019 - 20 Powers

Fantasy Completed 8430

019 - 20 Powers

“K01...”

Panggil Aryyan.

Kyler bangun dari tempat duduknya lalu berdiri di hadapan Dahlia. Hari ini mereka akan gunakan kuasa mereka untuk mengawal dan menguatkan. Peperangan masih belum tercetus.

“Kyler, are you ready?”

“I am always ready, sweetheart.”

Dahlia tersenyum.

“Menyampahnya aku dengar.”

Aryyan menjeling.

Dahlia ketawa kecil lalu dia mengeluarkan kuasanya. Akar-akar pokok mula terapung dan ingin menangkap Kyler. Kyler mula bertindak dengan mengelak daripada tertangkap oleh akar-akar yang dikawal oleh minda imiginasi Dahlia.

Kyler berkuasa Speedy iaitu semuanya dilakukan dengan pantas. Berlari laju. Sekiranya mahu mengambil benda yang jauh darinya dalam 0.02 saat sahaja sudah sampai. Kyler berusia 23 tahun. Dia seorang yang berkulit pan-asian dan tingginya 167cm.

“Aduh...”

Kyler tersembam apabila dia tersadung pada akar pokok tebal itu dan akar tersebut melilit kakinya dan dia terapung ke atas.

“Dahlia... turunkan saya.”

Rayu Kyler. Dahlia ketawa kecil lalu dia menurunkan Kyler ke darat.

“Not bad. Awak dapat elak akar pokok itu sebanyak 120 kali.”

Kyler menepuk-nepuk pakaiannya yang dipenuhi debu pasir lalu tersenyum bangga.

Kini giliran Aryyan mengawasi P02 iaitu Prime. Prime sudah melonggar-longgarkan sendinya dan sudah menggepal-gepal tangannya. Dia akan berlawan dengan seekor naga besar. Dikira seperti bapak naga.

“Hulk VS Dragon”

Seloroh Aryyan.

Seekor naga besar keluar dari tubuh Aryyan dan berdiri di sebelah Aryyan. Aryyan tersenyum sinis. Kemudian, menghalakan tangannya ke arah Prime dan naga tersebut menyerang Prime. Prime cuba melepaskan dirinya dari lilitan naga itu. Cuba, cuba dan cuba...

Prime dapat melepaskan lilitannya dari naga tersebut lalu menarik naga tersebut dan menumbuk naga tersebut. Naga itu mengundur kebelakang. Aryyan mendengus. Aryyan memusing-musingkan tangan, naga tersebut mengikut rentak tangan Aryyan lalu dia berpusing-pusing mengelilingi Prime dengan laju. Prime teragak-agak mahu menangkap naga yang sedang berpusing mengelilinginya. Prime mengeluh.

Prime melompat lalu mencapai leher naga itu dan menendang naga itu sehingga jatuh terjelepok. Prime memberikan tumbukan bertubi-tubi sehingga naga itu lari masuk ke dalam tubuh Aryyan semula. Aryyan tersenyum sinis.

“Habis naga kesayangan aku kau kerjakan.”

Prime tersengih.

Prime berkuasa hulk iaitu boleh mengangkat bebanan yang sangat berat dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Boleh juga mengangkat bangunan seperti rumah. Kenderaan seperti kapal laut yang besar. Prime berusia 25 tahun. Tubuhnya memang besar. Kesadoan jelas menyerlah dan perkasa. Gemar memakai baju berwarna putih.

Dahlia bangun semula lalu berdiri di mana Aryyan berdiri tadi. Giliran dia mengawasi kuasa T03 iaitu Troy yang berkuasa elektrik.

“Troy, saya nak tengok berapa kuat awak boleh renjat orang. Sampai arus berapa. Jadi, awak renjat saya dengan elektrik awak sampai awak memang tak boleh nak keluarkannya lagi.”

Troy menelan air liurnya beberapa kali. Kemudian dia merenggang-renggang tangannya. Dahlia hanya berdiri dengan lagak tenang di hadapannya. Troy menghalakan tapak tangannya ke arah Dahlia dan keluarkan arus elektrik merenjat Dahlia. Dahlia terundur kebelakang sedikit. Semakin lama semakin kuat arus renjatan Troy beri pada Dahlia. Berpeluh-peluh Dahlia melawannya.

Troy terduduk apabila dia sudah penat mengeluarkan kuasanya. Dahlia membuka semula pelindung pada tubuhnya dan menarik tangan Troy untuk membantu dia berdiri semula.

“Good job. 20 000 volt.”

Terbeliak mata Troy.

Troy seorang lelaki berambut panjang paras atas bahu berwarna hitam. Sporting dan tidak banyak bercakap. Dia berkuasa elektrik. Berusia 22 tahun. Dia gemar memakai baju berwarna kelabu dan seluar tracksuit.

Giliran S04 iaitu Scott. Scott berdiri di hadapan Dahlia yang sedang tersenyum kepadanya.

“Hai teacher!”

Dahlia melambai tangan ke arahnya. Scott tergelak. Dahlia terus membaling batu imiginasinya ke arah Scott. Scott terkejut lalu dia menghalang dirinya daripada terkena batu itu dengan shield yang terkeluar secara automatik dari tangannya.

“Dahlia...”

Dahlia tersenyum sinis.

Dahlia mengeluarkan bayangannya lalu menyuruh Scott menyebarkan virus masuk ke dalam otak bayangannya. Scott tak membantah dia terus lakukan dengan memejamkan matanya. Bayangan Dahlia mula tak tentu arah. Dahlia cuba melawan virus tersebut. Scott memejam kuat matanya supaya boleh mengalahkan bayangan Dahlia. Dahlia terus melawan virus itu menggunakan bayangannya.

Scott terlepas dah jatuh.

“Scott, okey?”

Scott tersenyum.

“Awak memang kuat, Dahlia..”

Dahlia tersengih lalu menarik Scott untuk bangun.

Scott seorang guru ICT di sebuah sekolah private. Dia berkuasa teknologi bermakna dia boleh menyebarkan virus kepada otak sesiapa sahaja. Tinggi Scott adalah 173cm dan dia berusia 26 tahun.

Aryyan pula bangun dan berdiri disebelah Dahlia. Kali ini Dahlia dan Aryyan bergabung.

“M05 – Maverick...”

Panggil Dahlia. Maverick tersenyum comel ke arah Dahlia dan Aryyan.

Maverick sengaja menukar menjadi Dahlia. Dahlia tergelak memandang Maverick yang bertukar menjadi dirinya. Aryyan terus melibas lengan Maverick dengan ekor naga. Maverick dapat menangkap ekor naga itu lalu memulas badan naga kecil itu. Aryyan membulatkan matanya.

“Berani kau dera baby aku...”

Marah Aryyan. Dahlia merenung matanya ke arah Maverick. Terus Maverick melepaskan naga kecil itu dan dia menutup matanya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Dia berubah semula menjadi dirinya.

“Dahlia... jangan... jangan...”

Aryyan tergelak. Dahlia tidak lagi merenung ke arah Maverick.

Maverick seorang lelaki yang kacak, berambut warna keperang-perangan dan dia agak rendah sikit, dengan hanya ketinggiannya 165cm. Kuasanya hanya boleh menyamar dan boleh melawan dengan seni pertahanan diri yang pernah dia belajar. Dia berusia 22 tahun.

Giliran L06 iaitu Lincoln.

“Laser saya..”

Suruh Dahlia.

Lincoln terus membuka spek hitamnya lalu melaser ke arah Dahlia. Dahlia masih lagi bertenang kerana dia sudah memasang pelindung.

“Kuat lagi Lincoln, buat sampai Dahlia tu mengundur.”

Jerit Aryyan memberi semangat.

Lincoln menajamkan lasernya lagi ke arah Dahlia, Dahlia mula mengundur kebelakang sambil tangannya menahan laser Lincoln. Kemudian Dahlia terjatuh di atas lantai gelanggang manakala Lincoln cepat-cepat memakai semula spek hitamnya dan berlari ke arah Dahlia.

“Dahlia.. awak okey?”

Lincoln menarik Dahlia. Dahlia berdecit.

“Kenapa Lia?”

Tanya Aryyan. Lincoln menarik lembut lengan Dahlia.

“Darah. Awak terkena laser saya.”

“Tak apa. Sikit je. Luka aje pun.”

Dahlia tersenyum. Lincoln mula rasa serba salah.

“Laser awak memang kuat..”

Puji Dahlia.

“Saya minta ma...”

Dahlia meletakkan jari telunjuknya pada bibir Lincoln.

“Kan saya cakap tak apa. Dah awak pergi duduk.”

Lincoln seorang lelaki yang lemah-lembut dan baik hati. Dia berkuasa mata laser. Tingginya adalah 169cm. Dia berusia 21 tahun.

“Sekarang giliran G08 iaitu Giselle.”

Panggil Dahlia. Giselle bangun lalu berdiri di hadapan Aryyan dan Dahlia.

Aryyan sekali lagi mengeluarkan naganya tetapi kali ini saiz naganya hanya sederhana. Giselle pula sudah bertukar menjadi serigala. Naga itu terus menyerang Giselle lalu Giselle menggigit tengkuk Naga itu dengan kuat. Naga itu meronta-ronta sehingga Giselle jatuh semula dan dia terus bertukar menjadi harimau bintang. Dia mengejar naga yang sedang berpusing-pusing menggelilinginya. Dan Giselle terus melompat ke atas badan naga dan mencakar badan naga itu. Aryyan berdecit lalu memanggil naganya masuk semula ke dalam tubuhnya.

“Main cakar ya...”

Sindir Aryyan. Giselle mula kecut memandang wajah serius Aryyan.

“Bagus Giselle.”

Kata Dahlia sambil menepuk bahu Giselle.

Giselle seorang gadis berusia 19 tahun. Bertubuh kecil molek dan ketinggiannya hanya 160cm. Giselle seorang gadis yang pemalu dan kadang-kala dia agak penakut.

“Haaa penatnya..”

Rungut Aryyan.

“Belum habis lagilah.”

Dahlia ketawa.

Kini giliran Arius untuk berlawan dengan Dahlia.

“Q09...”

Arius bangun lalu berdiri di hadapan Dahlia. Aryyan pula duduk disebelah Dahlia.

Arius memanah Dahlia beberapa kali tetapi dengan mudah Dahlia menangkap petir-petir itu dan hilang dari pandangannya. Arius mengeluh.

“Guna taktik lain, Arius.”

Kata Aryyan bosan.

Arius cuba menghalakan kedua-dua belah tangannya ke atas dan terpancar kilat dari tapak tangannya. Dahlia membesarkan bulatan pelindungannya lalu Arius menghalakan tangannya ke arah Dahlia. Bertubi-tubi petir memanah bulatan pelindungnya. Dahlia menguatkan lagi bulatan pelindung itu dengan kekuatannya.

“Arius berhenti.”

Suruh Aryyan.

Perlahan-lahan Arius berhenti dan mendekati Dahlia yang sudah terduduk dan nafasnya tercungap-cungap.

“Dahlia, okey?”

Tanya Arius serba-salah. Dahlia hanya mendiamkan diri. Dia mahu mengambil semula oksigen. Penat. Arius membantu Dahlia bangun dan digantikan oleh Aryyan pula.

Quadarius atau nama panggilannya Arius seorang lelaki yang membesar di Rusia. Seorang yang pendiam. Tingginya adalah 168cm. Berusia 23 tahun.

“Iesha..”

Panggil Aryyan. Teragak-agak Iesha bangun lalu berdiri di hadapan Aryyan. Aryyan tersenyum sinis.

“Dah bersedia untuk bunuh diri?”

Sindir Aryyan.

Sindiran Aryyan membuatkan Iesha menelan air liurnya ketakutan.

Iesha terus menjadi halimunan. Aryyan perlu meneka-neki di mana Iesha berada. Mata Aryyan meliar-liar mencari gerak-geri Iesha namun gagal. Dia mendengus. Kemudian Aryyan menjadi seekor naga dan dia mencari menggunakan mata naga. Naga boleh mengesan bayangan manusia. Jadi, Aryyan sudah terjumpa Iesha yang sedang berdiri di hadapannya terus naga tersebut menyembur api ke arah Iesha. Aryyan nampak Iesha berjaya menggelak dan Aryyan terasa seseorang sedang menaiki badan naganya. Iesha sedang memanjat ke atas badannya. Aryyan meronta-ronta badannya sehingga Iesha jatuh dan tidak lagi menjadi halimunan.

“Nice try, babe.”

Kata Dahlia. Iesha terus melabuhkan punggungnya disebelah Dahlia dan Bella.

Iesha seorang gadis yang rendah dan dia pemalu. Ketinggiannya adalah 157cm sahaja. Dia berusia 20 tahun. Dia berkuasa halimunan dan boleh jadi bayangan manusia lain.

Setelah Dahlia lega apabila dapat bernafas dengan baik dia bangkit lalu berdiri di sebelah Aryyan. Aryyan tersengih.

“Dah baik?”

Sindir Aryyan. Dahlia menjeling.

“It’s time for.. wow! My partner. Ryan... R11.”

Sengaja Aryyan membuat gaya teruja. Ryan sudah menjeling tajam ke arahnya. Dahlia tersenyum.

“Fireman.. fireman...”

Ejek Aryyan.

Ryan mendengus lalu badannya berapi. Ryan membuat bebola api besar lalu dibaling ke arah Dahlia dan Aryyan serentak.

“Wah.. kau main sampai dua orang ya.”

Sindir Aryyan. Ryan tersenyum sinis. Bertubi-tubi Ryan membaling bebola api besar ke arah mereka. Aryyan dengan mudahnya menyambut bebola api itu dah terpadam dalam genggamannya manakala Dahlia menepis bebola api itu dengan lagaknya.

Ryan semakin bengang kerana Dahlia dan Aryyan dapat menepis dan mengelak bebola apinya dengan mudah. Dia menepuk kedua-dua belah tangannya lalu api semakin marak besar dan telapak tangannya dihalakan ke arah mereka. Aryyan dan Dahlia semakin lama semakin mengundur kebelakang kerana tekanan api itu sangat kuat. Aryyan perlahan-lahan meresap api itu ke dalam tubuhnya tetapi masih tidak berkurangan.

Ryan menghentikan serangannya kerana dia sudah penat.

“Api kau memang memanaskan hati aku...”

Sindir Aryyan lalu mendekati Ryan dan menepuk bahunya lembut. Ryan tersentak memandang Aryyan yang tersenyum comel ke arahnya.

Ryan seorang lelaki yang panas baran dan mukanya bengis. Berusia 24 tahun. Dia gemar memeluk tubuh. Dia berkuasa Api.

“Giliran... Bella.”

Panggil Dahlia. Bella tersenyum lalu berdiri di hadapan Dahlia. Yang lain sudah siap memakai headphone pada kepala masing-masing.

Zreeetttt...

Zreetttttt....

Bella terus menyerang Dahlia. Dahlia seorang sahaja yang tidak memakai headphone. Dahi Dahlia berkerut menahan bunyi bingit tersebut. Dahlia mengeluarkan kuasa cahaya imiginasinya lalu ditembak ke arah Bella. Bella hilang fokus dan bunyi tersebut hilang. Bella mengeluarkan bunyi bising dari tapak tangannya dan dihalakan ke arah Dahlia. Dahlia menahan dengan shield imiginasinya..

“Bella! The best!”

Dahlia mengangkat ibu jarinya. Bella tersenyum lalu memeluk Dahlia.

Bella seorang gadis yang kelihatan matang. Dia berkuasa bunyi. Tingginya adalah 170cm. Bella memang seorang yang peramah dan sporting orangnya.

“Ice ice baby..”

Panggil Aryyan. Semua tergelak. Nichol tersenyum lalu bangun berdiri di hadapan Aryyan.

Nichol terus menyerang Aryyan bertubi-tubi dengan lembing ais buatannya. Aryyan dapat mengelak dengan begitu mudah. Nichol mula bengang apabila melihat Aryyan dengan mudah menepis dan mencairkan aisnya. Kemudian dia mengeluarkan aisnya lalu membekukan kaki Aryyan dengan kuat. Aryyan cuba melawan dengan cuba mencairkan ais tersebut. Ais dan Api berlawan-lawan. Dan akhirnya Nichol menang kerana kaki Aryyan sudah kekejangan dan dia tidak dapat untuk melawan lagi.

“Kau menang kali ni...”

Kata Aryyan sinis. Nichol tersenyum bangga.

Nichol seorang pemuda yang berambut berwarna kelabu asap. Dia berusia 21 tahun dan gemar memakan ais dan minum air sejuk. Memang susah nak nampak dia minum air panas.

“Okey! Giliran... Jacey.”

Panggil Dahlia.

Jacey bangun lalu berdiri di hadapan Dahlia. Jacey masih lagi serba salah dengan Dahlia walaupun Dahlia dah berbaik dengannya. Nasib baik calar pada dagu Dahlia sudah hilang.

Bilangan Jacey sudah menjadi banyak, semuanya ada 15 orang klon dia. Dahlia perlu meneka di mana Jacey yang sebenarnya. Dia mengeluarkan kuasanya lalu menembak yang dia rasa bukan Jacey. Jacey semakin berpeluh-peluh dia takut dirinya tercedera dengan tembakan imiginasi Dahlia yang hebat itu.

Tinggal lagi tiga orang sahaja di hadapan Dahlia. Dahlia tersenyum sinis lalu dia menembak serentak ke arah klon Jacey yang berada di tengah dan di sebelah kiri. Jacey sebenar adalah disebelah kanan.

“Hai Jacey..”

Jacey membuka kelopak matanya semula. Dia selamat.

“Macam mana awak tahu saya yang sebenar kat sini?”

“Just focus.”

Jawab Dahlia.

Jacey seorang gadis yang gemar memakai pakaian seperti lelaki. Ia menampakkan dia seorang yang tomboi tetapi dengan Dahlia dia agak kecut. Hanya Dahlia seorang sahaja yang tahu dia yang sebenar apabila dia mengeluarkan klonnya. Jacey berusia 19 tahun.

“Next... Oswald The Light.”

Panggil Aryyan.

Oswald berdiri dengan lagak tenang. Dia memandang Aryyan sambil tersenyum. Tanpa ditunggu-tunggu lagi, Oswald terus menyerang Aryyan dengan mengeluarkan cahaya dari telapak tangannya. Cahaya itu boleh membuatkan seseorang menjadi silau dan boleh juga buta.

Aryyan mengeluarkan naga dari dalam tubuhnya lalu naganya menghalang Aryyan dari terkena silaun cahaya Oswald. Naga tersebut menyembur Oswald dengan asap api membuatkan pandangan Oswald menjadi kabur dan dia terbatuk-batuk. Aryyan menyerangnya lagi dengan tendangan jarak jauh. Oswald terjatuh, baru sahaja dia mahu menembak Aryyan, Aryyan lebih cekap darinya dengan memusingkan kedua-dua belah tangannya kebelakang. Oswald mengeluarkan cahayanya, sempat Aryyan mengelak beberapa kali.

“Nampaknya kau memang nak bunuh aku.”

Sinis Aryyan.

Terus pergelutan mereka berhenti. Oswald masih lagi terbatuk-batuk kerana asap tebal sudah menguasai paru-parunya.

Oswald seorang pemuda yang sentiasa serius. Berusia 24 tahun. Berkuasa cahaya, kuasanya boleh membuatkan orang buta dan juga boleh menembusi cahayanya sehingga ke otak ataupun tubuh badan.

“Giliran seterusnya, Eva.”

Panggil Dahlia.

“Um.. Dahlia. Kuasa saya bahaya sikitlah. Saya takut dorang terkena.”

“Sebab tu saya nak ajar awak. Gunakan kuasa khas untuk musuh sahaja dan orang yang tidak bersalah tak akan kena.”
Eva mengangguk perlahan.

Tubuh Eva dipenuhi asap radioactive. Dengan hanya asap itu, manusia boleh mati terkena radioactive yang berbahaya itu. Kemudian, Eva membaling pipe bomb ke arah Dahlia bertubi-tubi. Meletup di hadapan Dahlia tetapi Dahlia masih lagi berdiri tegak disitu. Dahlia terapung lalu menerkam Eva. Eva mengeluarkan banyak lagi asap dari tubuhnya. Dahlia memeluk pinggang Eva dari belakang lalu menumbuknya beberapa kali.

Eva pantas mengelak tumbukkan Dahlia lalu membuka mulutnya dan asap radioactive keluar dari mulutnya dan terkena pada Dahlia. Dahlia cepat memasang pelindungnya kembali. Kalau terkena memang nahas.

“Good job Eva. Awak sekarang dah boleh kawal kuasa awak. Buat macam tadi. Awak hanya serang saya dan orang lain tidak kena.”

Eva tersenyum.

Eva seorang polis praktikal bersama sahabatnya, Camellia. Dia berusia 22 tahun. Eva seorang yang agak selamba dan kadang-kala kecut juga. Tingginya adalah 166cm.

“Camellia...”

Panggil Dahlia.

Kali ini Camellia akan berlawan dengan Dahlia dan Aryyan. Beberapa kali Camellia menelan air liurnya. Kakinya bergetar apabila melangkah di hadapan Dahlia dan Aryyan.

“A For Attack! S For Sharp!”

Camellia terus menyerang Dahlia dan Aryyan. Benda-benda yang tajam keluar dari tapak tangan Camellia menyerang mereka. Dahlia sempat mengelak manakala Aryyan pula sempat menangkap benda-benda tajam tersebut.

“G for Gun!”

Pada tangan Camellia terdapat dua pucuk pistol lalu dia menembak Dahlia dan Aryyan. Dahlia membuat backflip untuk mengelak peluru terkena pada tubuhnya manakala Aryyan hanya mengelak peluru-peluru itu dengan mudah.

“Yeyah!”

Dahlia melonjak kerana kuasa Camellia sangat bagus dan Camellia pandai menggunakannya. Dahlia ‘highfive’ bersama Camellia.

Camellia seorang gadis yang tinggi dan cantik. Berkuasa Alphabet ataupun Words. Berusia 22 tahun, sebaya dengan Eva. Tingginya adalah 171cm.

“Floy..”

Panggil Aryyan. Air bertembung dengan Naga Berapi.

Floy berlagak tenang lalu menyembur air ke arah Aryyan. Aryyan tersenyum. Naganya menyedut air tersebut lalu menggantikan dengan api. Floy terkejut. Floy menggunakan air dengan bantuan laut yang berada disebelah gelanggang. Habis basah tubuh Aryyan. Aryyan bengang. Naga tersebut menyembur api kearah Floy manakala Floy menyembur air ke arah naga tersebut. Berlawan-lawan di antara naga dengan Floy.

Akhirnya Floy menang apabila naga Aryyan mengundur kebelakang kerana air banyak membasahi dia.

Dahlia tergelak kecil.

“Habis basah. Dahlia!”

Dahlia ketawa lalu bangun dan berdiri di tempat Aryyan tadi. Aryyan pula masuk ke dalam bilik untuk menggantikan pakaiannya yang sudah basah lencun.

Floy seorang gadis yang berusia 20 tahun. Dia memiliki wajah yang comel dan sepasang lesung pipit. Floy berkuasa air. Dia gemar berenang di lautan dalam markas ini.

“Last member, Heather!”

Panggil Dahlia. Dia agak lega kerana Heather ada orang yang terakhir selepas ni mereka perlu menumpukan perhatian kepada peperangan yang akan tercetus antara mereka dan puak warna serta bentuk.

Heather mara ke hadapan Dahlia. Dahlia memberi isyaratnya melalui mata supaya dia mulakan pertarungan. Heather terus mencipta Tornado Air lalu tornado tersebut pergi ke arah Dahlia. Dahlia terapung lalu menggunakan kuasa imiginasinya untuk menghilangkan tornado itu. Tekanan tornado itu semakin kuat menyebabkan Dahlia mengundur. Heather menghalakan tangannya ke arah Dahlia. Angin taufan meniup Dahlia dengan mudahnya dan Dahlia jatuh terjelepok di atas lantai gelanggang. Dahlia menahan sakit pada punggungnya akibat terhentak.

“Dahlia.. awak okey tak? Saya minta maaf.”

Heather memeluk Dahlia. Dahlia menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Saya okey je. Kuasa awak memang terbaik. Sakit punggung saya dibuatnya.”

Dahlia tergelak. Heather tersenyum kecil.

Heather seorang gadis yang kecil molek. Dahlia yang lebih tinggi darinya. Ketinggiannya adalah 161cm. Dia berkuasa bencana. Dia boleh cipta apa-apa bencana sekalipun. Kuasa dia dapat membunuh beberapa orang sekaligus.

“Okey lengkap semuanya!”

Lega Dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience