016 - Russian

Fantasy Completed 8437

016 - Russian

Hari ini hujan terlalu lebat. Dahlia dan Giselle keluar tanpa membawa payung dan hanya memakai baju hujan berhood. Giselle memegang lengan Dahlia kerana hujan terlalu lebat sehingga tidak nampak jalan. Angin juga kencang.

“Dahlia... lebatlah hujan. Saya dah kesejukkan dah ni.”

“Em... nak berhenti dekat mana? Sunyi sahaja tempat ni.”

“Saya takut juga.”

Dahlia tersenyum.

“Tak usah takut. Gunakan kuasa sekiranya perlu.”

Giselle mengangguk perlahan. Mereka meneruskan perjalanan walaupun hujan lebat mereka redah sahaja sehingga di hadapan kedai runcit kecil.

“Ahhhh!”

Giselle memeluk Dahlia erat apabila ada kilat hampir memanah di belakangnya.

“Giselle awak okey? Kilat tu seperti bukan kilat semulajadi.”

Giselle masih memeluk Dahlia erat.

“Mak..sud awak?”

“Macam seseorang yang lakukannya.”

“Kuasa kilat?”

“Ya. Rasanya.”

Dahlia dan Giselle melangkah ke hadapan sedikit untuk mencari kelibat seseorang. Ternampak di sebuah lorong berhadapan dengan tasik, seorang lelaki sedang melutut sambil kedua-dua belah tangannya ditekup pada telinganya.

“Kenapa lelaki tu...”

Giselle menunding jarinya ke arah lelaki itu. Dahlia mengecilkan matanya untuk melihat dengan jelas lelaki tersebut.

“Tangan...tangan dia...”
Giselle berbisik pada telinga Dahlia. Dahlia memandang tangan lelaki itu ada kilat yang memancar-mancar.

“He is the one of us.”

Giselle mengangguk.

Dahlia dan Giselle perlahan-lahan melangkah mendekati lelaki itu.

“Why me! Why me!”

Dahlia terdengar percakapan lelaki itu seperti orang Rusia.

“Mr...”

Perlahan Dahlia menyentuh bahu lelaki itu sebelum itu dia sudahpun memasang pelindung pada dirinya supaya tidak dicederakan oleh lelaki itu.

“Who are you ?!”

Lelaki itu terus berdiri apabila Dahlia menyentuhnya. Giselle berdiri di belakang Dahlia hanya menunggu masa untuk menggunakan kuasanya.

“I can help you.”
Lelaki itu tergelak besar.

“Help me? Help me for what?”

“I know you have a power, right?”

Muka lelaki itu mula cuak.

“What are you talking about?”

“We already see it.”

Lelaki itu mengundur ke belakang lalu memanah beberapa kali ke arah Dahlia dan Giselle tetapi gagal. Mereka berdua dapat mengelak dengan mudah terutama Dahlia. Dia begitu cekap dengan menyambut petir yang dibalingnya itu. Dahlia tersenyum sinis.

Lelaki itu terus-menerus memanah mereka. Giselle bertukar menjadi kelawar. Dahlia menangkap petir itu satu demi satu dan hilangkan dari pandangannya. Giselle pergi ke belakang lelaki itu dan berubah kepada tubuh manusia pula. Lelaki itu memandang ke arah Giselle. Ini peluang Dahlia untuk menewaskan lelaki itu dengan mengeluarkan tali dari telapak tangannya.

“Let me go!”

“If you want me to let you go, you have to stop attack us.”

Kata Dahlia selamba. Lelaki itu menundukkan wajahnya.

“Okay. Okay.”

“Are you sure?”

Giselle yang berdiri di belakangnya bertanya.

“Yes. I am sorry.”

Dahlia menarik semula talinya masuk ke dalam telapak tangannya.

“So.. you can’t speak malay?”

“Just a little bit. I am from Russia.

Lelaki itu telah tercampak jauh sehingga ke Rusia. Dahlia mengangguk.

“I am Dahlia and she is Giselle.”

“I am Quadarius. Just call me Arius.”

“Jadi awak nampak apa yang kami berdua buat kat awak?”
“Saya nampak.”

Dahlia tersenyum.

“Awak seperti saya?”

“Yes.”

“Kenapa awak datang ke sini?”

“Saya kena halau.”

Dahlia tersenyum.

“Come with us.”

Arius tak membantah malah mengekori langkah Dahlia dan Giselle.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience