas." Abah mengukir senyuman.

Serta-merta detik itu terlayar dikotak memorinya.

(Rumah Yayasan Kasih Ar-Rahman, Selangor)

Hingar-bingar suara anak-anak yayasan siang itu meriuhkan lagi suasana Rumah Yayasan Kasih Ar-Rahman.

Abah dan umi tersenyum memandang gelagat mereka.

"Bang. Tengok tu budak perempuan yang tengah makan gula-gula." Umi menuding jari pada seorang budak perempuan bertubuh gempal. Ditangan kirinya terdapat dua batang gula-gula lolipop. Manakala,ditangan kananya pula dia sedang menghisap gula-gula tersebut.

Abah turut ketawa kecil. "Comel kan dia, sayang."

Umi menggangguk sambil ketawa.

Kemudian, mereka menuju ke pejabat pengetua.

Abah memimpin tangan umi. Berbunga riang hati mereka.

Dihujung koridor sudah terlihat tanda 'pejabat pengetua'.

Abah dan umi memandang satu sama lain. Kemudiannya mereka tersenyum.

Tiba dihadapan pejabat, kasutnya ditanggalkan. Pintu kaca ditolak perlahan.

Abah mendahului langkah sambil memimpin tangan umi.

"Assalamualaikum." Sapa abah pada seorang kerani lelaki. Jika dilihat penampilannya mungkin dia berumur 40-an.

"Walaikumsalam warhamatullah." Kerani itu bangun sambil tersenyum.

Dia berjabat tangan dengan abah. Umi pula menundukkan sedikit kepalanya sambil tersenyum.

"Ecik ni Che Darwin bin Che Man? Yang telefon saya semalam ya?" Soalnya. Nama yang tertera pada name tag adalah Muhsin.

"Ya betul. Saya Che Darwin. Oh ya, ini isteri saya Marlia." Abah memaut mesra bahu umi.

"Okey. Kalau macam itu, jom kita jumpa pengetua. Semua dokumen yang diperlukan ada dibawa sekali?" Muhsin mula melangkah mendahului mereka.

"Ada, ada kami bawa." Jawab abah.

"Baiklah. Sekejap ya. Saya panggilkan pengetua."

Tok,tok,tok! Pintu kayu diketuk perlahan.

"Masuk." Jawab yang didalam.

"Jemput masuk Encik, puan". Pelawa Muhsin. Daun pintu dibuka memberi laluan pada pasangan itu.

"Assalamualaikum". Sapa seorang lelaki yang berusian pertengahan 50-an. Pakaiannya segak. Jika dilihat pasti orang tidak akan percaya bahawa dengan umurnya.

Name tag-nya tertera nama Kamil Yong. Pengetua disitu.

"Walaikumsalam." Jawab abah dan umi.

"Silakan duduk." Ujarnya ramah. Dia membawa abah dan umi ke sofa.

"Sihat ya encik,puan?" Kamil Yong menyimpul senyum.

"Alhamdulillah. Sihat. Kami tak sabar sebenarnya tuan. Awal pagi kami gerak dari Muar. Hahaha. Punyalah beria nak dapat anak baru." Gurau abah mengundang tawa Kamil Yong dan umi.

"Saya faham perasaan encik. Boleh saya tengok dokumennya?"

Fail dokumen bewarna kelabu bertukar tangan.

"Ya, silakan tuan." Beri abah.

Kamil Yong menyemak terlebuh dahulu helaian demi helaian. Dari Borang Pengakuan Pengambilan Anak Angkat sehinggalah salinan sijil nikah.

Setelah berpuas hati, fail tersebut ditutup dan diletakkan diatas meja jepun dihadapannya.

"Mari. Ikut saya jumpa anak encik dan puan." Kamil Yong berdiri. Diikuti umi dan abah.

"Silakan." Dia mempersilakan umi dan abah untuk jalan dihadapan.

"Anaknya dimana tuan?" Soal abah menarik perhatian.

"Kalau sekarang ni anak-anak tengah bermain. Ada ditaman permainan. Jomlah. Arah sini."

Abah dan umi menyaingi langkah Kamil Yong. Seronok jiwanya mendengar suara anak-anak syurga sedang bermain. Ada yang berkejaran. Ada yang sedang bermain buaian.

"Majoriti anak-anak disini semuanya anak yatim piatu. Ada dalam lima orang yang dibuang keluarga sendiri." Suara Kamil Yong kembali kendur.

Umi dan abah memandang satu sama lain. Sampainya hati mereka membuang anak.

Mereka bertiga berhenti dihadapan taman permainan.

"Juan." Panggil Kamil Yong.

Seorang budak lelaki lingkungan 11 tahun datang menghampirinya.

Budaknya kurus tinggi. Mempunyai mata sepet. Anak matanya pula kecoklatan. Rambutnya sedikit perang. Berkukit cerah budaknya. Seperti anak Cina.

Juan menyalami tangan Kamil Yong.

"Ya ayahanda. Kenapa?" Juan tersenyum.

Kamil Yong bertinggung dihadapannya. Bahu Juan dipegang.

"Juan. Ingat tak minggu lepas ayahanda ada bagi tahu ada orang baik datang nak ambil Juan. Tinggal dengan diorang. Juan masih ingat?" Soalnya lembut.

Mata bersih Juan memandang umi dan abah silih berganti. Kemudian, pandangannya jatuh pada Kamil Yong.

"Ya, ayahanda. Juan ingat."

Kamil Yong berdiri bersebelahan abah. Sambil memimpin tangan Juan.

"Inilah orangnya. Che Darwin dan Puan Marlia." Dia memperkenalkan abah dan umi pada kanak-kanak itu.

Tanpa disuruh, Juan menyalami tangan umi dan abah.

Manakala,umi dan abah terkejut sambil memandang satu sama lain. Bibirnya mengulum senyuman. Rambut halus Juan dibelai lembut. Terusik sedikit jiwanya ketika itu.

"Jadi, Juan dah ada orang yang akan jaga Juan?" Soal Juan ceria.

Kamil Yong menggangguk seraya tersenyum.

"Jadi, Juan dah ada orang tua macam orang lain?" Matanya bersinar-sinar memandang Kamil Yong.

"Ya, anakku. Mulai sekarang Juan dah ada orang tua. Tak ada lagi budak nakal yang akan ejek Juan." Pipi Juan dicubit sayang.

"Terima kasih ayahanda." Tubuh Kamil Yong dipeluk kemas.

Kamil Yong tersengih kecil.

"Juan. Panggil abah ya. Yang ini pula, umi." Abah mula bersuara.

Tubir mata umi mula bergenang air mata.

Juan memandang mereka bertiga silih-berganti.

Bibirnya mengorak senyuman. Dia gembira. Dia suka. Tuhan dengar doanya selama ini. Doa bahawa dia mahu punya orang tua.

"Assalamualaikum umi,abah." Ucap Juan.

Umi terus mendakap erat 'anak barunya'. Air mata kegembiraan mengalir perlahan dipipi.

"Ish, awak ni nangis pula. Buat malu aje." Gurau abah. Kamil Yong dan umi turut ketawa.

Terima kasih Tuhan kerana Kau dengar doa-doa aku.

Juan mendongak ke langit sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience