023 - Surrounded

Fantasy Completed 8430

023 - Surrounded

Dahlia dan Aryyan mencari-cari kelibat Black. Namun masih tidak menjumpai. Mereka sudah jauh daripada tapak peperangan. Dahlia memejamkan matanya lalu mengimbas dimana keberadaan Black. Black sedang menghidupkan enjin kapal angkasanya kemudian dia pergi satu tempat dimana potion buatannya terletak disitu. Bentuk potion tersebut sangat besar. Sebesar roket. Ia mampu membunuh semua dan boleh menghancurkan planet ini.

“Aryyan aku nak kau nyorok dulu, kalau aku panggil kau. Baru kau jelma.”

“Baik.”

Dahlia terus mendekati Black yang tekun menghidupkan kapal angkasa lalu menyerangnya dari belakang. Black terpelanting apabila Dahlia melibasnya dengan pedang tersebut. Black mengaduh kesakitan. Lantas dia bangun dan mengeluarkan kuasanya, spray asid ke arah Dahlia. Dahlia sempat memasang shield dan pelindung pada badannya. Asid tersebut tersembur pada bulatan pelindung tersebut. Pelindung Dahlia tidak bertahan lama kerana asid tersebut semakin lama semakin kuat tekanannya.

Dahlia menghilangkan pelindungnya dan dia terus menepis semburan asid itu dengan cekap. Dia menggunakan tangan kebal yang dikuasai oleh kuasanya lalu menepis dengan kuat dan asid tersebut terkena pada wajah Black. Black menjerit!

“Kau! Kau!!!”

Jerit Black.

“Sakit ke? Maaflah...”

Gumam Dahlia.

Black memanggil semua konco-konconya yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana. Aku menjerit nama Aryyan. Aryyan keluar dengan dua ekor naga bersamanya. Bapa naga. Naga tersebut tersangatlah bengis seperti tuannya juga. Aryyan ketika itu tampak lain. Mukanya sangat sangat marah membara-bara.

Tujuh orang konco Black ini berbadan besar dan memiliki kuasa elektrik keempat-empatnya. Tiba-tiba ahli-ahli Dahlia datang dan berdiri di belakang Dahlia dan Aryyan.

“Semua konco Black yang kat tapak peperangan dah mati. Eva keluarkan asap radioactive.”

Kata Camellia.

Dahlia mengangguk.

Black masih lagi memanggil konconya yang lain. Dan semuanya ada 20 orang berbadan besar dan badan mereka memancar-mancar kuasa elektrik. Memang menakutkan.

“Selamat Berjuang!”

Black menaiki kapal angkasanya yang sudah dihidupkan. Dahlia baru sahaja mahu mengejar Black yang sudah bergerak laju dengan kapal angkasanya namun dia dan ahli-ahlinya dikepung dengan 20 orang konco. Konco-konco itu terus-menerus menyerang Dahlia dan kawan-kawannya. Dahlia semakin kalut. Kuat benar arus elektrik konco-konco Black ini. Dahlia semakin lama tidak boleh lagi tahan.

Troy tidak mungkin dapat berlawan seorang diri walaupun dia berkuasa elektrik. Scott pula bersusah payah cuba menyebarkan virus pada otak mereka namun gagal. Mereka lagi gagah perkasa.
Aryyan pula semakin lama semakin mengundur kerana tekanan arus elektrik itu semakin kuat.

Dahlia semakin membuntu. Patutkan dia guna cara darurat? Hanya cara itu sahaja dia dapat membunuh Black dan kesemua konco-konconya ini. Dia seorang sahaja tahu kegunaan cara darurat tersebut.

“Troy gabung kuasa dengan saya!”

Jerit Dahlia. Troy yang sedang menahan tekanan arus elektrik yang ditembak oleh konco Black membesarkan matanya. Mereka perlu bergabung supaya arus elektrik Troy lebih kuat dari mereka.

Dahlia mendekati Troy lalu menarik Troy masuk ke dalam bulatan pelindungnya. Dahlia mengerutkan dahinya kerana menahan badannya supaya menguatkan pelindung tersebut lalu perlahan-lahan Dahlia memegang erat tangan Troy lalu dia mengapungkan diri ke awangan.

“Troy... maafkan saya sebab gunakan awak sebab hanya awak sahaja yang ada kuasa elektrik.”

“Takperlu awak minta maaf. Saya dah lama bersedia untuk tempuh semua ni. Mari kita mulakan.”

“Baik. Awak tembak arus elektrik itu ke arah mereka kemudian saya akan suruh Floy sembur air pada mereka dan ia mungkin akan menyakiti awak.”

“Tak apa.”
Dahlia mula menggagahkan dirinya dengan membesarkan lagi bulatan dan menguatkan bulatan tersebut supaya dia dan Troy tidak dicederakan. Dahlia memegang kedua-dua bahu Troy dan memejamkan matanya. Dia memberi sumber kekuatan kepada Troy menggunakan imiginasinya.

“Floy kau tengok Dahlia dan Troy tengah tembak dorang. Time tu jugak kau tembak dorang dengan air! Faham?!”

Floy mengangguk.

Mereka semua berlawan-lawan. Dahlia mengerang dengan kuat lalu dia menjerit dan Troy pula mengeluarkan kuasa elektriknya daripada telapak tangannya dan ditembak ke arah konco-konco tersebut. Ketika itu juga Floy mengeluarkan air dari tangannya dan dihalakan ke arah konco tersebut. Mereka lama kelamaan menjadi lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience