022 - Attack!

Fantasy Completed 8437

022 - Attack!

Dahlia dan ahli-ahlinya membuat bulatan besar untuk melindungi sesama sendiri. Mereka sekarang hanya 18 orang, mahu berlawan dengan beribu konco puak warna dan bentuk. Mereka semua sudah bersedia untuk berperang.

“Dahlia Seven~...”

Panggil seseorang sambil menepuk-nepuk tangannya dan tersenyum sinis.

Dahlia hanya membalasnya dengan renungan yang tajam.

“Renungan kau tu tak boleh nak kawal akulah, cik Bunga Dahlia.”

“Aku tahu sebab kononnya kaulah yang lebih kuatkan? Kau belum kenal siapa aku sebenarnya...”

Kata Dahlia sinis. Lelaki itu ketawa besar.

“Aku cukup kenal dengan kau...”

“Ye ke? Well Im so glad you know me enough.”
Sindir Dahlia.

“Aku nak kau mati supaya empayar bapak kau tu aku yang punya!”

Serius lelaki itu.

“Oh ya! Akulah yang mulakan peperangan ini. Akulah Black..”

Dengan bangganya Black mengenalkan dirinya sendiri.

“Blackpepper ke?”

Seloroh Aryyan. Black mendengus.

“Berani berani kau hina nama aku.”

“Eh macam tak kenal aku pulak...”

Kata Aryyan sinis. Dahlia ketawa kecil.

“Kau jangan nak naikkan angin aku Aryyan.. takpelah. Bukan kerana mak kau juga takkan boleh aku nak hancurkan empayar dulu. Mak kau banyak tolong aku. Mak kesayangan kau... Aael.”

Seorang perempuan yang diikat pada batang kayu dan mukanya habis lebam dan tubuhnya terlalu kurus. Aryyan hanya menjeling memandang si pengkhianat yang amat dia benci.

“Kenapa kau seksa dia, sedangkan dia dah tolong kau?!”

Marah Dahlia.

“Sebab... entah! Aku suka seksa orang. Yelah, dia tu puak huruf. Takkan aku nak simpan anak buah aku dari puak huruf. No no...”

Jari telunjuk Black menari-nari di hadapan Dahlia dan Aryyan.

“Boleh kita mulakan sekarang?”

“Bila bila masa sahaja...”

Jawab Dahlia dan Aryyan serentak.

-------------------------------------------------------

Dahlia sudah terapung di awangan bersama Black. Black memiliki kuasa seperti Dahlia. Ia juga mengejutkan Dahlia kerana kuasanya hanya dimiliki olehnya seorang. Namun disebabkan Black banyak melakukan eksperimen. Jadi dia boleh menguasai kuasanya tapi tidak seratus-peratus sama.
Aryyan pula sudah bertukar menjadi naga dan menyembur api ke arah musuh-musuhnya dengan mudah.

“Dahlia, baik kau mengalah daripada kau kehilangan ahli kesayangan kau...”

“Takkan. Kami bersama-sama berjuang untuk mengambil hak kami.”

“Hak? Aku rasa hak kau agak tipis untuk kau dapatkan kembali.”

Black ketawa jahat.

“Oh yeah? Let me see...”

Dahlia mengeluarkan pedang yang diperbuat daripada ekor ikan pari beracun dari kuasa imiginasinya.

“Wah... pakai pedang.”

Sindir Black.

Dahlia menyerang Black bertubi-tubi tetapi dengan mudahnya Black mengelak dan asyik ketawa apabila Dahlia tidak dapat menyerangnya dengan pedang tajam itu.

Dahlia ternampak ahli-ahlinya sedang bertarung nyawa bersama musuh-musuh yang lebih dari tiga ribu orang. Memang giler....

Black mengambil kesempatan dengan mengeluarkan batu meteor dari tapak tangannya dan bertubi-tubi menembak ke arah Dahlia. Dahlia mengelak, mengelak dan terus mengelak sehingga dia terkena salah satu batu meteor itu lalu dia terjatuh ke darat. Black ketawa lalu dia pergi dari situ.

“Dahlia, awak okey?”

Scott menolong Dahlia berdiri.

“Saya okey, terima kasih. Scott saya minta satu pekara. Saya kena kejar Black sebelum dia merampas kesemuanya. Awak akan jadi ketua buat masa ni.”

“Ha...ha?? saya ketua?”

“tolong Scott saya tiada masa.”

“Ba..baiklah..”

Dahlia menjerit memanggil Aryyan dan terus mereka berdua mengejar Black yang sudah hilang dari tapak peperangan ini.

“Kau tahu Black dia buat potion yang boleh mematikan kita semua! Hanya dia sahaja yang hidup!”

Kata-kata Aryyan membuatkan Dahlia terkejut.

“Bagaimana kau tahu?”

“Mummy...”

“Mummy??”

“Ya... aku pergi jumpa dia. Aku lepaskan dia dan menyuruh dia pergi dari sini. Dia ada cakap Black berdendam dengan President Seven. Dia ada reka satu potion yang boleh membuatkan kita lemah dan planet ini hancur. Manakala dia pula akan ke planet bumi dan takluk planet tersebut!”

Panjang lebar Aryyan menerangkan. Dahlia mendengus kuat.

“Dia takkan dapat lari jauh!”

Sinis Dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience