005 - Hulk - Sound

Fantasy Completed 8430

005 - Hulk - Sound
Aryyan berjaya menyiapkan dua keping kad pelajar dengan hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. Kad Dahlia diletak nama samarannya Alia manakala nama samarannya adalah Yana. Mereka membuat begini kerana mereka hanya menyamar buat sementara. Beberapa minggu sahaja untuk mencari member mereka. Nichol diarahkan menjaga markas mereka.

Pagi itu, Aryyan dan Dahlia bersiap untuk ke kampus. Kelas akan bermula pada jam 9 pagi. Aryyan menyamar sebagai Yana dengan berpakaian cara hipster manakala Dahlia menyamar sebagai Alia dengan cara pemakaiannya nerdy – pakai cermin mata besar.

“Lawak doe kau Lia pakai cermin mata besar. Sebiji macam nerdy.”

Kutuk Aryyan.

“Diamlah kau. Kau tu lawa sangatlah pakai macam hipster tu.”

Aryyan ketawa besar.

Mereka berjalan kaki ke kampus tersebut. Ia mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke sana. Mereka keluar seawal jam 8:15 pagi.

“Mana kelas kita?”

“Awak berdua pelajar barukah?”

Tanya kerani disitu.

“Ya. Saya semalam yang call awak. Awak Erina kan?”

“Ya saya Erina. Kelas awak berada di tingkat dua. Belah kanan.”

Sebenarnya Dahlia menggunakan kuasanya dengan membuatkan semua staf dan professor disini mengenal mereka. Terpaksa Dahlia membuat begitu. Taklah susah kerjanya untuk mencari dua orang ahlinya. Lagipun mereka menyamar disini selama seminggu sahaja.

“Baik terima kasih.”

Dahlia – Alia dan Aryyan – Yana naik ke tingkat dua dengan menggunakan kemudahan lif yang disediakan oleh pihak kampus disini. Mereka terus masuk ke dalam kelas yang dikatakan oleh Erina sebentar tadi. Masuk-masuk sahaja semua pelajar memandang mereka. Ada yang merenung bagaikan mahu menelan mereka. Ada yang tersenyum sinis dan ada yang tersenyum comel. Macam-macam ragam manusia bumi ni.

“Baiklah hari ini saya diberitahu oleh kerani, ada dua orang pelajar yang baru masuk ke kelas ini. Sila perkenalkan diri anda.”

“Hai! Nama saya Alia.”

“Hai... Yana.”

“Baiklah Alia dan Yana awak boleh duduk di tempat kosong yang belakang itu.”

Alia duduk di sebelah seorang lelaki yang badannya agak besar sedang tekun membaca buku manakala Yana duduk disebelah seorang perempuan kecil molek yang kelihatan sangat peramah melayan Yana.

“Baiklah. Beri tunjuk ajar pada mereka. Esok saya akan ajar teknik seterusnya. Sekian.”

Setelah professor tersebut keluar dari kelas. Semua pelajar mula berbisik sesama sendiri tentang Alia dan Yana. Tiada seorang pun yang mahu mengenali mereka dengan lebih rapat kecuali seorang gadis yang peramah melayan Yana yang duduk seperti patung disebelahnya.
“Yana.. awak nak tak keluar rehat dengan saya nanti. Ajaklah Alia sekali.”

“Baiklah Bella. Saya ikut.”

Kata Yana sambil berpeluk tubuh.

Sementara lelaki yang disebelah Alia ralit membaca komik di bawah mejanya. Banyak kali Alia mahu menegur tetapi terasa kecut pula apabila lihat dari segi fizikalnya. Badan dia tersangatlah sado. Agak-agak ada ten packs kot. Tingginya pula mungkin dalam lingkungan 180 ke atas. Alia hanya rendah pada paras atas pinggangnya sahaja. Nampak sangat pendek.

“Ehem ehem...”

Alia berdehem.

“Awak...”

Alia akhirnya cuba menegur jejaka disebelahnya yang membuat muka ketat.

“Hmm?”

“Saya tak biasa dekat sini. Kafe pun tak tahu kat mana. Nanti boleh tunjuk.”

“Tengoklah kalau rajin.”

‘Eh eh mamat ni. geramnya lahai...”

Alia bermonolog di dalam hatinya.

----------------------------------------------------------------------

Sudah hari keempat, Aryyan dan Dahlia menyamar sebagai pelajar disitu. Namun mereka masih tercari-cari kelibat dua orang ahlinya. Malam itu sesudah makan malam di sebuah kafe, Dahlia dan Aryyan berjalan kaki hendak pulang ke hostel mereka. Kemudian mereka terdengar ada seseorang menjerit meminta tolong.

“Siapa yang minta tolong tu?”

Dahlia mencari-cari empunya suara yang menjerit itu. Tiba-tiba mata Dahlia tertancap pada tubuh seseorang yang dikenali. Seperti tubuh Prime. Kawan yang duduk disebelahnya. Dahlia dan Aryyan berdiri di belakang tubuh perkasa Prime yang sedang menjerkah seorang lelaki yang sedang ketakutan.

“Prime... kenapa awak kacau lelaki tu?”
Prime memaling ke belakang. Hood yang berada dikepalanya tertutup sedikit sehingga ke bawah dahinya menyebabkan wajah sebenarnya tidak nampak.

“Bukan hal kau, Alia. Aku dan lelaki ini ada masalah.”

“Ah masalah tak masalah. Apa sebab kau kacau lelaki tu?”

Marah Aryyan.

“Dia fitnah aku di kelas petang tadi! Korang nak cakap apa?”

Kata Prime sinis.

Dahlia dan Aryyan terdiam. Mereka tidak hadir ke kelas petang tadi kerana malas mahu belajar. Belajar adalah bukan pekara yang digemari oleh mereka. Tiba-tiba Prime mengangkat Dahlia dan Aryyan lalu mencampak mereka jauh sehingga badan mereka terhentak pada badan kereta sehingga kemik.

“Aduhh... patah tulang belakang aku. Kurang ajar punya jantan!”

Aryyan berdiri semula lalu dia mengeluarkan naga dari dalam badannya dan melilit Prime dengan sekuat-kuatnya. Dahlia perlahan-lahan bangun menstabilkan posisinya. Dia terkejut melihat Aryyan yang sudah berapi matanya kerana marahkan Prime yang mencampak mereka sehingga sakit terasa.

“Ary rileks. Jangan bunuh dia.”

Aryyan masih lagi melilit Prime walaupun tidak terlalu kuat seperti tadi. Kemudian Dahlia mendekati Prime yang sedang meronta-ronta mahu melepaskan dirinya. Dahlia menghalakan tangan kanannya ke arah pelajar lelaki tadi lalu lelaki tersebut hilang dari pandangannya. Dahlia sudah menghantar lelaki tersebut ke dalam dormnya. Prime matanya terbeliak melihat tindakan Dahlia tadi.

“Prime. Nama aku Dahlia. Yang sana tu, Aryyan. Puak Nombor dan Huruf.”

Prime membuat muka pelik.

“Kau tengok siapa yang lilit kau tu.”

Dahlia menjadi lampu sekali lagi kerana tempat disitu sangat gelap.

“Na... naga?”

“Ya. Tu kuasa Aryyan. Kuasa Naga.”

“Eng..kau?”
“Kuasa Imiginasi. Apa-apa aku nak semua akan jelma dengan sekelip mata sahaja.”

“Kau..”

“Ya aku macam kau. Aku sebenarnya menyamar masuk ke dalam kampus ni sebab...”

Dreettttttt....

Dreetttttttt.....

Dahlia dan Aryyan menutup telinga mereka. Bunyi tersebut amat menyakitkan mereka. Dicuba berkali-kali untuk Dahlia memejamkan matanya tetapi gagal. Gadis tersebut masih mengeluarkan bunyinya dengan kuat. Akhirnya Dahlia memaksa imiginasinya untuk bertindak balas.

Dahlia berada dibelakang badan gadis perempuan itu lalu menutup mata, telinga dan mulutnya sekaligus dengan menggunakan kainnya. Gadis itu meronta-ronta dengan kuat tetapi Dahlia memegang lengannya dengan kuat sekali menyebabkan rontaan gadis itu berhenti.

“Bella?”

Aryyan memandang wajah gadis itu. Rupanya gadis itu adalah Bella.

----------------------------------------------------------------

Pintu besar markas terbuka dengan luas, Nichol yang sedang duduk menonton televisyen terus bangun lalu menyambut kepulangan Dahlia dan Aryyan. Nichol juga terkejut melihat badan perkasa lelaki yang berada disebelah Aryyan. Lelaki itu dililit oleh naga milik Aryyan manakala seorang gadis berdiri disebelah Dahlia ditutup mulut, mata serta telinganya dengan kain cahaya.

“Kami dah jumpa mereka berdua.”

Nichol mengangguk faham.

“Wahh.. tempat apa ni? indahnya...”

Kata Prime sehingga mulutnya ternganga luas. Aryyan melibas mulutnya yang terbuka luas untuk menggunakan ekor naga kecil. Prime mengaduh kesakitan pada mulutnya yang kini sudah merah akibat dilibas kuat.

“Tak payah nak ternganga sangat.”

Aryyan menjeling tajam.

Dahlia memeriksa belakang tengkuk Prime dan juga Bella.

“Prime parutnya tertulis P02 manakala Bella B12.”

Aryyan mengalungkan rantai tersebut pada leher Prime dan Bella. Kemudian baru Aryyan melepaskan lilitan pada badan perkasa Prime manakala Dahlia membuka semula ikatan pada mata, telinga serta mulut Bella.

“Hai awak berdua, nama saya Nicholson. Panggil Nichol.”

Peramah Nichol. Prime dan Bella hanya membuat riak muka blur.

“Nah. Baca ni.”

Aryyan mencampak dua pucuk surat pada hadapan Prime dan Bella.

“Surat apa ni?! canggihnya kertas dia.”

Teruja Bella.

“Shut up your mouth and read the letters, please.”

Menyampah Aryyan.

Bella terdiam terus. Prime ralit membaca surat yang diberi oleh papa Dahlia.

“Faham?”

“Aku dari puak Nombor?”

“Saya dari puak Huruf?”

Dahlia dan Aryyan mengganguk serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience