003 - N13

Fantasy Completed 8430

003 - N13

Malam itu, Dahlia dan Aryyan sudah bersedia untuk keluar dari rumah ini. Keperluan mereka semua sudah disumbat di dalam beg galas. Barang yang paling penting adalah surat dari papa Dahlia dan kotak rantai tersebut. Mereka juga meninggalkan nota maaf untuk Puan Amanda dan Encik Ricky. Sudah sampai masanya untuk mereka keluar dari sini. Mereka ada banyak misi yang perlu diselesaikan. Mereka dihantar ke bumi ini bukan kerana untuk bersuka-ria tetapi mereka perlu mengumpul ahli-ahli yang lain untuk menentang musuh mereka pada hari akan datang.

Mereka berlari jauh daripada rumah tersebut lalu singgah ke satu restoran makan untuk mengalas perut mereka. Tubuh mereka sudah basah dek berpeluh. Restoran tersebut agak tersorok sedikit daripada kedai-kedai makan yang lain.

Dahlia hanya memesan jus tembikai manakala Aryyan memesan jus oren. Mereka tidak ada mood untuk makan. Sekadar mahu menghilangkan haus. Aryyan dan Dahlia masing-masing sibuk melayan gadjet mereka iaitu telefon bimbit. Mereka tengah mencari maklumat yang pelik untuk dijadikan petunjuk namun tiada.

Selesai membuat pembayaran, Dahlia dan Aryyan berjalan perlahan di kaki lima. Kaki lima tersebut hanya diterangi dengan sebatang lampu jalan raya yang agak malap. Ia menyebabkan jalan tersebut agak gelap.

“Lia, kita kena buat markas. Uncle Seven tak ada cakap apa-apa pasal markas?”

“Aku belum baca lagi surat yang lain. Mungkin ada.”

Kata Dahlia. Tiba-tiba kedengaran seorang gadis molek menjerit meminta tolong apabila kakinya dibekukan dan diragut oleh seorang pemuda yang memakai jaket hood hitam.

“Tu ke? Macam mana dia boleh bekukan budak perempuan tu.”

“Bertindak!”

Aryyan mengeluarkan naga dari dalam tubuhnya lalu naga tersebut mengejar peragut tersebut manakala Dahlia menolong gadis tersebut dengan kuasanya mencairkan ais tersebut. Gadis itu kelihatan lemah setelah ais pada kakinya dicairkan. Dahlia membawa gadis itu ke restoran tadi minta pertolongan seseorang untuk membawa gadis tersebut ke klinik. Kemudian Dahlia memejamkan matanya lalu berimiginasikan yang dia mahu berada di mana Aryyan berada.
“Lepaskan aku!”

Dahlia mencelikkan matanya sebaik sahaja dia mendengar suara seseorang.

“Aku dah dapat, Lia si peragut tak guna ni.”

Dahlia mendekati lelaki tersebut lalu memeriksa pada tengkuknya.

“Ya. Dia member kita. N13.”

“Nak aku lepaskan dia ke? Kalau aku lepas ni memang dia bekukan kita kat sini.”

“Awak bertenang. Kami orang baik nak tolong awak.”

“Apa! Apa yang korang boleh buat pada aku?!”

“Kau jangan biadap!”

Tengking Aryyan.

“Awak tengok ni.”

Dahlia mengeluarkan cahaya dari tapak tangannya lalu diajukan pada wajah lelaki tersebut. Terdiam terus lelaki tadi itu.
“Saya berkuasa imiginasi. Apa saya mahu di dalam kotak minda saya ia akan jelma. Ni kawan saya, dia berkuasa naga. Dan yang tengah melilit awak ni adalah seekor naga baik.”

Aryyan tersengih ke arah lelaki itu.

“Awak..berdua?”

“Ya. Kami seperti awak juga. Jadi saya nak awak bertenang. Boleh?”

Lelaki itu mengangguk perlahan lalu Aryyan melepaskan lilitannya dan naga tersebut kembali masuk ke dalam tubuhnya. Sekali lagi lelaki itu terkejut melihatnya.

“Nama awak siapa?”

“Nicholson. Panggil Nichol sahaja.”

“Saya Dahlia dan ini Aryyan.”

“Aryyan seperti nama lelaki.”

Aryyan menjeling.

“Kenapa? Ada masalah ke?”

Nichol mengangkat kedua-dua belah tangannya. Dia tidak mahu mencari nahas dengan gadis naga ini lagi. Cukuplah dia dililit tadi dengan kuat sehingga senak perut dibuatnya.

“Awak boleh keluarkan ais?”

“Iya. Saya dapat tahu ketika saya menyentuh barang dan ia serta merta menjadi beku. Ia mengejutkan saya.”

“Maknanya awak masih belum dapat mengawalnya lagi. Kenapa awak meragut? Tak kasihan kat gadis tadi tu?”

Nichol menunduk wajahnya.

“Semua orang tak mempercayai saya akibat diri saya yang semakin pelik ini. Saya terpaksa buat macam tu untuk mengalas perut saya. Dari pagi tadi saya masih tidak makan.”

Dahlia memejamkan matanya dan tiba-tiba ada sekotak pizza berada di tangannya.

“Wah wah Lia. Boleh pulak kau keluarkan makanan, ya?”

Dahlia tersenyum.

“Nah, makanlah. Kata lapar tadikan.”
Tanpa menyoal, Nichol terus membuka kotak pizza itu lalu makan sepuas-puasnya.

“Takkan kita nak duduk kat lorong ni pula? Dah lah gelap.”

Rungut Aryyan. Dahlia menggelengkan kepalanya lalu dia mengeluar cahaya dari badannya.

“Haa, kau jadi lampu ya Dahlia. Bagus.”

“Aku jadi lampu ni pun sebab aku nak baca suratlah!”

Aryyan ketawa. Nichol sendawa dengan kuatnya menyebabkan secara automatik Aryyan mengetuk kepalanya.

“Kau ni jadilah jantan beradab sikit. Orang bagi makan, sendawa yang kau bagi.”

“Maaf. Maaf.”

Kata Nichol serba salah. Dahlia ketawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience