007 - Ryan The Fire

Fantasy Completed 8437

007 - Ryan The Fire

Hari ini pula giliran Aryyan dan Bella keluar mencari ahli seterusnya. Aryyan sepanjang perjalanannya asyik sumpah seranah si Nichol. Dia bergaduh dengan Nichol kerana Nichol mencari masalah dengannya di awal pagi. Masalahnya adalah, mereka berebut untuk menyediakan sarapan pagi. Nichol ingin membuat pancake manakala Aryyan ingin membuat omeleete. Bergaduh punya bergaduh sehingga Prime mengangkat mereka berdua dan menghantuk kepala sesama sendiri.

“Awak... sabarlah jangan marah-marah.”

Bella mengusap belakang Aryyan. Aryyan hanya mendiamkan diri dan sekali-sekala dia mendengus kuat. Dia paling benci orang suka cari pasal dengan dia lagi-lagi hal temeh seperti pagi tadi.

------------------------------------------------------------

“Tulah siapa suruh awak bergaduh dengan Aryyan, dia tu saya dah kenal dia sejak dari kecil tahu. Bengkak awak teruk ni haa..”

Bebel Dahlia sambil menyapu ubat krim pada benjolan di kepala Nichol.
“Prime yang over pergi hantuk kepala kiteorang.”

Prime menjeling tajam. Dahlia menoleh ke kanan kelihatan Kyler baru sahaja membersihkan diri dan dia hanya bertuala. Ternampak kesadoan badannya. Dahlia hanya menjeling.

--------------------------------------------------------------

Aryyan dan Bella berhenti di sebuah restoran makanan untuk mengalas perut mereka. Mentari terik membuatkan mereka penat untuk meneruskan pencarian sebaiknya mereka mengalas perut untuk mengembalikan tenaga mereka.

“Susahnya tak ada maklumat nak cari dorang nih.”

Mengeluh Aryyan. Bella hanya tersenyum kecil.

“Hei! Han! Kau beli nak bayar hutang aku?!”

“Ryan.. aku minta maaf. Aku janji akan bayar dua bulan lagi. Aku tengah bertungkus-lumus.”

“Kau memang sengaja buat aku berapi sekarang nih! Aku nak kau bayar sekarang!”

Aryyan mula rimas dengan pergaduhan di antara pengurus kedai makan ini dan seorang lelaki berpakaian gengster. Bella pula hanya memerhatikan lelaki tersebut. Aryyan bila-bila masa sahaja dia akan masuk campur hal mereka. Dia pantang melihat bab-bab pergaduhan.

“Aku tak cukup lagi duitnya. Baru...”

“Ahhhh! Aku nak kau bayar sekarang!”

Semua pelanggan di gerai makan mula ketakutan dan ada yang bertempiaran lari apabila melihat badan lelaki tadi mula berapi. Satu badan penuh dengan api yang marak. Aryyan tersenyum sinis. Dia sudah jumpa ahli yang seterusnya. Tanpa memanggil lelaki tersebut, Aryyan berdiri lalu mengeluarkan naga dari tapak tangan dan melilit tangan lelaki tersebut.

Bella memasang headphone di kepala Aryyan yang dibawanya siap dari markas. Kemudian dia mengeluarkan bunyi yang bingit untuk memengsankan semua yang ada disitu kecuali Aryyan dan lelaki tersebut. Tetapi lelaki itu turut merasakan kesakitan menahan bunyi bingit itu.

_________________________________

Pintu markas terbuka luas. Dahlia melihat Aryyan masuk bersama Bella dan ditengah-tengah mereka ada seorang lelaki yang dililit tangannya oleh kuasa naga Aryyan.

“Lepaskan akulah, bodoh!”

Panggg...

“Kau lagi sekali panggil aku bodoh. Memang aku makan kau. Maksud aku naga aku akan makan kau.”

Tengking Aryyan. Semua yang ada di dalam markas terkejut dengan suara lantang milik Aryyan.

“Ni kau jumpa Aryyan. Gengsternya.”

Perli Dahlia.

“Ah Long terkenal ni. Kutip hutang kat restoran yang aku dan Bella pergi makan tadi.”

Dahlia ketawa.

“Ah Long?”

Dahlia memegang dagu lelaki itu dan sengaja lelaki itu mengeluarkan kuasa apinya tetapi tiada apa-apa efek mengenai Dahlia. Dahlia tersenyum sinis.

“Main kasar nampak. Nak main api dengan Dahlia, ya?”

“Siapa nama dia?”

Tanya Kyler yang sedang duduk di sofa bersama Prime dan Nichol.

“Ryan...”

Jawab Bella.

“Ryan. Relax please. We are just like you too.”

Dahlia memujuk supaya Ryan kembali kepada asal.

“Ryan, please? Cooperate?”

Dahlia memujuk lagi. Perlahan-lahan Ryan memadamkan api pada badannya.

“So, he is a fireman ha?”

Kyler membuat jenaka. Semua di dalam markas tergelak besar. Ryan membuat muka cemberutnya dan menjeling tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience