20

Romance Series 28536

Johns Hopkin University-11 pagi

"We're trying to understand how systems in the body go wrong."

Seisi jagat kelas senyap memasang telinga dengan teori yang disampaikan oleh Prof. Berkin.

Tubuh separuh abad itu berdiri ditengah kelas yang dihuni seramai 70 orang pelajar.

Rata-rata mereka tergolong dari anak-anak barat. Cuma dia, yang berdarah Melayu terselit diantara figura ramai itu.

"Firstly, we want to understand how they go right and then secondly how they can fail." Tangannya juga ikut bergerak ke kanan dan ke kiri selari dengan penerangannya.

Ada yang mencatat nota, ada juga yang berbisik-bisik. Mungkin ada penyampaian yang tidak difahaminya.

Tidak kurang juga dengan dirinya. Dia ralit memasang telinga dan tangannya ligat mencatat itu dan ini dikertas bergaris.

"Dude, I am dying here if I continue this lesson. Can we just skip the class? Hehe." Dilan cuba mengajak temannya. Dia menyeringai nakal. Sejujurnya, dia tidak gemar dengan kelas Anatomi. Mengantuk!

Dia lebih rela membuat pengiraan Matematik Tambahan daripada mendengar hujah Anatomi.

Harraz tersengih. Kepalanya digeleng-geleng menandakan dia tidak menyetujui agenda busuk itu.

"Does anybody know what the word 'palpate' means?" Soal Prof. Berkin.

Seisi kelas senyap sambil tersenyum sesama sendiri. Begitu juga Prof. Berkin. Yang mungkin memahami situasi itu. Kepalanya terangguk-angguk. Dia menyambung penerangannya.

"Palpate means you can touch or feel it. So, to touch or feel." Laju tangannya menulis dipapan putih dengan marker biru.

"If you feel the back of your neck, you'll feel a spine. A prominent spine a bump on the back side of your neck." Dia memegang tengkuknya sambil menunjukkan kepada para pelajar.

"That bump, that spine is the spinous process of the seventh servical vertebra. So, it's used as an anatomic landmarks. These are called anatomic...landmarks." Hujahnya terjeda sambil memandang seisi kelas. Hanya memanggung kepala. Entahkan faham atau tidak masing-masing. Dia senyum sendiri.

"So, what could you feel a spine right below it?" Masing-masing mengikut tunjuk ajar Prof. Berkin.

"Alright. Can you feel a spine below it?" Ulangnya sekali lagi.

"Yes." Jawab seisi kelas bersama-sama. Masing-masing memegang bahagian tengkuk yang dimaksudkan.

"It's a little bit harder to feel well. If you count two spines below seventh cervical, that's the top of the heart on the back side." Hujahnya lagi.

"When you're trying to locate it on the back side of the body is two bumps two spines, spinous processes below what's called c7."

"Dilan." Dia memanggil Dilan. Tetapi dia terlebih dahulu lesap dari pandangannya.

Harraz mengeluh. Bukannya dia tidak kenal dengan perangai rakannya itu. Dia tidak minat dengan subjek itu. Subjek yang 'slow' katanya. Boleh buat dia tertidur.

Apa nak diherankan. Dilan itu selalu saja mengeluh dalam pelajaran. Tetapi dia seorang yang bijak. Ujian yang lepas dia memeperoleh A+ dalam subjek Anatomi. Percaya atau tidak. Itulah Dilan.

Dirinya tidak suka diatur.

"Alright, student. Class dismiss. But, don't forget to submit your quiz by the end of tomorrow. I will deduct 20 percent from your marks. Okey?"

Pelajar yang lain mengeluh.

"Good luck, everybody!" Ucap Prof. Berkin penuh bersemangat sebelum dia meninggalkan kelasnya.

Semua pelajar berebut-rebut menyerbu ke pintu utama. Mungkin mengejar sisa waktu yang tinggal untuk ke kuliah lain.

Dari belakang ada seseorang menghampirinya. Dia teragak-agak mendekati Harraz.

"Hi!" Sapa satu suara.

Harraz menoleh sambil keningnya terjungkit. Pelik agaknya dari mana perempuan berambut perang itu muncul.

Dia sudah siap mengemas kertas-kertas nota dan dimasukkan ke dalam fail hitam. Fail itu diapit ke badannya.

"Oh, hi." Balasnya berbasi-basi. Dia membuka langkah menuruni anak tangga. Dia harus mencari keberadaan Dilan. Sebentar lagi dia mahu ke perpustakaan. Mereka sudah berjanji untuk mengulangkaji bersama-sama.

Perempuan itu mengekori langkah Harraz yang tergesa-gesa. Tumit tingginya bagaikan menghalang untuk dia mengejar Harraz.

"Hey, wait for me!" Laungnya dari belakang.

Harraz menoleh ke arah suara itu. Dia berdecit. Mengapa perempuan itu masih mengekorinya? Setahunya dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa pun disini.

"Haih, dia nak apa lagi ni?" Dia tidak berkenan dengan perempuan itu. Pakaiannya terlalu seksi.

"Ya Allah, bala apa yang ikut aku ni? Leceh betullah!" Dia mempercepatkan langkahnya.

"Wait!" Laungnya lagi. Dek kerana sakit hati dengan kelewatannya mengejar Harraz, kasut tumitnya ditanggalkan. Panas tapak kakinya memijak jalan tar itu.

"Sorry, miss. I'm off and I don't know who you are. Bye." Tergesa-gesa dia meninggalkan perempuan itu.

"I... I just want to know you, Juan Harraz." Dia hanya memandang sepi tubuh Harraz yang semakin mengecil dari pandangannya. Hampa. Percubaannya gagal hari ini.

DARI kejauhan terlihat Donna sedang khusyuk mentelaah buku tebal. Entah apa isi yang menarik perhatiannya sehingga tidak menoleh kanan dan kiri.

Dia menghampiri Donna dengan sebungkus air sirap ais ditangan kiri.

"Ehem." Air sirap dihulur.

Donna memandang si empunya suara.

Aryan.

Dia mengorak senyuman sebelum mengambil tempat berhadapan Donna.

"Ambillah." Bungkusan air masih belum bersambut.

Donna menggeleng kecil. Menolak huluran itu.

"Ambillah. Saya belikan untuk awak." Ujarnya bersungguh-sungguh.

Dengan teragak-agak, Donna mencapai bungkusan air sirap.

Aryan menarik senyuman lega.

"Buku apa yang Donna baca?"

Donna menjatuhkan pandangan ke buku.

"How To Be A Great Teacher." Aryan baca dengan perlahan.

"Donna nak jadi cikgu, ya?" Soal Aryan penuh minat.

Donna mengangguk.

"Ya. Dulu ibu saya pernah jadi cikgu. Tapi ibu saya berhenti. Sebab nak tumpukan perhatian pada keluarga."

"Oh, ada darah pendidik rupanya." Usik Aryan.

Donna tersengih malu.

"Memang saya nak jadi cikgu. Suka. Donna nak kongsi ilmu dengan orangyang kurang berpengatahuan. Seronok tau."

"Kalau macam itu, Donna boleh jadi cikgu saya?" Soal Aryan serius.

"Kenapa pula?" Soal Donna.

"Sebab saya banyak tak tahu tentang diri awak."

Anak mata Donna direnung dalam.

Air sirap terlepas dari pegangannya. Permintaan itu bikin jantungnya berdebar tidak keruan.

"Alamak! Saya...saya minta maaf!" Dia bingkas bangun mengambil bungkusan air yg telah pecah.

Rasa bersalah pada Aryan kerana air itu tumpah. Bukan dia sengaja. Sedangkan air itu belum sempat diminum.

"Tak apa. Biar saya yang buat." Aryan mengutip plastik bungkusan. Lalu, dibuangnya ke dalam tong sampah.

Kemudian, dia menghampiri Donna lagi. Dia mengetap bibir sambil menarik nafas.

"Donna. Saya cuma nak bagi tahu awak, saya...suka awak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience