017 - Clones

Fantasy Completed 8430

017 - Clones

You can feel it, I can feel it
Like we're both awake and dreaming
There's nowhere else we'd rather be
We're making our own history

'Cause we're a page turner,
Heart murmur, science-fiction fantasy
We can go to the moon and back
To the moon and back
Without ever leaving

We're right here and we're gonna write the story
Written in the stars like graffiti, can't ignore it
Light years and they'll see the comets falling
This is the moment where it all began

They'll see it written in the stars
They'll see it written in the stars
They'll see it written in the stars
We were here
We were here

Dahlia bernyanyi kecil sambil menyarung jaket jeans ke tubuhnya. Kyler yang berada dibelakangnya tersenyum.

Every single hero has to start out
Looking like me and you,
So never mind excuses
We can do this if we really want to

Yeah, we can go all around the world
All around the world
And we're not even dreaming

We're right here and we're gonna write the story
Written in the stars like graffiti, can't ignore it
Light years and they'll see the comets falling
This is the moment where it all began

They'll see it written in the stars
They'll see it written in the stars
They'll see it written in the stars
We were here
We were here

Kyler menyambung nyanyian Dahlia membuatkan Dahlia terkejut lalu menoleh ke belakang.

“Awak tahu ya lagu tu?”

“Yes I really love that song.”

Dahlia tersenyum.

Hari ini Dahlia menawarkan dirinya untuk mencari ahli bersama Kyler dan Heather. Mereka akan ke di kawasan perumahan Taman Mega kerana semalam Aryyan mendapat maklumat bahawa ada sesuatu kejadian pelik di situ. Pelik macam mana pun Aryyan tidak tahu kerana tidak ditulis. Kejadian itu berlaku dua hari lepas. Baru jumpa maklumat itu semalam.

“Ni Taman Mega!”

Kyler memberhentikan kereta milik Prime di tepi jalan lalu mereka keluar dari badan kereta.

“Sunyi je tempat ni...”

Kata Heather sambil berpeluk tubuh.

Dahlia memejamkan matanya supaya dia dapat mengesan mana ahlinya berada di sekitar sini lalu Dahlia menghalakan tangan kanannya ke arah barat.

“Situ...”

Kyler dan Heather mengekori langkah Dahlia kebelakang rumah teres tersebut. Rumah itu kelihatan tiada penghuni. Warna cat pun sudah kelihatan pudar. Dahlia menghentikan langkahnya di hadapan pintu pagar rumah teres itu. Baru sahaja Heather mahu menolak pintu pagar yang tidak berkunci itu, seseorang telah menyerang mereka dari belakang.

“Kenapa kau datang rumah aku?!”

Tanya perempuan itu kelihatan seperti tomboy sahaja.

“Nak cari kau.”

Jawab Kyler.

“Nak buat apa cari aku? Nak ujikaji kat makmal korang tu?”

Dahlia tergelak kecil.

“Kelakar ke?”

“Kelakar sangat. Kiteorang ni dah macam saintis ke?”

Sindir Dahlia. Perempuan itu menjeling tajam.

“Dahlia, dia boleh jadi banyak!”

Jerit Heather apabila perempuan itu tadi telah menjadi bilangan yang banyak. Seperti semuanya kembar seiras. Kyler dan Heather bingung. Tiba-tiba Dahlia tersungkur ke hadapan kerana klon perempuan itu tadi berdiri di belakang Dahlia dan menendang belakang Dahlia.

Dagu Dahlia bercalar. Kyler dan Heather cuba melindung Dahlia. Dahlia berdiri semula. Heather telah mencipta ribut pasir ke arah klon-klon perempuan itu. Semuanya ada 15 klon.

“Kita kena tangkap yang original punya.”

Kata Dahlia.

Perempuan itu tersenyum sinis.

Heather masih mengeluarkan ribut pasir dan halakan ke arah perempuan itu manakala Kyler mengelak tumbukkan demi tumbukkan dari klon perempuan. Dahlia memejamkan matanya dan cuba fokus untuk mengetahui yang mana satu asli.

Dahlia menoleh ke belakangnya. Rupa-rupanya perempuan tu berdiri di belakang Heather. Dahlia tersenyum sinis ke arahnya. Dahlia mengeluarkan bayangannya dari tubuhnya lalu pergi ke belakang perempuan itu lalu menendang belakangnya dan perempuan itu tersembam di atas jalan berbatu. Semua klonnya hilang sekelip mata.

Kemudian bayangan Dahlia menarik rambut perempuan itu.

“Aduhhh...aduhh...”

Perempuan itu mengaduh kesakitan.

“Kau main kasar dulu dengan aku kan? Nasib baik aku tak cederakan kau lagi teruk. Ni just tarik rambut kau je tau. Aku ni berhati perut lagi.”

Marah Dahlia. Dia pantang kalau orang serang dia tanpa dia beritahu apa niat dia datang ke sini. Makin kuat bayangan Dahlia menarik rambut perempuan itu.

“Maaf....”

Perempuan itu sudah mengalirkan air matanya akibat tarikan pada rambutnya amat memeritkan. Kyler dan Heather hanya berdiri di sebelahnya. Bayangan Dahlia resap semula masuk ke dalam tubuhnya. Perempuan itu menggosok-gosok rambutnya. Dahlia mencampak topinya tepat terkena pada wajahnya. Memang menguji kesabaran.

“Disebabkan kau dah naikkan angin aku. Aku nak kau ikut aku.”

“Tak ada sebab aku nak ikut korang. Aku dah hidup sendiri selama 21 tahun.”

“Ahhh! Jangan banyak cakap! Ikut aku!”

Anak mata Dahlia sudah bertukar warna. Dia merenung tajam ke arah perempuan itu supaya mengikut katanya.

“Ba..baiklah..”

Sesiapa yang memandang renungan mata Dahlia secara automatik mereka akan mendengar cakapnya dan terus mengalah.

---------------------------------------------------------

Dahlia masuk lalu duduk di atas sofa. Dia berpeluk tubuh. Semua memandangnya pelik. Angin Dahlia dah datang.

“Ni ahli baru.”

Kata Heather.

“Ja..Jacey..”

Perempuan yang bernama Jacey itu bersuara.

“Dia ni boleh jadi banyak..”

Kata Kyler pula. Semua mengangguk.

“Asal Dahlia ni angin semacam je? Asal calar dagu kau tu?”
Tanya Aryyan lalu mengusap dagu Dahlia. Dahlia menepis tangannya.

“Wah.. marah nampak leader? Angin semacam je ni, kenapa?”

“Salah aku...”

Kata Jacey. Aryyan memandangnya lama.

“Asal pulak salah kau?”

“Saya yang serang dia. Dia tersungkur sebab saya tendang belakang dia.”

Jujur Jacey.

“Wah nampaknya kau seorang yang jujur..”

Sindir Aryyan. Aryyan memetik jarinya lalu seekor naga muncul dan mengejar Jacey. Jacey menjerit.

“Sa..ya minta maaf...”

Rayu Jacey.

Ekor naga melibas belakang badan Jacey, Jacey tersungkur di hadapan orang ramai. Bella menolong dia bangun. Naga tersebut hilang apabila Aryyan memetik semula jarinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience