Tepat jam 8 pagi, dua orang jururawat memasuki wad Donna sambil menyorong sebuah katil.
Pintu wad terkuak. Lantas Donna menoleh ke arah pintu memanang gerangan yang melangkah masuk.
"Assalamualaikum, Donna." Ujar Kak Sabrina ramah. Sementara, Amna pula membantu Donna untuk turun dari katil.
"Walaikumsalam." jawab Donna kekok.
"Jom, akak tolong Donna. Kita pergi bilik air dulu." Kak Amna membawa Donna ke bilik air. Ditangannya ada baju dan penutup kepala.
"Terima kasih, kak." Ucapnya sedikit segan. Boleh saja dia menapak ke bilik air sendiri. Bukan teruk sangat sakitnya.
"Sama-sama. Nah, tukar baju sekali. Pakaian dalam kena buka juga. Nanti baju Donna masuk dalam beg kertas ni ya." Ujar Kak Amna lagi.
Beberapa minit kemudian, Donna siap menyarung baju biru bersaiz besar. Kemudian, dia memakai pula penutup kepala.
"Mari sini akak tolong." Ujar jururawat itu.
Donna tersenyum sambil memusingkan badannya membelakangi jururawat.
Tali bahagian belakang baju besar itu diikat kemas.
"Okey. Dah siap. Jom."
Sementara itu, abah, umi, tok sedang berbincang dengan Rudy. Manakala, Harraz pula sedang duduk diruang menunggu.
Katil Donna ditolak menuju ke dewan bedah. Harraz yang terlihat donna, bingkas bangun dari kerusi.
“Abang Yas.” Sapa Donna perlahan.
Harraz menunduk dihadapan Donna yang berbaring dikatil. "Jangan lupa baca selawat banyak-banyak. Jangan risau. Everything will be fine after this. Okey?" Harraz mengukir senyum kecil.
"Che D tak okey langsung. Lepas ni perut Che D akan buruk. Berparut."
Harraz tersenyum mendengar luahan itu.
"Tak ada apalah. Doktor-doktor dekat sini bukan calang-calang orang. Che D kena percaya doktor-doktor dekat sini. Lagi satu, siapa pun yang akan terima Che D nanti, dia mesti terima kekurangan Che D dengan rela hati." Ujarnya telus.
"Walaupun orang tu...Abang Yas?" Donna merenungnya.
Harraz tidak menjawab. Sebaliknya membalas renungan itu dengan senyuman.
Cukuplah jawapan itu membuatkan Donna tersenyum lebar.
"Che D tetap akan jadi kesayangan Abang Yas sampai bila-bila. Ingat. Abang Yas tunggu Che D dekat luar ni." Ujarnya memberi semangat.
"Janji?" Soal Donna.
"Janji apa?" Soal Harraz kembali. Sengaja mahu mengusiknya.
"Ya. Abang Yas janji. Janji tunggu Che D dekat sini. Dan... janji Che D tetap akan jadi kesayangan Abang Yas. Sampai bila-bila." Kedengaran lembut tutur biacaranya.
Donna tersengih sendiri. Senang hatinya dengan pengakuan itu.
Jururawat datang menghampiri mereka sambil membawa fail laporan Donna.
"Jom, akak bawa Donna masuk ya." Ujarnya sambil tersenyum.
Donna mengangguk kecil. Kemudian, katil disorong.
Harraz semakin jauh dibelakang. Tika itu perasaan rindunya muncul lagi. Air matanya mula bergenang.
Lambaian tangan Harraz dibalas semula. Cepatlah semua ini berakhir. Dia mahu bertemu dengan Abang Yas-nya lagi. Dia tidak suka menanggung rindu.
"Selawat banyak-banyak ya, dik." Ujar seorang jururawat perempuan. Mungkin sebaya umi.
Donna mengangguk seraya tersenyum kecil.
Katil disorong perlahan-lahan memasuki Dewan Bedah 1.
Matanya dipejam seketika. Mahu menghilangkan debaran didada.
Suhu dingin dalam dewan bedah itu mencengkam kulitnya. Sejuk.
Telinganya menangkap bunyi suara-suara doktor dan jururawat yang sedang berbual.
Matanya hanya merenung lampu besar yang terpancar diatas badannya. Silau.
“Donna, awak okey?” Soal Dr. Rudy.
Donna terkebil-kebil memandangnya. Kemudian, dia menggeleng kecil.
“Jangan risau. Cuma pembedahan kecil je. Everything gonna be fine. Tarik nafas dalam-dalam. Bertenang, okey.” Sambil itu tangannya sibuk membetulkan tiub darah dan drip air. Ditangannya terdapat ubat bius.
“Donna, saya nak bagi ubat bius ya. Ubat bius ni untuk bagi awak tidur masa pembedahan nanti. Jadi, awak takkan rasa sakit sikit pun.” Dia memandang Donna untuk meminta kepastian.
Donna mengangguk kecil.
Yakin dengan jawapan kecil itu, Dr. Rudy mencucuk jarum bius ke dalam drip air. Perlahan-lahan cairan Anesetasia bercampur dengan aliran drip air.
Dr. Rudy memasukkan tiub endoktareal ke dalam mulut pesakitnya. Tiub yang disambungkan pada mesin ventilator dirapikan.
Dalam beberapa detik, Donna mula merapatkan matanya. Pandangannya mula kabur. Kelopak matanya mula memberat dek penangan Anestasia.
Sedikit demi sedikit, pandangannya kelam. Cahaya lampu juga semakin berbalam-balam. Sayup-sayup telinganya mendengar perbualan antara Rudy dan staf yang lain.
“Okey, she’s stable now. Tolong panggilkan prof.” Pinta Dr. Rudy.
Sarah menapak keluar dari dewan bedah untuk memanggil ketuanya.
Pintu Dewan Bedah 1 terbuka. Prof. Dr. Ethan melangkah memasuki dewan bedah. Pagi itu dia yang akan mengetuai pembedahan Donna.
Sarah segera menghampiri ketuanya. Sarung tangan getah, penutup muka diberi pada Prof. Ethan. Kemudian, gaun plastik bewarna biru muda disarungkan pada badan ketuanya.
“Thanks.” Ucapnya ringkas. Sarah menundukkan kepala. Kemudian, dia membuntuti langkah ketuanya ke katil bedah.
Dua biji lampu besar terpasang diatas kepala mereka. Manakala, dihujung katil bedah telah tersedia meja yang beralas kain hijau. Setiap peralatan disusun mengikut nombor dan kegunaannya.
Prof. Ethan memandang anak-anak buahnya yang berada disitu.
“Semua dah makan?” Soalnya tanpa riak.
“Sudah prof.” Jawab Dr. Rudy mewakili staf yang lain.
Prof. Ethan mengangguk kecil.
“Alright. Let’s do our best for her.” Ujarnya sambil memandang Donna.
“Don’t hurt her and be careful.” Dia memandang setiap seorang anak buahnya.
Yang lain mengangguk tanda mengerti.
“We’ll start our LAS in one minute.” Ujar Prof. Ethan. Manakala, yang lain memandang tepat pada jam yang sedang berdetik saatnya.
10,9,8,7,6…
Dr. Rudy mencuri pandang ke arah Donna. Kemudian, dia memandang jam sekali lagi.
5,4,3,2…1.
“Alright. Let’s do our best.” Prof. Ethan masih tenang memandang anak-anak buahnya yang lain.
“Scalpel.” Pinta Prof. Ethan. Jay mengambil pisau kecil yang tersusun diatas troli. Alat itu diberi pada ketuanya.
Pisau bedah (scalpel) mula menyentuh kulit dan tisu perut Donna. Perlahan-lahan kulit perutnya terkoyak sepanjang 3 inci. Darah mula keluar sedikit demi sedikit dari perutnya.
Dr. Rudy segera membersihkan aliran darah dengan kain gauze agar tidak mengganggu proses pembedahan. Kain gauze ditekap pada bahagian kulit perut.
“Lap cam.” Pinta Prof. Ethan.
Jay menghulur laparoskop padanya.
Kemudian, kamera kecil dimasukkan perlahan-lahan ke dalam perut Donna. Bahagian dalam perut terpapar pada skrin tv dihadapannya.
Semua mata memandang ke arah skrin.
Kamera diarahkan pada bahagian apendiks. Dengan berhati-hati, apendiks dipotong. Kemudiannya, diletakkan didalam sebuah plastik steril.
Bahagian yang telah dipotong tadi dijahit semula.
Satu jam 30 minit kemudian…
Pintu Dewan Bedah 1 terbuka. Prof. Ethan melangkah keluar diikuti Dr. Rudy.
Mereka semua terus menerpa ke arah Prof. Ethan.
“Doktor, macam mana anak saya?” Tanya umi tenang. Dia tahu semuanya akan baik-baik saja.
Prof. Ethan menarik senyum lebar. “Everyhing’s went well. Semuanya okey. Puan jangan risau. Anak puan stabil. Kita juga dah berjaya buang apendiks yang ada dalam perutnya. Buat masa sekarang, anak puan kena duduk dulu dalam wad dua hari. Jika luka jahitannya semakin membaik dan tiada jangkitan, dia boleh balik.”
“Alhamdulillah.” Jawab mereka serentak.
Harraz sejak tadi hanya diam mendengarkan penjelasan itu.
“Baiklah, kami minta diri dulu, encik dan puan.” Tunduknya sebelum berlalu pergi.
“Puan, encik. Pergilah berehat dulu. Saya tengok dari malam tadi puan dan encik berjaga dekat sini. Tak ada apa yang nak dirisaukan. Alhamdulillah, pembedahan Donna selamat dan berjalan lancar.” Ujarnya sambil memegang bahu abah.
“Jomlah. Kita pergi makan dulu. Awak pun jangan risau sangatlah. Anak kita dah selamat tu. Jom.” Ajak abah. Tangan umi dipimpin kemas.
“Terima kasih sekali lagi, doktor.” Ucap abah.
Dr. Rudy tersenyum. “Sama-sama.” Kemudian, dia berlalu meninggalkan mereka.
“Abah dengan umi pergilah makan dulu. Biar Yas tunggu sini. Lagi pun, kesian tok dari tadi duduk aje. Nanti penat belakang badan tok.” Dia memandang tok yang sedang duduk bersandar disofa.
“Yalah. Yas tunggu sini ya. Tengokkan Che D. Abah bawa umi dengan tok pergi makan dulu. Nanti abah belikan makan Yas sekali.” Ujar abah.
“Eh, tak payahlah bah. Nanti pandailah Yas nak makan. Yas boleh pergi ke kafe sendiri.” Tolaknya sopan.
“Tak apalah. Dah alang-alang abah pergi makan, nanti abah bungkuskan untuk Yas sekali. Dah, abah pergi dulu.” Pamit abah.
Harraz tersengih serba-salah. “Yalah, bah. Elok-elok.”
Setelah menghantar abah, umi dan tok sehingga ke pintu lif dia kembali semula diruang menunggu.
Sementara itu, dua orang jururawat sedang menyorong katil Donna keluar dari bilik pembedahan.
Harraz bangun mahu melihat keadaannya.
“Macam mana nurse?” Soalnya pada jururawat lelaki.
“Jangan risau. Dia dah stabil. Kita akan pindahkan dia ke wad. Kalau nak ikut, jomlah.” Ajaknya.
“Saya ikut.” Jawabnya ringkas. Sejak tadi matanya tidak lekang melihat Donna. Tidurlah kesayangan Abang Yas. Nanti sudah bangun boleh berbual dengan Abang Yas lagi.
LAS-Laparoscope Appendecotomy Surgery
Lap Cam- Laparoscope Camera
Share this novel