12

Romance Series 28536

"Tadi siapa lelaki yang hantar awak?" Soal Adira teruja. Sudah pasti hal ini bakal menjadi gosip terhangat.

Donna berhenti dengan kerjanya. Berkerut dahi memikirkan orang yang dimaksudkan. Abah? Tidak mungkin.

"Abah saya lah yang hantar. Kenapa?" Jawabnya polos.

"Ishhh, bukan abah awak. Yang tadi tu, dekat depan pintu pagar hostel. Siapa dia?" Kali ini giliran Adila pula menyoal.

Adakah Abang Yas yang mereka maksudkan?

"Mana ada siapa-siapa. Awak salah tengok agaknya." Dalihnya.

Tidak mungkin dia akan mendedahkan identiti Harraz. Siapa tidak cemburu jika ada yang sibuk bertanya tentang Abang Yas-nya. Tentulah dia cemburu! Abang Yas itukan miliknya. Jadi, jangan harap orang lain boleh memilikinya.

"Eh, ya ke? Memang kita nampakkan, Dila?" Adira masih lagi berbahas soal Harraz. Mungkin tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

"Ha,ah. Betul, betul. Lelaki tu kacak, tinggi pula tu. Takkan lah kita orang salah tengok pula? Tak mungkin, tak mungkin. Musykil kalau macam ni." Jawab Adila.

Bibir bawahnya digigit. Serba-salah sekarang kerana menipu. Dia tidak mahu nanti satu kelas kecoh dengan hal itu.

"Awak berdua dah makan? Umi ada masakkan lauk lebih. Jomlah, kita makan sekali." Sengaja dia mengubah topik perbualan.

Adila dan Adira bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Mereka berdua mengangguk laju. Sebenarnya mereka berdua sudah makan tadi di kafateria. Tetapi memandangkan lauk-pauk yang dibawa Donna sedap-sedap belaka, mana boleh mereka menolak rezeki.

Ada ayam goreng berempah, telur goreng berlada dan sayur lemak labu. Memang kebiasannya umi akan memasak lauk lebih untuk anak daranya. Katamya lauk itu boleh dimakan sehingga malam. Jadi, dia tidak perlu pergi ke kafeteria. Boleh juga berjimat.

Mereka bertiga duduk bersila bertentangan.

"Nah, pinggan."Pinggan melamin dihulur pada mereka.

"Hehe. Terima kasih tau Donna pelawa kita orang makan. Sedapppppnya bau!" Adira menghidu lauk-pauk yang terhidang didepan mata.

Donna tersengih dengan gelagatnya. "Makanlah."

Doa makan dibaca perlahan. Makanan disuap ke mulut. Agak-agaknya abah dengan Abang Yas sudah tiba mana ya? Rindu. Lamanya mahu menunggu hari Jumaat. Dia mahu pulang!

Minta maaf sekalian warga bumi kerana Dhea lambat update. Hihi. Selamat berpuasa yang ke-4. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience