DONNA mendaki tangga mahu kembali ke perpustakaan. Kasihan Aina menunggunya lama. Hingga ke tangga terakhir dan hanya beberapa langkah saja dari muka pintu perpustakaan, dia memegang perut yang dirasakan mencucuk perit.
Badannya dibongkokkan sedikit mahu mengurangkan rasa sakit yang kian hadir. Sejak seminggu ini dirasakan lain benar kondisi badannya. Bukan luaran. Tetapi kondisi dalamannya. Entahlah. Dia bukan orang bijak pandai seperti doktor.
“Sss…kenapa ni?” Donna menekan lagi bahagian rahimnya. Ya. Dirasakan sakit disitu sejak kelmarin.
Donna mengambil nafas sekejap mahu menenangkan dirinya. Serta-merta ingatannya melayang pada Harraz. Matanya berkaca kembali. Sakit yang ditahan sehingga memanggil rindu pada yang jauh.
“Sabar. Sakit sikit je ni.” Dia bagai berbisik memujuk dirinya. Tidak betah berlama-lamaan menahan sakit yang mencucuk, Donna bingkas bangun menuju ke perpustakaan.
Aina kelihatannya sedang tekun mentelaah. Sehingga kedatangannya tidak disedari.
Kerusi ditarik perlahan agar tidak menganggu pelajar yang lain.
“Aina.” Dia berbisik memanggil Aina.
Aina mendongak taktala namanya dipanggil.
“Lamanya. Awak pergi mana?” Soal Aina dengan sejuta kerutan didahi. Reaksi itu mencuit hatinya. Serupa tok dikampung pula jika berkerut begitu.
“Lah, ketawa kenapa? Awak pergi mana? Makan eh?” Gesanya ingin tahu.
Donna menggeleng sambil ketawa kecil.
“Taklah. Muka awak tu kelakar. Macam tok saya kalau berkerut. Macam orang tua tahu tak?” Donna menyimpan tawa.
“Saya pergi tandas. Perut buat hal pula.” Sambungnya lagi menarik sengih menutup penipuannya.
“Ohh. Tadi kenapa pergi pejabat? Ada orang kirim surat layang eh?” Aina tersengih nakal.
“Syhhh! Sibuk je. Sambung balik bacaan awak tadi tu. Ish.” Donna membuka semula buku Geografi.
Perutnya ditekan lagi. Ah, rasanya tiada apa-apa. Salah makan agaknya dia semalam.
(Johns Hopkins University, Baltimore, United States)
Entah mengapa hatinya dirasakan tidak sedap. Dadanya dipegang. Buku tebal itu ditutup. Pembacaannya jadi hilang fokus. Mengapa agaknya?
Harraz memandang dada langit yang semakin gelap. Matahari perlahan-lahan menyembunyikan diri. Mahu bersilih tugas dengan sang malam.
“Che D.” Sebaris nama itu meniti perlahan dibibirnya. Baik-baik sajakah dia?
The Johns Hopkins Internal Medicine dipandang sepi. Tidak. Dia perlu menyambung pembacaannya. Tidak boleh terikut dengan perasaannya.
Buku dipegangan dibuka semula. Dia kembali pada halaman 48 berkenaan ‘Sudden Cardiac Death’.
“SCD is defined as sudden unexpected death that occurs within 1 hour of symptoms because of…” petikan itu dibaca perlahan. Sekadar peka dipendengarannya saja.
Ketika itu, Dilan menghampirinya dengan dua bungkusan makanan ditangan.
“Harraz. This is your’s.” Dia menghulur sebungkus plastik pada Harraz.
“Hey, man. Thanks.” Dia menyambut huluran itu. Buku bacaannya tadi diletakkan disisinya. Tanpa membuang masa, dia terus membuka balutan makanannya.
Gulungan burrito daging disuap ke mulut.
Dia memandang ke dada langit. Fikirannya jauh menerawang ke Tanah Melayu. Dia mahu segera pulang. Dia mahu menghabiskan pelajarannya disini. Sejujurnya, dia sendiri tidak senang pabila terpaksa berjauhan darinya.
“Di. I am thinking…that…” Dia mengambil nafas dalam.
Dilan turut berhenti mengunyah. “Hm…thinking of?” Dia kembali dengan suapan burgernya.
“I want to go back home.” Ujarnya perlahan.
“Home? Okey. Let’s go.” Ajak Dilan lurus tanpa memahami tiap butir yang dibicarakan oleh Harraz.
Harraz memandang sepi burrito ditangan.
“Go back to Malaysia. I mean, my home.” Buku disisinya juga dipandang sepi.
“Malaysia? Why so sudden?” Dilan memberhentikan kunyahannya serta-merta. Hampir tercekik dibuatnya. Dadanya ditepuk-tepuk.
“Tsk. Be careful.” Ujar Harraz sambil menyua sebotol air mineral.
“Sorry. I’m surprised because of what you’ve said earlier. Why so sudden, man? If you have anything problems, tell me. Come on. I’m your bestfriend ever after, right?” Ucapnya sambil tersengih.
Harraz juga turut tersengih. Bukan dia tidak mahu bercerita. Tetapi dia lebih suka memendam sendiri.
“Nothing. Just missing my family…so bad.” Dalihnya. Lambat-lambat dia menyambung kembali suapannya.
Dilan memandang sambil tersenyum simpul. Sekarang baru dia mengerti akan usul yang dinyatakan oleh Harraz sebentar tadi.
“I don’t think you missing your family. Or… maybe someone…is…waiting for you? Ayyyy! Don’t tell me…hahaha.” Dilan ketawa besar. Sah! Ternyata Harraz sedang mempunyai masalah hati.
“No. Just cut the crap, man.” Harraz masih berdalih lagi. Benar. Memang difikirannya saat itu hanya dia.
“Come on! Don’t be shy. I don’t mind if you want to story or having a chit-chat with me. I am very open minded person. Hey, don’t you want to share with me?” Dilan masih berkias.
Harraz yang telah selesai makan, menyimpul kertas yang menjadi pembalut makanannya ke dalam beg sandang. Disitu tiada disediakan tong sampah. Jadi, nanti saja dia akan buangkannya.
Mata mereka bertembung pandang. Harraz memandang Dilan sambil menjungkitkan keningnya. Manakala, Dilan pula tersengih seperti kerang busuk menagih jawapan dari Harraz.
“What?” Soal Harraz pura-pura tidak tahu. Dia bangun dan meninggalkan Dilan sendirian.
“Harraz! Where are you heading? You didn’t answer my question. Hey!” Dilan terkocoh-kocoh mengejar Harraz.
---
(9.45 pagi- Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan)
Donna mendaki tangga menuju ke kelas 1T. Perutnya ditekan kejap. Sakit semalam masih lagi terasa sehingga ke hari ini. Entah apa agaknya yang salah dari segi pemakanannya.
Dari luar kelas sudah kedengaran suara hingar-bingar rakan sekelas. Tidak padan perempuan kesemuanya. Donna tersengih geli hati.
Sebaik sahaja dia melangkah ke kelas, seluruh isi kelasnya senyap. Hanya angin dari bilah kipas saja yang kedengaran.
Tap, tap, tap.
Donna menapak ke tempat duduknya dibarisan ke dua dari hadapan. Berhadapan papan hitam. Punggungnya dilabuhkan dikerusi kayu.
“Ceh, Donna. Nampaknya ada orang yang berkenanlah. Hahaha.” Adila si gadis genit mula bersuara. Terus saja Donna berpusing ke arahnya yang duduk dimeja belakang. Nakal sungguh dia.
“Ha, ah. Ooo, ada peminat rupanya dalam diam.” Tokok Adira kembar Adila. Mereka kembar seiras. Yang berbeza adalah Adila si kakak yang nakal. Manakala, Adira si adik yang lemah lembut tutur bicaranya.
Semakin pelik Donna dengan kelakuan si kembar itu.
“Ish, berkenan apa? Mengarutlah.” Donna kembali mengeluarkan buku Pendidikan Islam.
“Betullah tu cakap si kembar. Kalau tidak, takkan kami dapat surat layang untuk dititip pada Che Donna Binti Che Darwin? Donna…tak nak bagi tahu kami ke siapa dia?” Munirah pula bersuara sambil tersengih nakal.
“Betul tu, betul. Dia sekolah mana, Donna? Kami kena tahu lelaki yang berkenan dekat kawan kami.” Kini giliran Raihanah pula menokok-nambah dengan loghat utara.
Donna berkerut dengan usikan itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang mereka bualkan.
“Ya Allah. Betullah. Saya tak tahu langsung awak semua cakap pasal apa.” Tertekan juga emosinya.
“Okey, okey. Sorry ya. Kami saja je mengusik awak. Ini ha, pagi tadi masa saya nak masuk pagar sekolah, ada seorang budak lelaki bagi dekat saya. Tapi saya tak berapa pasti muka dia. Maklumlah, masih gelap. Saya sampai sekolah tadi pun pukul 6.30 pagi. Hehe.” Ujar Adila mula memberi penerangan.
Yang lain sibuk memasang telinga ingin tahu.
“Ha, ah. Betul. Tadi pagi ada budak lelaki bagi sampul merah jambu ni dekat Kak Dila. Dira pun tak nampak orangnya.” Adira menambah lagi perisa didalam cerita itu agar tampak meyakinkan.
“Here, for our beautiful Che Donna. Ambillah.” Adila menyua sekeping sampul surat bewarna merah jambu pada Donna.
Teragak-agak Donna mahu menerimanya.
“Ish, ambillah Donna. Tak baik tau, orang memberi tapi kita pula menolak. Itu dikira tak menghormati pemberian orang tau.” Tokok Munirah.
“Tsk. Saya tak sukalah. Awak buang ajelah. Bukannya dia tahu pun.” Jawab Donna selamba.
Membulat mata Raihanah mendengar jawapan Donna. Tanpa membuang masa, dia bangkit dari kerusinya sambil melipat tudung dibahagian pipi.
Pap! Satu tamparan hinggap dilengan Donna.
“Tak baik tau lagu tuh. Pi lah ambil orang dok bagi tuh. Jangan pakai buang ja. Manalah tau adik dia ada sekelas dengan kita. Hah, lagu mana? Tak ka nanti depa pi sampaikan pada abang depa. Haa, naiya tau. Kecil hati depa tau dak? Kalau hang tak mau, biaq cheq yang baca noh?” Usik Raihanah sambil merampas sampul merah jambu ditangan Adila.
“Ehh. Tak apa. Biar saya simpan je. Awak kata tak baik kalau saya tak ambil pemberian orang. Berdosa buat orang kecil hati dengan kita.” Donna terus merebut kembali sampul merah jambu dari tangan Raihanah. Sampul itu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.
Adilla dan Adira tersenyum sesama sendiri.
“Ehem, agak-agaknya siapalah yang bertuah dapat menawan hati Che Donna kita ni kan?” Ujar Munirah sambil mencuit hidung Donna.
“Ish, awak ni.” Donna menepis cuitan Munirah.
“Haha. Dahlah. Jangan usik Donna lagi. Saya takut dia lari kelas je nanti.” Kata Adila.
---
6.30 pagi…
“Ayah. Nanti ambil kami lambat sikit boleh? Nak buat ulangkaji dengan kawan-kawan.” Adila merenung ayahnya, Tuan Arshad.
“Boleh. Nanti kalau dah siap telefon ayah ya. Nanti ayah ambil anak-anak dara ayah ni.” Balas tuan Arshad sambil mencubit pipi Adila dan Adira.
Tangan dihulur untuk bersalaman dengan ayahnya.
“Rajin-rajin belajar dekat sekolah. Jangan berbual je, Adila. Jangan ingat ayah tak tahu mulut murai Adila. Adira nanti report dekat ayah tau apa yang Kak Dira buat hari ni dekat kelas.” Giat si ayah.
Adira tersengih nakal. “Beres, ayah.”
Mereka berdua turun dari kereta.
“Dila, Dira. Tunggu kejap.” Ujar Aryan yang sejak tadi fokus dengan iPod ditelinga.
“Ha, kenapa abang?” Ujar Adira melihat si abang masuk semula ke dalam perut kereta. Tidak lama kemudian, dia keluar dengan buku Sejarah di tangan.
“Abang nak suruh kami baca buku sejarah ke?” Ujar Adila meloyar buruk.
“Ish, kejaplah.” Jawab Aryan sambil menyelak halaman buku teks sejarah. Kemudian, bibirnya menarik segaris senyuman.
Sekeping sampul merah jambu disua pada Adila.
“Adik-adik abang yang cantik, nanti tolong abang boleh?” Soal Aryan bermanis mulut.
Adila dan Adira saling berpandangan.
“Tolong apa?” Jawab mereka serentak.
“Aryan! Sudah ke belum? Nanti kamu lambat pula.” Panggil Tuan Arshad dari dalam kereta.
“Ya, ayah. Kejap.” Jawabnya lagi.
“Surat ni nanti tolong bagi pada Che Donna Binti Che Darwin. Tau?” Ujarnya sambil menyua kepingan itu.
“Ha? Mana abang kenal dengan Donna?” Soal Adira pelik.
“Ish, balik nanti abang cerita. Abang dah lambat ni. Bye-bye.” Ucapnya tergesa-gesa sambil mencubit pipi Adila dan Adira.
“Janji tau!” Laung si Adila.
“Yalah.” Jawab Aryan sambil menjengah ditingkap kereta.
Setelah kereta Tuan Arshad keluar dari perkarangan sekolah, mereka berdua melangkah masuk ke kawasan sekolah.
Tidak pasal-pasal, mereka berdua hari ini diiktiraf menjadi posmen tak berbayar. Payah mahu menyampaikan amanah orang tahu?
Share this novel