027 - Back To Daily Life

Fantasy Completed 8431

027 - Back To Daily Life

“Good afternoon, class!”

Ucap Scott kepada anak-anak muridnya.

“Good afternoon, Mr Scott. We miss you so much!”

Scott tersenyum kepada anak-anak muridnya. Yelah, dia minta cuti emergency dengan jangka masa yang agak lama. Kasihan anak-anak muridnya terpaksa diganti dengan guru lain buat sementara.

“Kita akan belajar repair komputer!”

“Jyeahhh!”

Lonjak kegembiraan anak-anak muridnya.

------------------------------------------------

“Troy gosokkan baju ni. Customer nak...”

Suruh Nichol.

“Letak aje atas tempat gosok tu...”

Dengan kegunaan kuasanya, sterika baju itu bergerak sendiri dan menggosok baju tersebut. Nichol tersenyum.

“Kyler sayang! Hantar barang!”

“Ya ya!”

Berdesup Kyler berlari mendapat dua buah kotak dan terus pergi membuat penghantaran rumah ke rumah. Tak sampai 0.10 saat dia kembali ke kedai.

Kini Aryyan dan Dahlia membuka Butik Kafe dengan pertolongan Kyler, Scott, Nichol, Troy, Lincoln dan Heather. Dahlia meminta izin papanya untuk tinggal di bumi seperti biasa bersama mereka. President Seven setuju dengan syarat hari minggu mesti balik semula ke planetnya.

Malam itu setelah menutup kedai. Mereka melepak di dalam kedai. Semua kepenatan. Dah malam barulah Scott munculkan diri di kedai mereka. Semua membuat muka cemberut.

“Sorry... tadi aku tertidur...”

“Errr...”
Dengus Aryyan.

“Janganlah marah. Sorry... esok aku janji aku tolong.”

“Janji!”

Sindir Dahlia.

“Ahad ni kita balik semula ke planet tolong papa.”

Kata Dahlia.

“Yes...”

Kyler membelai-belai rambut Dahlia lembut. Mereka sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi.

“Lia, jom sambut birthday yang ke-18 tahun dekat sana. Mintalah papa kau...”

“Okey aku try..”

Semua tergelak.

“Macam budak kecik..”

Ejek Lincoln.

“Memanglah kiteorang budak kecil lagi.”

Kata Aryyan lalu mencebik.

Mereka bergurau-senda bersama. Janji mereka adalah untuk menjaga keamanan planet Geomet bersama dengan planet Bumi. Manusia bumi mula menerima mereka dengan hati terbuka apabila papa Dahlia iaitu President Seven turun ke bumi dan minta kerjasama dengan president bumi untuk bergabung. Semua setuju. Mereka semua digelar super heroheroins. Mereka takkan sia-siakan kepercayaan manusia bumi. Mereka akan bantu sekiranya benda buruk berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience