010 - Words - Bom

Fantasy Completed 8472

010 - Words - Bom

Selesai makan tengahhari, Aryyan, Prime dan Giselle keluar mencari ahli yang seterusnya. Maka yang lain duduk di dalam markas. Setelah kejadian semalam membuatkan mereka benar-benar terkejut. Kena serang secara mengejut. Mereka mesti cepat untuk mencari ahli yang lain sebelum dijumpai oleh puak warna dan bentuk.

“Betul ke kat sini?”

Tanya Prime. Aryyan mengangguk.

Semalam Dahlia terjumpa satu maklumat di internet mengatakan ada sebuah kuarters polis tinggal dua orang polis yang kelakuannya agak aneh. Sejak dua menjak ini banyak berlaku kejadian pelik. Namun tiada bukti yang sah mengatakan dua orang polis itu adalah puncanya.

“Hello. Anybody home?”

Giselle mengetuk pintu yang bernombor 073.

“Ya? Nak cari siapa?”
Aryyan tersenyum.

“Nak cari korang dua.”

“Silalah masuk.”

Lembut sahaja gadis itu mengajak mereka bertiga masuk ke dalam rumah tersebut.

“Apa boleh saya bantu?”

Tiba-tiba seorang lagi gadis melabuhkan punggungnya disebelah rakannya itu.

Aryyan memetik jarinya dan seekor naga kecilnya keluar. Secara automatik, dua gadis itu mengacukan pistol ke arah mereka bertiga. Giselle sudah menelan air melihat pistol itu manakala Prime berlagak tenang seperti Aryyan.

“Asal kau bagi dorang masuk?”

“Aku ingat dorang just nak bincang something.”

“Hei..hei relax girls. Tak payahlah main-main pistol kat depan aku. Mainlah kuasa depan aku.”

Aryyan tersenyum sinis.

Dua orang gadis itu menyimpan semula pistol mereka dan bersedia untuk keluarkan kuasanya.

“Kau gertak aku ke?’

Tanya gadis itu sinis.

“Aku tak cakap yang aku gertak pun. Just nak test je korang ni terus bunuh orang aje ke?”

“If we need too.”

“By the way, aku Aryyan. Aku macam korang jugak ada kuasa-kuasa ni.”

Aryyan ketawa kecil.

“Ni kawan aku Prime dan ni Giselle.”

“Apa maksud kau?”

“Yeah. Aku ada kuasa macam korang jugak.”

“Macam mana kau tahu kami dekat sini?”
“Dekat internet dah kecoh pasal kejadian pelik dekat sekitar sini. Tak nak kenalkan diri?”

“Eva.”

“Camellia...”

“Giselle check on them.”

Suruh Aryyan. Giselle mendekati lalu memeriksa tengkuk mereka.

“C17 dan E16.”

Aryyan tersenyum puas.

---------------------------------------------------------------

Dahlia yang sedang berdiri ternampak pintu markas terbuka dan tiba-tiba Aryyan sengaja mengacah-acah mereka dengan pistol. Pistol itu diacukan ke arah mereka.

“Angkat tangan! Anda semua ditangkap kerana membuat kesalahan besar di restoran semalam.”

Dahlia mengerutkan dahinya. Yang lain semua dah kecut melihat pistol yang diacukan.
“Kau ni Ary. Mana kau curi pistol tu?”

Kata Dahlia lalu merampas pistol itu lalu dibeleknya. Aryyan ketawa besar.

“Lawak doe muka korang semua. Kecut! Kata ada kuasa takyahlah kecut dengan benda macam ni. Boleh je elak kalau aku tembak betul pun.”

Aryyan memegang perutnya sambil ketawa berdekah-dekah.

“Bukan main kau happy hari ini Aryyan.”

Dahlia menembak cahaya kuasanya ke arah perut Aryyan.

“Aduhhh aduhh...”

Aryyan menggosok-gosok perutnya.

“Aik kata senang nak elak tadi?”

Sindir Kyler.

“Ah! Shut up you.”

Aryyan menyambung semula gelaknya.
“Kami jumpa mereka Eva dan Camellia. Mereka ni kerja sebagai polis praktikal.”

Dahlia mendekati Eva dan Camellia lalu dipeluknya mereka.

“Welcome Polices to our home.”

Semua tergelak.

“Tak payahlah panggil polis.”

Eva mencebik.

“Just kidding. So apa kuasa korang?”

“S For Slap.”

Pipi Aryyan ditampar. Terus terdiam. Dahlia tersenyum.

“Kurang ajar kau.”

Dengus Aryyan lalu menghenyakkan punggungnya di atas sofa sebelah Bella.

“Eh dah penat gelak ke sayang?”

Perli Dahlia. Aryyan menjeling.

---------------------------------------------------------------------

Selepas makan malam kami berborak kosong bersama. Sekarang ahli dah ada 11 orang. Ada lagi sembilan orang untuk lengkapkan dan bersedia untuk berperang besar. Kena cari lagi sembilan orang dengan masa terdekat ini. Dahlia dan Aryyan perlu melatih mereka untuk mengawal kuasa.

“Seriously kau umur 26 tahun?”

Tanya Aryyan sambil tergelak-gelak.

“Kenapa tua sangat ke?”

Scott memuncungkan mulutnya.

“Dahlia.. we always young, right?”

Dahlia hanya tersenyum menampakkan giginya yang tersusun cantik.

“Haa memandangkan korang tanya kiteorang semua ni umur berapa, korang umur berapa? Mesti lagi tua dari kiteorang.”

Kata-kata Ryan membuatkan bertambah kuat Aryyan gelak. Dahlia pun join ketawa.

“Kiteorang berdua ni muda lagi.”

“17 years old.”

Semua terbuntang mata mereka.

“17 tahun?!”

Jerit Giselle.

“Kenapa?”

“Eh kejap-kejap. Hari itu yang masuk kampus kiteorang tu macam mana?”

Tanya Bella pelik. Dia hanya tua dua tahun dengan Dahlia dan Aryyan.

“Menyamar jadi pelajar sana.”

Jawab Aryyan.

“How?”
Tanya Prime pula.

“Use our brain power laaa...”

Kata Aryyan lagi sambil tergelak.

“Ohh mati-mati kiteorang ingat umur lebih kurang sebaya kiteorang aje.”

Kata Kyler.

Dahlia dan Aryyan tersenyum sambil membuat tangan peace kepada mereka.

“And the true is Dahlia is the daughter of our leader. President Seven.”

Semua tercengang.

“Dahlia anak President Seven?”

Dahlia mengangguk.

“And she is the daugther of my father’s assistant.”

Aryyan tersenyum.
Akhirnya semua semakin faham dengan identiti mereka apabila Dahlia dan Aryyan menceritakan apa yang mereka alami kali terakhir sebelum mendarat ke bumi. Hanya memori mereka sahaja yang masih kuat sehingga sekarang. Ahli yang lain memori hilang setelah mendarat di bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience