021 - War Just Started

Fantasy Completed 8430

021 - War Just Started

“Arghhhh! Lepaskan akulah bodoh! Pengecut!”

Dahlia tersedar apabila terdengar seseorang sedang marah. Dia mencelikkan matanya dan melihat semua ahlinya diikat pada satu besi panjang dengan menggunakan tali berelektrik arus tinggi.

“Kau kata aku pengecut, yaa?”

Lelaki yang mempunyai tanda bentuk tiga segi pada lehernya melibas tubuh Aryyan dengan tali yang penuh dengan duri-duri halus. Aryyan mengaduh kesakitan.

“Hai Dahlia. Dah sedar ke?”

Dahlia merenung tajam ke arah lelaki itu.

“Nak kejutan istimewa takk?”

Tanya lelaki itu.

“Sebelum tu, nama aku Trian...”

“Ada aku kisah dengan nama kau ke, hah?!”

Aryyan melawan lagi. Tangan lelaki itu menunjukkan sesuatu ke arah kanan Dahlia dan Aryyan. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat susuk tubuh manusia yang lemah tersadai pada satu besi.

“Papa!!! Mama!!!”

Jeritan Dahlia membuatkan mereka terkejut. Tetapi tubuh mereka sangat lemah dan tidak boleh buat apa-apa.

“Daddyyy...”

Teresak-esak Aryyan menangis.

“Bukankah mereka...”

“Ya. Kau mesti ingat dorang dah mati sebenarnya belum. Aku sempat menyelamatkan dorang. Baik tak aku?”

“Puihhh!”

Aryyan meludah ke arah Trian. Trian mula bengang lalu mencengkam dagu Aryyan kuat. Aryyan memejamkan matanya.

“Kau jangan buat aku rasa nak bunuh kawan-kawan kau ni. kacang je.”

Semua ahli Dahlia hanya melihat Trian sedang mencengkam dagu Aryyan. Dahlia memberi isyarat mata ke arah mereka supaya salah seorang bertindak. Arius mula bertindak mengeluarkan kuasanya lalu dia memanah belakang badan Trian. Trian menjerit kesakitan. Lantas, Lincoln melaser semua tali-tali yang terikat pada tangan mereka. Kemudian Eva mengeluarkan asap radioactive dan Trian terhidu terus dia mati katak akibat asap radioactive tersebut.

“Bertindak. Konco mereka ramai diluar sana!”

Suruh Dahlia.

Maverick menyamar menjadi Trian lalu keluar dari bilik tersebut dengan lagak seperti Trian. Mungkin Maverick cuba untuk mengalihkan perhatian konco-konconya yang lain.

“Kita kena berpecah.”

Kata Aryyan.

“Kita jumpa semula di tapak peperangan di luar sana!”

Mereka semua mengangguk lalu Dahlia dan Aryyan berlari menuju ke bilik kurungan ibu dan ayah mereka. Dahlia perlahan-lahan menembusi pintu itu menggunakan kuasanya kemudian dia melibas tempat password bilik ini menggunakan tali imiginasinya dan Aryyan masuk ke dalam bilik tersebut.

“Papa...mama...”

Dahlia memeluk tubuh lemah papa dan mamanya.

“An..ak..papa..”

“Dahlia rindu papa, mama...”

Dahlia menangis teresak-esak. Seven seakan-akan tidak percaya anaknya kembali semula dengan banyak perubahan. Dia sudah besar panjang. Dah menjadi anak dara.

Dahlia cuba mencipta kereta keselamatan menggunakan imiginasinya dan dia berjaya lalu dia memapah mama dan papanya masuk ke dalam kereta tersebut. Aryyan memapah daddynya yang kelihatan sangat teruk dan tidak bermaya lagi. Kemudian kereta itu bergerak menggunakan minda kawalan Dahlia.

Dahlia menyeru nama Eva, sepantas kilat Eva datang lalu Dahlia menyuruh Eva memasang bom pada setiap bangunan. Eva akur.

Dahlia mengawal kereta tersebut sehingga keluar dari bangunan markas milik puak bentuk. Mereka berkumpul semula seperti yang dijanjikan di tapak peperangan. Dahlia mengamanahkan Kyler dan Heather untuk menjaga keselamatan mama dan papanya serta daddy Aryyan. Dahlia menyuruh Kyler bawa mereka sejauh yang mungkin. Begitu berat Kyler mahu meninggalkan Dahlia di medan peperangan ini.

“Dahlia.. sebelum tu.”

Dahlia memandang wajah Kyler lama.

“Saya cintakan awak. I love you so much.”

Kyler memeluk Dahlia lama. Dahlia membalas pelukkan Kyler.

“I love you too..”

Dahlia menolak tubuh Kyler dan Heather menyuruh mereka membawa ibubapanya secepat yang mungkin sebelum puak warna datang bergabung dengan puak bentuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience