013 - Troy

Fantasy Completed 8430

013 - Troy

Dahlia hari ini lewat untuk keluar dan mencari ahli yang seterusnya. Dia hanya tidur selama empat jam sahaja kerana dia mengalami mimpi buruk mengenai papa dan mamanya. Kejadian dulu masih menghantui mindanya. Masih terbayang lagi papa dan mamanya dibunuh oleh mummy Aryyan. Dia takkan lupakan kejadian ngeri itu.

Dahlia dan Scott hari ini pergi mencari ahli yang lain. Sudah beberapa jam perjalanan mereka tapi masih belum ketemui lagi. Dahlia diam memandang ke luar tingkap manakala Scott kadang-kala mencuri-curi pandang Dahlia. Scott terpesona melihat aura kecantikkan Dahlia.

“Scott... boleh berhenti di mini market tak?”

Scott mengangguk sambil tersenyum. Dahlia membalas senyumannya.

Scott memarkir keretanya di tepi bangunan mini market tersebut lalu mereka keluar dari badan kereta. Scott menolak troli masuk ke dalam mini market bersama Dahlia. Dahlia mencapai lima bungkus nugget, tiga bungkus french fries, dua tin biskut, tujuh air kotak besar dutch lady chocolate dan barang-barang yang lain. Tiba-tiba sedang mereka pilih, lampu mini market semuanya terpadam. Dahlia terkejut begitu juga dengan Scott.

“Dahlia..”

Tangan Scott meraba-raba sekeliling mahu mencari kelibat Dahlia tiba-tiba Scott terkejut melihat tubuh Dahlia berlampu.

“Terkejut saya.”

Scott mengurut-urut dadanya. Dahlia tersenyum kecil.

“Kenapa tiba-tiba blackout ni?”

Scott menjongketkan bahunya. Dahlia memegang tangan Scott membuatkan Scott malu. Mereka berjalan untuk mencari pintu keluar. Tiba-tiba Dahlia ternampak seorang lelaki dengan badannya penuh dengan arus elektrik membelakanginya. Scott terkejut tetapi sempat mulutnya ditekup oleh tangan Dahlia.

Dahlia perhati lelaki tersebut tengah mengambil beberapa bungkus maggi dan biskut di rak tersebut lalu masuk ke dalam bajunya. Dia sedang mencuri.

“Awak disana...”
Lelaki itu terkejut lalu barang-barang yang diambilnya jatuh ke lantai. Dahlia cuba mendekati lelaki itu perlahan-lahan. Scott mengekori gerak-geri Dahlia.

“Jangan dekat dengan aku. Kalau tak kau kejang kena elektrik pada badan aku ni. Kau nak mati sangat ke?”

Gumam lelaki itu. Suaranya tersekat-sekat menahan marah.

“Awak..”

Dahlia menyentuh lembut bahu lelaki itu dan tiada apa-apa berlaku pada diri Dahlia kerana Dahlia sudah memasang pelindung pada dirinya. Lelaki itu agak terkejut kerana Dahlia menyentuh bahunya tanpa terkena elektrik yang ada pada badannya.

“Saya macam awak juga. Jadi awak tak perlu risau.”

“Sebab itu awak boleh sentuh badan saya tanpa kena elektrik di badan saya.”

Dahlia mengangguk.

“Awak tak perasan ke badan saya tengah berlampu ni?”

Dahlia tersenyum sinis. Lelaki itu melihat Dahlia atas bawah atas bawah.

“Apa...apa kuasa awak?”

“Imiginasi.”

“Tu..tu pun kawan awak?”

“Yes. He is technology person.”

Scott mengangkat tangan kanannya.

“Nama awak apa?”

“T..Troy..”

“Troy boleh awak hidupkan semula semua lampu di mini market ni?”

Troy menghidupkan semula lampu mini market.

“Awak kenapa mencuri?”

Tanya Dahlia lembut sambil menepuk-nepuk bahu Troy.

“Semua orang kat sini tak sukakan saya. Dorang terus reject saya bila saya mohon pekerjaan. Jadi macam mana saya nak hidup? Dahlah kena buang dengan keluarga angkat.”

Dahlia tersenyum hambar.

Scott menolak semula troli yang sudah terisi barang keperluan mereka tadi. Kemudian tangan Dahlia mencapai beberapa plastik aiskrim milo dan terus menuju ke kaunter pembayaran.

“Awak serius ke saya boleh ikut awak ke... markas?”

“Ya. Markas kita. Khas untuk kita.”

Jawab Dahlia.

------------------------------------------------

Bella, Eva dan Camellia menyambut kepulangan Dahlia dan Scott serta ahli baru mereka.

“Wow! Lia beli barang dapur ke?”

Gelak Aryyan yang sedang menggilap kukunya.

“Haah. Saja. Mr Scott nak belanja.”
Dahlia mengenyit mata ke arah Scott. Scott tersenyum.

“By the way, ni member baru kita nama dia Troy. Dia ni berelektrik.”

Dahlia memandang Troy yang sedang asyik memandang keindahan markas mereka. Scott memetik jarinya di hadapan wajah Troy. Troy terkejut.

“Eh.. maaf. Maaf. Ya. Nama saya Troy.”

Troy menggaru-garu kepalanya sambil tersengih.

--------------------------------------------------

Malam itu mereka berkumpul di bilik perbincangan. Dahlia memberi seutas rantai kepada Troy. Troy dengan gembiranya mengalungkan rantai itu pada lehernya lalu dibelek-beleknya rantai itu.

“Kita kena cari lagi lima orang sahaja ahli. Dahlia harap semua ahli kita cukup untuk menentang musuh kita. Puak bentuk dan warna. Semenjak kita berkumpul ni puak bentuk dan warna dah berani mula menyerang kita secara mengejut. Jadi kita kena bersedia dengan kegunaan kuasa kita.”

Pesan Dahlia.

“Dan.. sesiapa yang mengkhianati aku dan Dahlia. Dia memang takkan lepas dari aku. Aku akan cari sampai ke lubang cacing sekalipun. Aku dan Dahlia benci pengkhianat.”

Serius Aryyan.

Semua mengangguk faham.

“Aryyan semalam aku ada baca satu surat yang kita tertinggal. Surat ekstra. Papa aku tulis pendek sahaja.”

Aryyan menjungkitkan keningnya.

“Papa aku pesan, kuasa puak warna dan bentuk akan semakin kuat kerana dia dah tak ada. Semakin kuat kuasa mereka kerana bilangan kita terlalu sikit. Kita ada 20 orang sahaja. Mereka mungkin beratus mahupun beribu.”

Semua terkejut besar.

“Jadi macam mana nak berlawan?”

“Tiada cara. Lawan sehabis mungkin.”

Semua mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience