004 - Home Sweet Home

Fantasy Completed 8430

004 - Home Sweet Home

Setelah Dahlia membaca surat dari papanya. Uncle Alpha sudahpun menyediakan sebuah markas di planet bumi dengan kekuasaannya. Mereka perlu berpandukan peta yang telah diselitkan dengan surat tadi.

"Nichol.. awak tahu kat mana ada air terjun sekitar sini?"

"Air terjun... tahu tahu!"

"Kot ya pun tak payahlah teruja sangat. Kang aku karate kau dengan naga nih."

"Maaf.. air terjun tu agak jauh dari sini. Kita kena naik keretapi untuk sampai ke sana."

"Guna duit lagilah nampaknya ni."

Aryyan mengeluh. Dahlia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Stesen keretapi hanya 500 meter dari sini. Marilah."

"500 meter?! Oh mannn..."

"Apa susah? Kau keluarkan naga kau. Kita naik naga kesayangan kau tu."

"Brilliant idea, Lia!"

Dahlia menepuk dahinya.

"Kuasa kau, aku pula yang ingat."

Aryyan tersengih seperti kerang busuk.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tak sampai beberapa minit, mereka sampai di kawasan air terjun yang sangat indah. Bunyi terjunan air amat menyenangkan suasana sekeliling. Sunyi sepi hanya bunyi haiwan yang mencorakkan suasana disini.

“Kita dah sampai sini. Mananya markas kita? Uncle Alpha kata dekat air terjun...”

“Mesti kat tempat tersorok.”

Dahlia, Aryyan dan Nichol terpaksa berjalan di celah-celah batu.

“Weyh aku nak tergelincir...”

Dahlia sempat berpaut pada sebuah batu yang agak besar. Tiba-tiba dengan sentuhan tapak tangan Dahlia pintu tersebut terbuka luas. Cepat-cepat mereka masuk dan pintu tersebut tertutup kembali.

“Woahhhh...”

Nichol kagum melihat di dalam markas tersebut. Semuanya serba canggih. Sudah seperti di alam lain. Walaupun di luar tadi batu itu hanya kelihatan sebesar beruang sahaja tetapi di dalamnya sangat besar dan luas. Ada bilik perbincangan, beberapa bilik tidur, kamar mandi, gelanggang bola tampar, kolam ikan, pokok dan bunga yang hidup segar. Dan dihujung markas ada lautan yang luas dan juga gunung-ganang yang tinggi.

“Cantiknya daddy buatkan markas untuk kitaaa..”

Aryyan terus berlari sehingga ke pinggir pantai. Disepak-sepaknya air laut yang sedang berombak tenang. Suka sangat seperti berkelah di tepi laut. Dahlia menilik setiap satu pintu bilik. Ada dua bilik yang sudah tertera namanya ‘Dahlia Seven’ dan juga bilik Aryyan ‘Aryyan Alpha’.

“Nichol.. disini bilik awak memandang nombor pintu adalah nombor pada parut tengkuk awak. N13.”
“Yes! Akhirnya aku ada rumah! Terima kasih Dahlia!”

Nichol melonjak kegembiraan. Dahlia hanya tersenyum simpul.

Pada jam 11 malam, Dahlia, Aryyan dan Nichol berada di bilik perbincangan. Dahlia berkongsi cerita dengan Nichol supaya dia lebih memahami dan tahu tujuan kegunaan kuasanya.

“Apa?! Saya anak puak nombor seperti awak?”

“Ya. Kita bergabung. Saya anak dari puak nombor, manakala Aryyan anak dari puak huruf. Kami bergabung sejak azali lagi.”

“Jadi, saya bukan manusia bumi?”

“Ya bukan. Uncle Alpha iaitu bapa Aryyan telah menyelamatkan seramai 20 orang dari puak huruf dan nombor termasuk saya dan juga Aryyan. Saya harap awak beri kerjasama dan bukan jadi pengkhianat dalam kumpulan kita ni.”

Perkataan pengkhianat ditekan kuat oleh Dahlia. Dia amat benci dengan pengkhianat. Dia tak nak sejarah berulang lagi. Dia mahu pastikan bahawa semua ahli kumpulannya bersatu untuk menentang musuh walaupun bilangan tidak ramai. 20 orang ini adalah paling bermakna buat puak huruf dan nombor. 20 orang ini juga sahajalah yang tinggal untuk berbakti kepada kerajaan Numbet.

------------------------------------------------

Malam itu, Dahlia mencari maklumat melalui komputer ribanya untuk mengesan ahli-ahli yang lain. Begitu juga dengan Aryyan dia mencari melalui komputer ribanya juga manakala Nichol sibuk membaca surat-surat dari papa Dahlia.

“Hah! Dah jumpa! Dekat kampus Taman Maluri! Nama kampus tu Maluri Lakeside Campus. Banyak berita tentang kejadian pelik disitu. Ada dua kejadian terjadi sejak kebelakangan ini. Pertama terjadi pada 7 April apabila seorang lelaki berbadan besar dan juga sado mengangkat dua kereta sekali dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Ia amat mengejutkan semua warga kampus Maluri Lakeside. Sehingga sekarang tidak tahu siapakah orang misteri itu. Dikhabarnya dia juga seorang pelajar kampus ini. Dia sering memakai jaket hood putih apabila jelma menyelamatkan atau membunuh orang.”

Panjang lebar Aryyan menerangkan kepada Dahlia dan Nichol.

“Kejadian kedua pekara yang sama ke?”

Aryyan menggelengkan kepalanya.
“Baru-baru ini terjadi lagi pekara aneh apabila seorang susuk tubuh seperti seorang gadis sering menjelma dengan mengeluarkan bunyi yang boleh membuatkan orang pekak dan pengsan serta maut. Bunyinya juga sangat bingit. Ia turut tidak dapat mengesan siapakah gadis itu. Khabar angin mengatakan dia adalah seorang anak professor di kampus ini juga.”

“Okey! Dua petunjuk membuatkan kita senang sedikit untuk menjadi bahan pencarian kita.”

“So what is our plan?”

“Menyamar menjadi pelajar disitu. Ary kau reka kad pelajar yang sebiji dengan kad pelajar kampus tu. Letak nama samaran sahaja.”

“Saya pun turut ikut?”

“Tak perlu kami berdua sahaja. Awak duduk disini memantau markas kita. Nanti kami akan pulang semula ke sini dengan membawa mereka. Saya harap awak boleh diharapkan.”

“Baiklah saya akan.”

“Bagus.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience