001 - New Life

Fantasy Completed 8472

001 - New Life

“Liaaa... Ary... cepat nanti kamu lewat ke sekolah!”

Jerit Puan Amanda iaitu ibu angkat kepada Dahlia dan Aryyan. Kini usia Dahlia dan Aryyan genap 17 tahun dan tak lama lagi mereka akan menamatkan persekolahan mereka dalam masa beberapa bulan lagi.

“Ya! Kami sudah siap!”

Berdentam-dentum bunyi kaki Dahlia dan Aryyan menuruni anak tangga, dah serupa bunyi gajah masuk rumah sahaja. Kelihatan Puan Amanda sedang bercekak pinggang di tepi meja makan. Encik Ricky pula sedang duduk di tepi meja makan sambil membaca suratkhabar harian.

“Ish anak dara dua orang ni. Tak tahu bangun awal sikit ke?”

Dahlia tersengih manakala Aryyan menjeling. Sikap Aryyan sejak kejadian silamnya menyebabkan dia berubah dengan drastik. Dia menjadi seorang pemarah. Dahlia pun lebih suka kepada menjadi seorang yang pendiam.

Seusai sarapan, Dahlia dan Aryyan menyarung kasut sport pada kaki mereka kemudian berjalan kaki ke sekolah. Rumahnya hanya jauh 300 meter dengan sekolah. Sudah menjadi kebiasan untuk mereka berjalan kaki ke sekolah.

“Aku benci dengan orang tua tu.”

Aryyan mula menyumpah seranah Puan Amanda. Dia memang tidak suka dengan kerenah Puan Amanda yang agak cerewet itu. Dahlia pula boleh menebalkan telinganya sekiranya Puan Amanda membebel. Kerap kali mereka mendengar Puan Amanda bergaduh dengan suaminya hanya disebabkan Encik Ricky sering balik lewat malam.

“Nak buat macam mana Ary. Nasib baik ada orang nak angkut kita ni masa kita sesat. Kalau tak agaknya kita dah jadi anak orang asli di hutan.”

Aryyan mendengus kuat.

“Aku lebih rela jadi anak orang asli. Bebas. Tak payah ke sekolah. Kita bukan bodoh pun. Kita dari kecil dah ada asasnya di dalam kotak pemikiran kita.”

“Manusia di planet kita dengan manusia di planet ini tidak sama, Ary. Please think it properly.”
Nada suara Dahlia bertukar menjadi dingin. Pening melayan kerenah si Aryyan yang sudah melebih-lebih ini.

Beberapa minit kemudian mereka sampai di sekolah, mereka terus melangkah masuk ke dalam mereka 5 Platinum.

“Wahh.. budak-budak pelik ni dah sampailah. Awal betul mereka sampaikan?”

Chika seorang gadis yang tinggi berukuran 165 cm dan tubuhnya langsing mengalahkan peragawati. Bersikap sombong bongkak dengan kekayaannya. Dahlia tidak mengendahkan sikap gedik manakala Aryyan hanya menahan egonya yang akan meletus tak lama lagi.

“Dengar... dengar si Dahlia tu ada benda pelik yang boleh keluar dengan tapak tanganya. You perasan tak dia dengan sahabat baik dia tu asyik pakai sarung tangan.”

Frishia iaitu sahabat baik Chika juga sekepala dengannya. Kaki gossip dan suka menjadi batu api.

“Yelah. I pun selalu dengar pasal benda pelik dekat dorang ni. Patutlah tak ada kawan langsung. Kesiankan? Miskin pulak tu. I pernah nampak dorang kat luar. Baju tshirt dengan jaket hood je.”

Chika dan Frishia mengilai.

“Lia.. aku nak meletup dah ni.”

Gumam Aryyan.

“Kau nak aku buat apa? Takkan nak bunuh dorang?”

“Aku tak suruh kau bunuh. Aku sendiri yang nak bagi pengajaran. Kau join aku tak?”

“Okey. Aku join.”

“Bagusss...”

Aryyan sudah tersenyum sinis. Lagi beberapa minit waktu rehat akan tiba. Sementara itu, Aryyan berbisik pada telinga Dahlia tentang rancangan jahatnya itu akan diadakan di kafeteria nanti.

Kringggg...

Tak sampai beberapa saat loceng berbunyi, berdesup Aryyan dan Dahlia keluar. Mereka mengambil tempat duduk betul-betul di tepi tembok. Tempat itu agak tersorok sikit dan senanglah rancangan Aryyan berjaya.

Keadaan di kafeteria masih lenggang, ramai pelajar masih belum lagi turun untuk berehat. Yelah, sekolah ni sekolah elit. Semua budak-budak pandai. Kononlah pandai.

“Dia datang, dia datang.”

Baru sahaja Dahlia mahu menyuapkan mihun goreng ke dalam mulutnya, dia memandang Chika dan Frishia yang sedang berjalan lenggang-kangkung ke kafeteria. Pelajar-pelajar yang lain juga sudah memenuhi kafeteria ini. Rehat diberi masa selama sejam.

Dahlia membuka sarung tangannya perlahan-lahan lalu mengeluarkan bayangan penumbuk halimunan lalu menumbuk perut Chika.

“Auchhhhhh!”

Chika jatuh terjelepok di atas lantai. Dia memegang perutnya. Aryyan tersenyum puas. Kemudian Aryyan mengeluarkan naga kecil dan naga tersebut pergi ke arah Chika dan Frishia. Hanya Chika dan Frishia sahaja yang nampak naga itu manakala pelajar-pelajar yang lain hanya nampak jelmaan sebagai burung.

“Ahhh! Naga! Naga! Tolong!”

Semua pelajar disitu terkejut dengan jeritan mereka. Dahlia dan Aryyan sudah ketawa kecil lalu mereka menjamu selera dengan hati yang puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience