025 - Dahlia VS Black

Fantasy Completed 8431

025 - Dahlia VS Black
Dahlia mengundur kebelakang apabila Black hampir melibasnya dengan tali halus berduri. Black dapat melepaskan diri daripada tali elektrik Dahlia. Beberapa kali badan Dahlia terkena libasannya. Dahlia mengaduh kesakitan. Badannya penuh dengan luka-luka begitu juga dengan wajahnya. Dahlia semakin lemah. Kuasa apungannya kini semakin lama semakin kebawah.

“Tolong papa, sayang... puteri kesayangan papa kuat. Lawan dia lawan dia, Dahlia!”

President Seven menyeru Dahlia. Itulah kebolehannya. Dahlia membuka semula kelopak matanya apabila kata-kata papanya bermain dimindanya. Inilah masanya untuk dia menggunakan kuasa darurat. Dahlia sempat tersenyum sinis Black yang masih mahu melibasnya. Sekali lagi Black mahu melibas Dahlia, Dahlia terus merampas tali tersebut walaupun dia terpaksa menahan sakit duri-duri yang mencucuk ke dalam kulitnya. Sekelip mata tali tersebut hancur berdebu di hadapan Black. Black menelan air liurnya laju.

“Selamat tinggal Black...”

Black memandang pelik.
Dahlia menghalakan kedua-dua belah tangannya ke angkasa lalu terpancar kuasanya dan juga semua kuasa ahli-ahlinya. Kuasa terakhir yang muncul adalah kuasa elektrik digabungkan dengan kuasa petir dan terus menembak ke arah Black. Black menjerit kesakitan. Dahlia memejamkan matanya dan menekan lagi tekanan pada tangannya.

“Dahlia! Tolong! Maafkan aku!”

Black merayu dengan suara kesakitannya. Dia juga cuba melawan semula kuasa Dahlia namun gagal. Digagahkan lagi dirinya untuk melawan cahaya yang menembaknya terus-terusan.

Dahlia membuka semula matanya dan menampakkan anak matanya yang berwarna putih bercahaya memandang Black dengan sinis sekali.

“Orang macam kau tak layak sebut perkataan maaf. Kau hancurkan semua. Kau hancurkan empayar President Seven! Kau patut mati!”

“Aku benci kau! Keturunan kau! Seven yang buat aku jadi macam ni! Dia tolak aku untuk menjadi pembantu dia. Dia pilih Alpha! Aku yang layak sepatutnya bukan Alpha!”

“Disebabkan jawatan kau sanggup berperang! Kau memang Black! Tak bersyukur langsung dengan kenikmatan dan pertolongan yang papa aku bagi dekat kau dan puak-puak yang lain! Aku belum bodoh lagi, Black!”

Membuak-buak kuasa Dahlia memancar dan terus-terusan menembak Black. Tiada lagi kesempatan diberi kepada Black. Black memang patut mati...

BOMMM...

Black hilang daripada pandangan Dahlia. Perlahan-lahan kuasa Dahlia meresap semula ke dalam tubuhnya. Tiada lagi pertempuran. Tiada lagi peperangan. Dahlia pasti empayar papanya akan membangun semula. Dahlia tersenyum lalu dia perlahan-lahan rebah.

Aryyan datang bersama naganya. Puas dia mencari Dahlia sampailah dia nampak Dahlia dah pun tidak sedarkan diri. Aryyan menyuruh naganya menyelamatkan Dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience