00P - War Begun

Fantasy Completed 8430

Dahlia Seven
Nur Shaza

Characters
--------------

K01-Speedy Kyler *
P02-Hulk Prime
T03-Electric Troy *
S04-Teknologi Scott *
M05-Camouflage Maverick
G06-LaserEyes Lincoln *
D07-Imagination Dahlia *
G08-Fauna Giselle
Q09-Lightning Quadarius
I10-Shadows/Invisibility Iesha

R11-Fire Ryan
B12-Sound Bella
N13-Ice Nicholson *
J14-Clone Jacey
O15-Light Oswald
E16-Bom/Radioactive Eva
C17-Words/Alphabet Camellia
A18-Dragon Aryyan *
F19-Water Floy
H20-Disaster Heather *

00P - War Begun

Satu planet telah wujud di angkasa diberi nama Planet Geomet. Sebuah planet yang dihiasi dengan satu kawasan yang sangat luas seperti satu lautan besar. Bangunan tinggi-tinggi setinggi langit dibina. Sekali lihat seperti Planet Bumi juga cuma teknologi lebih mantap daripada bumi. Mereka tergolong daripada empat puak iaitu Huruf, Nombor, Warna dan Bentuk. Huruf dan Nombor adalah kepentingan utama dalam planet tersebut. Tanpa Huruf dan Nombor ia takkan terhasil Warna dan Bentuk. Mereka melantik Seven dari puak Nombor untuk menjadi seorang President manakala Alpha dilantik sebagai pembantu President dari puak Huruf.

Tahun demi tahun berlalu, seseorang dari puak Warna mula menunjukkan reaksi tidak puas hati dengan mengajak puak Bentuk menyertai dia. Namanya adalah Black. Batu apinya adalah Trian dari puak Bentuk. Mereka bergabung untuk memusnahkan puak Nombor dan Huruf. Mereka sama sekali tidak suka dengan perlantikkan tersebut. Mereka menyerang kerajaan Numbet iaitu nama gabungan Nombor dan Huruf sedikit demi sedikit dengan kekuasan yang mereka miliki.

President Seven yang baru sahaja dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Dahlia sangat risau tentang keselamatan anaknya dan juga isterinya, Dsica. Begitu juga dengan pembantunya Alpha juga baru sahaja dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aryyan.

Semakin lama semakin kritikal kerajaan mereka, semuanya merosot secara mendadak. Seven dan Alpha dalam keadaan huru-hara dan paling mengejutkan semua penduduk disitu sudah berpaling arah pada kejahatan dan menyertai puak Warna dan Bentuk. Seven terpaksa memikirkan cara jalan untuk menyelamat anaknya dan anak-anak yang lain semua terselamat daripada ancaman puak Warna dan Bentuk.

“Mama!”

Dahlia berlari mendapatkan ibunya apabila ternampak ada satu kapal angkasa mendarat di hadapan bangunan kerajaan bapanya.

“Abang! Kita kena serang!”

Dsica sempat melarikan diri bersama Dahlia sebelum bangunan hadapan diletupkan dengan kuat. Dsica dan Dahlia terpelanting jauh sehingga Dahlia terhentak kuat pada dinding besi. Dahlia menangis kesakitan. Dsica memeluk anaknya kuat. Alpha menarik Dsica dan mendukung Dahlia yang sedang menahan sakit. Rupa-rupanya bapa Dahlia sudah tercedera parah. Kaki kirinya putus akibat letupan pada bahagian belakang bangunan.
“Stay here.”

Alpha meletakkan Dahlia disebelah Aryyan. Mereka berpelukkan ketakutan. Dsica memangku Seven yang sudah kelihatan sangat lemah. Darah membasahi tubuhnya. Dahlia merangkak pergi ke arah ayahnya lalu menyandarkan kepalanya pada dada Seven.

“Papa..”

Sayu sahaja suara Dahlia memanggil Seven. Seven mengusap rambut si kecil itu. Aryyan turut duduk disebelah Dahlia dan memeluk bahu sahabatnya itu.

“Pintu darurat itu dah terbuka. Aku berjaya dan aku sudah letakkan budak-budak yang lain untuk dihantar ke planet Bumi. Kita terpaksa. Planet itu sahaja yang memenuhi keperluan mereka. Mari.”

Alpha dengan nafasnya yang tercungap-cungap memapah Seven manakala Dsica mendukung Dahlia dan Aryyan. Mereka berlari untuk cepat sampai ke bilik khas itu. Dsica baru sahaja perasan bahawa isteri Alpha tidak ada.

“Alpha, mana Aael?”

“Aku tak jumpa dia. Aku dah cari tapi tak dijumpai.”

Alpha mengalirkan air matanya.

Masuk sahaja di bilik khas itu. Alpha meletakkan Seven di atas lantai dan terus mendukung Aryyan. Dikucupnya lama si kecil itu. Kemudian dia meletakkan Aryyan di dalam kapal kecil bersama Dahlia.

“Mama.. sini..”

Panggil Dahlia.

“Mama minta maaf sayang. Mama tak muat dalam kapal kecil tu. Dahlia anak mama jadi anak yang baik, ya. Mama dengan papa sayangkan Dahlia.”

Dahlia mula meraung dengan kuat. Dsica memujuk anaknya dengan lemah-lembut. Seven berupaya untuk bangun dan mahu memeluk dan mencium anaknya buat kali yang terakhir. Dia tahu riwayat dia, Dsica serta Alpha akan lenyap. Kemudian dia mengalungkan rantainya bernombor tujuh pada leher Dahlia. Sedang Seven memeluk dan mengucup ubun-ubun Dahlia, seseorang membuka pintu itu lalu memandang tajam ke arah Alpha dan Seven.

“Mummy!”

Aryyan memanggil dengan teruja.

“Aael, awak masih hidup sayang...”

Belum sempat Alpha mahu memeluk isterinya, Aael melaser dada Alpha. Aryyan menjerit sekuat hatinya apabila melihat bapanya, Alpha terjatuh di atas lantai dengan berlumuran darah yang banyak.

“Aael!”

Jerit Dsica.

Dengan keadaan terpaksa, Seven menolak lembut tubuh Dahlia dan Aryyan masuk ke dalam kapal kecil itu dan menekan button berwarna hijau menandakan kapal kecil itu akan berlepas dalam masa tiga saat.

“Papa! Papa! Mama!”

Dahlia mengetuk-getuk cermin tingkap kapal kecil itu tapi apakan daya cermin kapal kecil itu lagi kuat dari tumbukan tangannya. Aryyan memeluk Dahlia. Dari jauh Dahlia ternampak papa dan mamanya dibunuh oleh Aael, ibu Aryyan.

“Mummy awak jahat!”

Dahlia menampar pipi Aryyan.

“Dahlia... kenapa awak tampar saya? Saya tak tahu mummy saya jahat. Dia bunuh daddy saya jugakk...”

Aryyan menangis terhinjut-hinjut. Perlahan-lahan Dahlia mendekati sahabatnya lalu dipeluknya erat.

“Aryyan, saya minta maaf. Awak janji dengan saya jangan jadi pengkhianat.”

“Saya janji!”

Kapal mereka adalah kapal yang terakhir mendarat di planet bumi. Masuk sahaja di planet bumi, Aryyan dan Dahlia tidak sedarkan diri. Dan bermulalah kisah mereka sebagai manusia bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience