012 - Two New Members

Fantasy Completed 8430

012 - Two New Members

Prime, Dahlia dan Kyler dalam perjalanan untuk mencari ahli yang lain. Kali ini tanpa sebarang maklumat yang dijumpai. Sudah berejam-rejam masih belum dijumpai. Dahlia mengeluh berat. Dia sudah kepenatan untuk mencari ahli yang lain. Kyler memandang lama wajah Dahlia yang comel itu. Hatinya terpaut pada Dahlia sejak dia menyelamatkan Dahlia daripada dilanggar lori pasir. Sesebelum ini dia tidak pernah merasakan perasaan cinta ini. Namun disebabkan kesulitan mereka alami untuk mencari ahli lain dan akan berhadapan dengan perang. Dia abaikan dahulu perasaannya itu.

Tiba-tiba kereta Prime terhenti di tepi jalan akibat minyak petrol habis. Prime memukul stereng kuat.

“Time macam ni kau nak habis minyak.”

Dahlia memegang bahu Prime.

“Calm down.”

Dahlia keluar dari badan kereta dan dia melihat sekeliling. Dahlia berjalan kaki sehingga ke sebuah taman permainan yang sudah tidak digunakan lagi. Buaian terputus dua. Gelongsor rosak. Dahlia menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba ada seseorang menekup mulutnya dari belakang.

“Kau gerak kau mati!”

Dahlia terperasaan pada leher perempuan itu. Ada tanda bentuk empat segi pada lehernya bermakna dia dari puak bentuk.

“Lepaskan kawan aku!”

Jerit Kyler. Prime ada disebelahnya sudah mengepal-gepal tangannya.

Perempuan itu hanya tersenyum.

Dahlia mengeluarkan bayangan dirinya dari tubuhnya lalu bayangan tersebut berdiri di belakang perempuan itu. Bayangan itu memasuki ke dalam tubuh perempuan itu. Dahlia terlepas dan terus menarik semula bayangannya resap ke dalam tubuh. Dahlia memejamkan matanya lalu mengapungkan perempuan tersebut.

Perempuan tersebut meronta-ronta ditambah lagi dia mencekik dirinya sendiri. Dahlia membuka semula matanya. Anak matanya sudah bertukar menjadi merah bermakna dia sangat marah. Kyler dan Prime tercengang melihatnya.
“Kau bunuh papa! Kau bunuh mama!”

Bergema-gema suasana apabila Dahlia menjerit kuat. Perempuan itu terus meronta-ronta di awangan. Dirinya semakin lemah akibat mencekik diri sendiri. Dahlia yang mengawal dia.

Semakin lama semakin kuat cekikan pada lehernya sendiri. Dahlia merenung lama ke arah perempuan itu sehinggalah perempuan itu tidak lagi meronta dan tidak bermaya lagi. Dahlia menghentak perempuan tersebut di atas darat dan badan perempuan itu terpatah dua.

“Dahlia!”

Kyler berlari ke arah Dahlia yang sudah terduduk lemah.

“Kyler..”

Dahlia menangis. Kyler memeluk tubuh Dahlia.

“Korang..”

Tiba-tiba ada ramai yang mengepung mereka. Semuanya ada dalam 10 orang. Semuanya beranak mata berwarna. Bermakna puak warna pula yang muncul kali ini. Kyler menarik Dahlia bangun dan menentang mereka.
Dahlia bersedia dengan memejamkan matanya. Prime sudah berjaya menewaskan empat orang sekaligus dengan sekali campakan sahaja. Kyler pula berlari laju menggelilingi mereka sehingga mereka semua pening dan terhantuk sesama sendiri. Tinggal tiga orang sahaja kali ini tetapi belum sempat Dahlia membaling kuasanya ke arah lelaki itu, lelaki itu sudah membaling bertubi-tubi batu meteor ke arah Dahlia.

“Dahlia!”

Jerit Kyler dan Prime serentak.

Dahlia membuka semula matanya. Di hadapannya ada air seperti air terjun melindunginya dan terdengar bunyi pecahan batu meteor tadi.

“Awak okey?”

Seorang gadis mendekati Dahlia. Dahlia mengangguk perlahan. Seorang lelaki berkaca mata hitam mendekati Dahlia juga lalu ditepuk-tepuknya bahu Dahlia lembut.

“Awak dah selamat. Nasib baik kami nampak awak diserang.”

“Saya Floy. Ini Lincoln.”

“Saya Dahlia.”

Prime dan Kyler mendekati mereka.

“Terima kasih.”

Ucap Dahlia sambil tersenyum.

“Awak juga mempunyai kuasa? Saya nampak semuanya.”

Kata Floy.

“Ya. Dan awak berdualah yang saya cari. Sebentar.”

Dahlia memeriksa kedua-dua tengkuk mereka.

“L06 dan F19”

Prime, Kyler dan Dahlia tersenyum puas. Lincoln dan Floy membuat riak wajah pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience