(23 September 2007, Hungarian Symphony Orchestra, Maryland)
Dewan itu bergema dengan lantunan alat-alat muzik yang rancak menggabungkan pelbagai ritma.
Harraz tekun mendengar orkestranya. Not yang sekejap tinggi, rendah, kemudiannya rancak membuatkannya semakin ralit. Dia terpukau dengan alunan orkestra Hungarian Dance No. 5 itu.
Tiga minit berlalu tanpa sedar. Seisi dewan gamat dengan tepukan gemuruh oleh para penonton. Harraz turut menepuk tangan.
“Psst!” Seketika lengannya disenggol dari arah kiri.
Harraz menoleh ke arah Dilan dengan penuh tanda tanya.
“Wo bak chiu chin siap, chin ai-khun (my eyes are drooping. I am very sleepy).” Dilan menyekang matanya dengan dua jari.
Irama Beethovan Moonlight Sonata mula menggamatkan seisi dewan besar itu.
Harraz tersengih memandang Dilan. Mata kuyu Dilan menggeletek hatinya. Pelik benar dengan manusia disebelahnya. Mana mungkin mendengar ritma rancak seperti ini boleh mengantuk? Tidak mempunyai jiwa seni betul.
“Just sleep. Don’t mind me.” Matanya kembali terarah pada sekumpulan pemain orkestra diatas pentas.
Dilan menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Tidak diendahkan orkestra dihadapan. Lelahnya menghadiri seminar masih belum hilang. Bagaimana Harraz boleh menahan ngantuknya?
Seiingatnya sejak pulang dari seminar tengah malam tadi, dia belum berehat. Pulang saja diasrama mereka, Harraz terus menyiapkan tugasan yang dibekalkan oleh Prof Ivy. Mungkinkah tuhan sudah menarik nikmat penatnya?
Harraz masih ralit dengan persembahan dihadapan. Sesekali dia mengerling Dilan yang pulas dengan lenanya.
Tanpa sedar, dua jam telah berlalu. Persembahan orkestra telah melabuhkan tiranya. Dilan masih nyenyak.
“Dilan.” Dia menyeru sekali nama Dilan. Tiada sebarang reaksi olehnya.
“Wake up.” Harraz menepuk lengan Dilan.
“Phan-a (fool).” Malas dia mahu berlamaan disitu. Nanti Dilan juga akan bangun. Tanpa membuang masa Harraz bangkit dari kerusi penonton. Dia terus mendaki tangga.
Dilan terpisat-pisat memandang kerusi disebelahnya yang kosong. Dia melingas mencari kelibat Harraz dalam ratusan orang.
Pandangannya terarah pada seorang lelaki berjaket hitam sedang menapak keluar dari dewan. Itu Harraz.
“Aish! Harraz! Wait!” Dilan melompat dari barisan kerusi. Namun, dia berpatah balik bagai ada yang tertinggal. Beg sandangnya. Terkocoh-kocoh dia mencapai beg sandangnya yang tertinggal dikerusi.
Harraz pula tidak menoleh. Sebaliknya dia meneruskan langkah mendaki tangga. Dia tidak mahu berlengah. Laporannya yang tergendala malam tadi perlu disempurnakan segera dia tidak punya waktu untuk tidur.
Baginya mendengar simfoni orkestra adalah terapi untuk otaknya yang kian lelah dengan pelajarannya disini.
Dia lebih gemar hidup ditanah asing berbanding ditanah airnya sendiri kerana disana lebih banyak yang pahit dari yang manis.
Tung, tung, tung!
Satu tin minuman separa kemek ditendang tepak ke arahnya. Golekan tin itu berhenti dihadapan kaki Harraz.
Dia mendongak ke arah si ‘pemberi’. Ada sekumpulan pemuda. Mungkin pelajar dari universitinya juga.
Suhu musim sejuk hari ini adalah -0.16?C.
Dia menghampiri kumpulan pemuda itu. Enam pasang mata tertumpu padanya.
“Harraz! Where are you heading? Hey!” Dilan berlari-lari anak mengejar derap langkahnya.
Mereka berdua tiba dihadapan mereka. Harraz memandang wajah-wajah mereka bertiga.
Salah seorang dari mereka tersengih sinis. Mungkin memandang Harraz. Penampilannya siang itu agak kolot bagi mereka. Pakaiannya tidak semewah. Pastinya dia buka penduduk disini.
“Did you throw the can?” Harraz menuding ke arah tin separak kemek itu.
Mereka bertiga ketawa sesama sendiri. Mengejek Harraz.
“Bro, I think we should go. Don’t mind them, huh?” Dilan mula tidak sedap hati dengan situasi sekarang.
“No! I want to talk to them. Maybe…about manners.” Mata helangnya tajam menikam sekumpulan pemuda itu.
Aduh! Parah! Jangan bertelingkah sudahlah. Masak! Masak!
Dilan menarik lengan Harraz agar beredar dari situ. Malas mahu memanjangkan cerita.
Pemuda yang memakai jaket kulit hitam tersengih padanya.
“Hey, where is the planet you come from?” Soalnya sambil disambut gelak tawa ahli yang lain.
Harraz menarik nafas dalam. Buku limanya dikepal.
Dilan memegang bahu Harraz menenangkannya.
“Harraz. Enough! People keeps looking at us. Look.” Dilan memuncungkan mulutnya ke arah manusia yang mulai berkumpul.
Harraz turut melemparkan pandangannya ke sana.
“Hahaha. Hey, man! Look at them. What a ridiculous…fashion they are wearing.” Dia meneliti pakaian Harraz dan Dilan dari atas ke bawah diselangi gelak seiringan.
Tanpa membuang masa. Dilan terus mengheret tubuh Harraz beredar dari situ. Jiwanya pula yang semakin sakit.
“Di! Kau tak nampak ke dia orang menghina kita?” Kembang-kempis hidung Harraz menahan amarah.
Dilan menggaru kepala. Bodoh agaknya Harraz.
“Ya. Aku tahu. Tapi kalau dengan sikap kau sekarang, aku rasa pecah muka dia nanti.” Dilan cuba memujuk.
“Ah! Habis itu kau nak biarkan saja orang menghina kita? Kau bodoh ke apa, Dilan? Hei! Sedarlah sikit. Kita dekat negara orang. Kau masih nak biarkan walaupun orang pijak maruah kau?” Getus Harraz geram.
“Bro…chill okey? Relax. Sebab kita dekat negara oranglah kita kena jaga adab. Kau janganlah sama naik dengan dia orang. Kau kena ingat. Sekali kita buat hal, biasiswa, segala tajaan kita dekat sini semua boleh terbatal! Ingat tu.” Tegas Dilan.
“Arhhh! Tak guna!” Dia menendang batu kecil bagi melepaskan geram.
“Sudahlah. Jom, kita ke library. Tugasan kita masih banyak yang belum diselesaikan.” Dilan dan Harraz menapak dalam terpaksa.
Dibelakang, kumpulan pemuda itu masih mentertawakannya.
(Johns Hopkins University, Baltimore, United States)
Harraz tekun mencoret sesuatu pada kepingan poskad. Sejak tadi dia hanya membelek-belek bahagian hadapan dan belakang poskad tersebut. Entah apa agaknya yang dibelek. Dilan menjengah ke depan. Berkerut-kerut dahinya mahu memahami setiap coretan yang ditulis.
“Pstt.” Dilan memberi isyarat pada Harraz. Isyarat dari mulutnya diulang beberapa kali. Tetapi Harraz masih menunduk sambil menulis.
“Psstt!” kali ini isyaratnya lebih jelas dan kuat berbanding tadi sehingga menyembur air liurnya pada pipi Harraz.
Harraz mendongak dengan muka berkerut. Tempias air liur Dilan dilap dengan lengan bajunya. Pengotor!
“Kenapa?” Dia bertanya kemudian kembali dengan coretannya semula.
“What are you doing, man?” Soalnya sambil berbisik. Maklum saja diperpustakaan tidak boleh membuat sebarang bunyi. Agaknya jika mahu membuang angin pastinya ditahan-tahan. Risau anginnya terlepas kuat nanti.
“Busybody.” Jawabnya acuh tak acuh.
Dilan menjengah lagi sambil mulutnya terkumat-kamit membaca isi coretan Harraz.
“Tak…lama…lagi…abang…ada…peperiksaan.” Berkerut-kerut dia mahu memahami penulisan Bahasa Melayu itu.
“Jaga…diri…Che D. Che D?” Siapa pula Che D?
Perlahan-lahan Dilan bangun dari kerusinya. Tidak mahu disedari oleh Harraz yang sedang tekun mencoret sambil tersenyum.
Terjingkit-jingkit dia mendekati Harraz.
“Love letter?” Bisik Dilan disebelah telinga Harraz. Hampir saja Harraz menjerit namun sempat mulutnya ditekup oleh Dilan.
Membulat mata Harraz dengan perlakuan biadab Dilan. Terus saja poskad itu disembunyikan dibawah buku-buku tebal.
Dilan menyimpul senyum mengusik sambil keningnya dimainkan sesekali. “Che D? Who’s?”
“Tsk! Come on. Just do your revision quickly, leh. Such a busybody person.” Harraz berbisik keras. Buku limanya ditayang pada Dilan.
“Hmm…okey, okey. Just do your revision quickly, leh. Such a busybody person.” Dilan mengajuk kembali ayat Harraz sambil tersengih geli hati. Sudah kantoi mahu berselindung pula.
Harraz kembali dengan coretan beserta sengihan kecil. Tidak sabar mahu menghantar poskad itu ke Malaysia.
Dia meneliti setiap isi yang telah dicoretkan diatas poskadnya. Beberapa minit dia meneliti. Setelah berpuas hati dengan isi poskad tersebut, Harraz mengeluarkan sekeping sampul poskad bewarna putih dari beg sandangnya.
“Hey.” Suara halus Dilan memecahkan angannya yang baru dicipta. Harraz mengeluh seraya memandang Dilan dengan riak tidak berpuas hati.
“Don’t you want to tell me who is she?” Dia masih tidak berputus-asa mahu mengorek jawapan dari Harraz.
“Tell you about who?” Soal Harraz kembali. Dia tahu berkenaan soalan yang diusulkan oleh Dilan. Malas dia mahu ambil pusing.
Buku The Johns Hopkins Internal Medicine dibiarkan terbuka luas naskhahnya. Dia mula menarik buku itu merapatinya. Halaman 23, bab 4 dibuka. Matanya mula membaca tajuk kecil berkenaan ‘Chronic Coronary Artery Disease’. Pen hitam dicapai untuk mencatat nota penting agar mudah nanti untuknya mengulang kaji.
“Huh…Che D? Who’s the lucky girl? You never tell me about your family, about your life. Especially, your love ones. Come on, tell me more about your Che D. I’m curious to know what kind of girl she is. Harraz?” Dilan masih menagih jawapan darinya. Baginya soal keluarga dan dirinya itu adalah urusan peribadi. Dia tidak suka menjaja cerita tentang dirinya pada orang.
“Can you cut the crap? Sorry man. I am not a person who talk about family matters. It’s my personal. For me, there are most important things we need to settle here.” Perlahan setiap patah bicaranya, namun jelas dipendengaran Dilan.
Dilan menghela nafas berat. Harraz orangnya terlalu perahsia. Belum pernah lagi dia menceritakan sedikit pun tentang dirinya. Sehingga ke hari ini dia hanya mengetahui namanya saja.
Tidak mengapalah. Mungkin satu hari nanti dia sendiri yang membuka mulut menceritakan tentang hal itu. Sedikit pun dia tidak berkecil hati dengan sikap perahsia Harraz. Sebaliknya dia menghormati perilaku pemuda itu.
Dilan menarik senyum. ‘You are so lucky, young girl for having him in your life.’
Share this novel