11

Romance Series 28536

Awal pagi itu Donna sudah bersiap-siap ke asrama. Semua barang dan keperluan sudah dikemas dan disusun ditepi pintu.

Hari ini dia akan pulang ke asrama. Sementara, Harraz pula masih dengan cuti semesternya.

Kasut sekolah hitam disarung ke kaki.

Harraz muncul dibalik pintu. Ditangannya ada secawan kopi o panas. Semerbak baunya menusuk hidung Donna. Lantas, dia menoleh ke belakang.

Harraz menyimpul senyum. Ah, pagi-pagi sudah tersenyum. Mimpi agaknya dia.

"Abang senyum kenapa?" Soal Donna.

"Saja. Senyum pun tak boleh." Sudah lama dia tidak menelek muka comel itu menyarung tudung sekolah. Comel pula dia pagi ini.

Harraz melabuhkan punggung disebelahnya.

"Che D bila balik sini lagi?" Soalnya sambil menghirup airnya.

"Tak balik." Ringkas jawapannya.

Tangkas Harraz menoleh. Biar benar? Tidak balik langsung?

"Habis itu, Abang Yas macam mana?" Doal Harraz dengan kerutan didahi.

"Kenapa dengan Abang Yas?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Tsk, Abang Yas balik sini kan nak jumpa Che D. Abang belum puas lagi berbual dengan Che D. Sekarang nak balik hostel pula. Tak seronoklah macam ni." Sugul reaksinya.

Donna mengerling Harraz.

"Abang Yas boleh jenguk Che D dekat hostel. Bukannya Che D duduk dalam sel tahanan pun." Ujarnya.

Serta-merta bercahaya muka Harraz. Betul juga.

"Ya tak ya juga. Em, nanti Abang Yas datang sana." Harraz tersengih lebar.

"Ha, Che D. Dah siap kemas?" Soal abah yang muncul dari pintu.

"Dah, dah siap semuanya bah." Donna pantas bangun mahu mengangkat bagasinya.

"Ha, kalau dah siap jomlah kita gerak. Nanti lewat pula sampai sekolah." Abah terus menapak ke kereta sambil memanaskan enjin.

Tetapi bagasi itu terlebih dahulu diambil oleh Harraz.

Dia memandang Harraz terkebil-kebil.

"Tak apa. Biar abang tolong. Berat ni." Beg sudah selamat ditangan Harraz. Entah mood apa agaknya terlebih rajin hari ini.

Cawannya diletak diatas bangku.

"Che D. Biarkan Yas tolong. Berat tu." Ujar tok sambil menepuk bahu Donna.

"Che D. Ingat pesan tok ya. Dekat sana jangan suka cari gaduh dengan orang. Elok-elok pergi belajar dekat tempat orang. Belajar rajin-rajin sampai jadi cikgu." Pesan tok.

Tangan umi dan tok disalami.Donna menapak ke kereta.

"Babai tok, babai umi." Tangan dilambai-lambai.

"Abah, Yaz nak ikut sekali boleh?" Soal Harraz disebelah abah.

"Ha, elok juga. Nanti ada juga teman abah nak balik sini. Taklah mengantuk." Abah menarik sengih.

Mereka memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Berkerut dahi Donna apabila melihat Harraz turut serta didalam kereta itu.

Dia menoleh ke belakang. "Kenapa Abang Yas ikut?"

Harraz berpeluk tubuh sambil menyimpul senyum.

"Alah, biarlah Yas ikut. Buat teman abah nak balik sini nanti. Lagi pun, Yas kan belum tengok lagi sekolah Che D." Abah menekan pedal minyak dan meninggalkan perkarangan rumah.

Tok dan umi semakin jauh dari pandangan.

"Dahlah, duduk betul-betul. Nanti sakit kepala lagi dok pandang belakang je." Pesan abah.

Donna membetulkan duduknya. Bajunya juga dibetulkan agar tidak ronyok.

(Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan)

Kereta abah memasuki perkarangan sekolah. Ada beberapa orang pelajar yang sedang menarik bagasi masing-masing.

Harraz menebar pandangan ke seluruh kawasan besar Kolej Tunku Kurshiah. Cantik. Masih kekal dengan bangunan lama.

Dia menapak keluar dari kereta.

Kemudian, diikuti Donna. Tadi dia terlelap sepanjang perjalanan.

"Dah puas Che D tidur?" Usik Harraz sambil bercekak pinggang.

Donna mencebik sambil membetulkan tudungnya.

"Hm, nak pergi sekolah pandai pula pakai tudung. Dekat rumah dengan abang tak nak pula pakai tudung." Menggerutu hatinya dengan Donna.

Bukan tidak pernah tok,umi dan abah mengingatkannya. Tetapi Donna saja yang buat endah tak endah. Alasannya dia masih kecil lagi. Heh! Tak sedar diri lagi agaknya dia itu sudah bergelar anak dara.

"Biarlah. Dengan Abang Yas je pun." Laju saja dia menjawab.

"Habis itu, abang ni bukan lelaki?" Soal Harraz perlahan. Tidak mahu didengari abah.

"Memanglah Abang Yas lelaki. Kalau perempuan, Abang Yas kena pakai tudung. Hahahahaha." Dia meloyar buruk pula.

"Che D. Gelak apa lagi tu? Dah cepat. Abah tolong angkat beg-beg ni sampai depan tu je." Ujar abah.

"Eh, abah. Biar Yas je yang angkat. Abah dah penat bawa kereta dari tadi. Abah rehatlah dulu dekat kereta." Ujar Harraz. Bagasi dan beg-beg kecil diambil.

"Yalah. Terima kasih, Yas." Ucap abah.

Sementara abah tunggu didalam kereta, Harraz mengambil peluang untuk berbicara sebentar bersama Donna.

"Bila Che D nak balik rumah lagi?" Soal Harraz sambil menarik bagasinya.

Donna menoleh ke belakang.

"Aik? Che D baru je sampai. Takkan nak suruh Che D balik rumah? Haha." Donna ketawa kecil. Kelakar pula Abang Yas.

"Yalah. Abang baru sampai sini kelmarin. Takkan Che D nak tinggalkan Abang Yas lama-lama dekat rumah?" Gayanya seperti orang berjauh hati.

"Mana ada Che D tinggalkan Abang Yas. Che D balik hostel je pun. Nanti hujung minggu Che D balik semula ke rumah." Dia mengambil beg dari pegangan Harraz.

Sudah tiba di hadapan asrama Puteri. Jadi, sampai disini saja Harraz menghantarnya.

"Eleh, lagi pun Abang Yas selalu tinggalkan Che D boleh pula?" Soal Donna tidak berpuas hati. Tidak mahu kalah dengan perbicaraan mereka ketika itu.

Harraz terkebil-kebil mencerna ayat itu. Sejak bila dia meninggalkan Donna? Mana ada!

"Mana ada abang tinggalkan Donna." Dalihnya.

"Ehhh, habis tu yang abang pergi belajar jauh-jauh sampai ke bulan tu kenapa?" Muncung mulutnya menarik rajuk.

Ooo, hal itu rupanya yang dimaksudkan.

"Hahaha. Itu kan lain. Abang pergi menuntut ilmu. Ilmu abang memang kena tuntut jauh-jauh. Kalau dekat-dekat dengan Che D, memang tak boleh belajarlah Abang Yas jawabnya." Dia ketawa sendiri.

Aduh, si Donna.

"Dahlah. Malas nak layan abang. Che D masuk dulu. Nanti minggu depan jangan lupa ambil Che D." we

Harraz tangkas menarik hujung lengan baju Donna.

"Hei, janganlah merajuk." Dia memandang Donna yang sedang menunduk.

"Che D." Lengan baju Donna digoyangkan berkali-kali. Namun, reaksinya masih diam.

Pening kepala Harraz dengan kelakuannya.

"Okey, Abang Yas minta maaf. I am sorry. Hm?" Harraz merenung Donna.

Kenapa? Apa lagi salahnya?

"Huh. Che D kesayangan Abang Yas ni kenapa? Seminggu tau nanti kita tak jumpa. Janganlah masam muka macam ni. Nanti sampai rumah Abang Yas susah hati." Mati akal dia. Mahu dipujuk bagaimana lagi agaknya.

"Taklah. Che D tak merajuk pun." Perlahan saja percakapannya.

"Habis itu, kalau tak merajuk kenapa tak nak pandang abang? Hm, Che D?" Soal Harraz lagi.

Beberapa orang pelajar perempuan yang lalu-lalang disitu mencuri-curi pandang Harraz. Tidak kurang juga ada yang tergedik-gedik sambil tersenyum simpul.

Donna sedar tentang itu. Berani mereka mencuri pandang pada Abang Yas-nya? Ish!

"Abang Yas pergilah balik. Orang pandang-pandang kita je dari tadi." Desak Donna.

Dia tidak selesa dengan mata-mata nakal mereka. Pantang nampak lelaki yang elok sedikit mulalah mahu menggatal.

Tetapi Abang Yas-nya bukan 'elok sedikit'. Dia itu elok banyak orangnya. Tidak mengapa. Tunggulah nanti, dia akan belajar rajin-rajin setanding dengan Abang Yas-nya. Kemudian, lelaki itu nanti akan dikurungnya. Mahu dikurung dimana? Sudah tentu dalam hatinya. Biar. Biar perempuan lain melongo mengetahui bahawa Harraz adalah miliknya sejak dulu.

"Huh, yalah. Abang Yas balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa masalah dekat sini, terus call rumah tau." Ucapnya.

"Okey." Jawab Donna sambil mengerling ke arah pelajar perempuan yang lalu-lalang melintasi mereka.

Harraz melangkah meninggalkan Donna.

'Tak apa Che D. Sikit saja lagi.'

Namun, baru beberapa langkah Abang Yas menoleh ke arahnya.

"Abang tunggu Che D balik hujung minggu ni. Assalamualaikum kesayangan Abang Yas." Ucapnya lembut.

"Wa'alaikumsalam." Saat itu senyumnya sedikit menyulam tika perkataan 'kesayangan Abang Yas' meniti dipendengarannya.

"Abang Yas pun kesayangan Che D, juga." Jawabnya perlahan.

Dekat tempat Dhea hujan petang ni. Sebelum senja ambil feel dulu menulis sambil dengar lagu. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience