020 - Silent Attack

Fantasy Completed 8430

020 - Silent Attack

Sudah seminggu berlalu, masih tiada apa-apa serangan dari musuh mereka. Apa yang berubah adalah markas mereka. Air laut mula surut dan lava gunung mula terpadam. Apakah maksud ini semua? Adakah mereka akan diserang tak lama lagi? Semakin lama air laut semakin cetek seperti air sungai sahaja.

Mereka semua berkumpul bersama di ruang tamu setelah tamat berbincang di bilik perbincangan. Dahlia duduk disebelah Scott dan Kyler di atas sofa manakala yang lain semuanya duduk di atas karpet. Semua termenung. Televisyen yang terpasang diabaikan. Dahlia tertunggu-tunggu serangan daripada musuhnya.

Wekkk...

Terkejut semua orang apabila Scott termuntah sehingga mengeluarkan skru-skru dari mulutnya. Semua menjauhkan diri kecuali Dahlia. Scott muntah dengan banyak sekali.

“To...long...”

Rayu Scott.

Dahlia memegang dada Scott lalu mengeluarkan kuasa imiginasinya iaitu mengurang kesakitan pada Scott. Scott terus berhenti dari muntah.

“Kita kena serang... secara senyap.”

Gumam Aryyan. Semua terkejut memandang Aryyan.

Dahlia memapah Scott masuk ke dalam biliknya.

“Scott awak berehat. Awak sangat lemah.”

Scott mengangguk perlahan.

****************************************************

Giliran Maverick pula yang kena tetapi kali ini bukan muntah tetapi dia mencekik dirinya sendiri sehingga bertukar-tukar wajah. Dahlia cuba menolong tetapi beberapa kali ditepis kuat. Terpaksa menggunakan dengan cara kasar. Aryyan mengeluarkan naganya lalu naga tersebut melilit tangan Maverick dengan kuat manakala Dahlia bertindak dengan merenung mata Maverick sehingga dia dapat mengawal tindakan Maverick. Maverick terkulai lemah disisi Dahlia.

“Sa...kit...”
Ungkap Maverick.

“Tak boleh jadi ni, mereka semakin menjadi-jadi. Serang kita secara senyap! Memang tak adil!”

Bentak Aryyan. Scott dan Maverick terduduk di atas sofa kesakitan. Mereka sangat kepenatan.

“Mereka akan serang kita tak lama lagi. Kau lihat Ary. Air laut di markas kita semakin surut dan lava gunung berapi sana sudah terpadam dengan sendiri...”

“Ya aku tahu. Tapi kenapa nak serang kita secara senyap. Pengecut!”

Tempik Aryyan. Dia benar-benar sudah tidak tahan lagi dengan serangan halus ini. Sepatutnya biarlah sama adil.

Tiba-tiba markas mereka bergegar... seperti gempa bumi. Goncangannya makin lama makin kuat. Mereka sudah tidak dapat mengimbangi diri, masing-masing terjatuh. Dahlia terdengar satu bunyi enjin kapal angkasa mendarat di atas lautan. Mereka menembak Dahlia dan ahli-ahlinya dengan satu suntikan yang membuatkan mereka lemah dan Dahlia terus rebah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience