006 - Accident

Fantasy Completed 8431

006 - Accident

Hari ini Dahlia dan Prime keluar mencari ahli yang lain. Kali ini mereka mencari tanpa ada maklumat. Nasib baik Prime mempunyai sebuah kereta miliknya. Mujur Prime dan Bella faham akan keterangan mereka. Semalaman Dahlia dan Aryyan menerangkan kepada mereka dari A sehingga Z. Prime dan Bella terbuka minda mereka untuk mengenali diri mereka sebenarnya.

“Di manakah kita nak pergi?”

Tanya Prime yang sedang memandu kereta itu. Dahlia ralit melihat telefon bimbitnya untuk mencari maklumat.

“Saya pun tak tahulah, Prime. Kita kena terus berjalan sahaja.”

Prime mengeluh.

“Awak berhenti di hadapan gerai air tu sekejap. Saya hauslah.”

Prime mengangguk lalu diberhentikan keretanya di hadapan gerai air itu. Kemudian, Dahlia membawa diri keluar dari badan kereta dan menuju ke gerai air tersebut. Prime hanya tunggu di dalam kereta sahaja.
Setelah Dahlia membeli dua cawan air milo ais, dia menjinjit plastik tersebut dan mahu menyeberangi jalan ke kereta Prime. Tiba-tiba sedang Dahlia melintas ada sebuah lori pasir hampir mahu merempuhnya. Dahlia sangat terkejut sehingga tidak sempat mahu mengeluarkan kuasanya untuk berlindung.

“Ahhh!”

Dahlia membuka semula kelopak matanya apabila dia tidak terasa badannya dilanggar oleh lori pasir tersebut. Sebaliknya dia juga tidak mengeluarkan kuasa kerana tidak sempat untuk bertindak.

“Cik.. cik okey?”

Seorang lelaki yang sangat kacak dan kulitnya putih mulus sedang mencempung badan Dahlia.

“Erm.. saya okey.”

Lelaki kacak tersebut menurunkan Dahlia. Dahlia mula terfikir. Macam mana dia boleh selamatkan Dahlia sedangkan lori pasir tadi beberapa inci sahaja mahu melanggarnya.

“Macam mana awak selamatkan saya?”

Lelaki itu terdiam. Mungkin tak dapat nak jawab soalanku.
“Boleh saya periksa sesuatu pada tengkuk awak?”

“Untuk apa? Saya...”

Dahlia menarik perlahan tangan lelaki tersebut lalu dia menyelak rambut lelaki itu yang menutupi tengkuknya. K01. Dan sah dia salah satu orang yang dicari-carinya.

“Awak berkuasa speedy? Berlari laju?”

Lelaki itu mula cuak. Mukanya pucat lesi.

“Cik.. saya.. saya.. boleh terangkan..”

“Tak payah terangkan. Saya dah tahu. Saya memang cari awak.”

Lelaki itu membuat muka pelik.

“Apa nama awak?”

“Kyler.”

“Kyler, saya Dahlia. Puak Nombor. Awak juga sama seperti saya. Saya berkuasa imiginasi.”

“Awak... ada kuasa?”
“Yes. Marilah kawan saya dah tunggu di dalam kereta. Saya bawakan awak ke markas kita.”

Kyler teragak-agak mahu mengikut Dahlia. Dahlia terus menarik lengannya sehingga ke kereta Prime.

“Awak jumpa dah, Dahlia?”

“Yes. He saved me.”

“Save you from what?”

“Accident.”

Dahlia tersenyum kepada Kyler.

“And what is he?”

“Speedy. His name is Kyler.”

Kyler mengukirkan senyuman ke arah Prime. Prime hanya menayangkan giginya.

-------------------------------------------------------

“So how, Lia? You got our member?”
“Yes. Here he is. Speedy. His name is Kyler.”

“Hai Kyler.”

Peramah Nichol dan Bella.

Aryyan hanya tersengih seperti kerang busuk.

“Inilah markas kita Kyler. Markas puak Huruf dan Nombor.”

Kyler membuat riak wajahnya yang penuh teruja melihat markas tersebut.

“Beautiful isn’t it?”

Tanya Prime.

“Yeahh.. really awesome place!”

Aryyan menjeling.

“Sama je dua ekor ni.”

Sindir Aryyan. Dahlia ketawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience