009 - Teacher of Technology

Fantasy Completed 8430

009 - Teacher of Technology

“Good morning class!”

Seorang guru lelaki memberi kata selamat dengan teruja sekali kepada anak-anak muridnya yang berusia 12 tahun.

“Good Morning, Mr. Scott!”

Sambut anak-anak muridnya kemudian Scott menyuruh anak-anak muridnya duduk dan dia mulakan pengajarannya buat hari ini. Scott seorang guru yang pakar dalam teknologi. Dia mengajar anak-anak muridnya subjek ICT. Scott sememangnya pakar dalam semua teknologi. Tak payah diajar, secara automatik dia tahu. Dia sememangnya mempunyai kuasa yang luar biasa.

----------------------------------------------------

“Betul ke sekolah ni?”

Tanya Nichol.

Hari ini giliran Dahlia dan Nichol pula keluar mencari. Setelah mendapat maklumat dari seorang blogger menceritakan tentang dirinya sendiri.

“Yes. Inilah Sekolah Private Floreanca yang saya baca di dalam blog nya. Nama dia Scott, seorang guru subjek ICT yang sememangnya pakar dalam semua bidang teknologi. Dahlia sengaja mahu berjumpa dengan Scott kerana dia terasa bahawa Scott adalah salah seorang ahlinya juga.

“Nak cakap apa dengan pak guard tu?”

Nichol menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dahlia menggelengkan kepalanya.

“Nichol, awak ni memang kuat bertanyakan?”

Nichol tersengih.

“Kita cakap nak jumpa dengan Mr. Scott atas urusan penting. Lagipun sekarang mungkin dia sedang berehat.”

Setelah memberitahu pak guard tujuan mereka datang ke sini, Dahlia dan Nichol dibawa oleh salah seorang pak guard tersebut ke bilik guru. Katanya Mr. Scott selalu berada di dalam bilik guru sewaktu berehat.
“Mr Scott.”

“Ya saya?”

“Ada dua orang mahu berjumpa dengan Mr. Scott atas urusan penting? Mereka tunggu di bangku taman sana.”

“Baiklah terima kasih.”

Scott terus membetulkan necktienya lalu keluar dari bilik guru dan menuju ke arah bangku taman yang terletak di hadapan bilik guru.

“Um.. ya saya? Kenapa awak berdua mencari saya?”

Scott terpandang Dahlia yang sungguh ayu dengan pemakaiannya. Jantungnya berdegup kencang melihat wajah comel Dahlia.

“Maafkan saya Mr. Scott sebab mengganggu awak.”

Dahlia membuka bicaranya. Nichol hanya mengukirkan senyuman.

“Eh eh... tak salah lagipun saya tengah berehat. Apa yang salah boleh bantu?”

Scott melabuhkan punggung di bangku yang kosong. Matanya ralit memandang Dahlia lama.
“Nama saya Dahlia, dan ini kawan saya Nichol.”

“Wah.. sedap nama awak, Dahlia.”

Puji Scott. Dahlia hanya tersenyum.

“Saya ada baca di blog awak tentang sesuatu yang terjadi pada diri awak. Apa dia yang sudah terjadi pada awak?”

Serta-merta riak wajah Scott berubah. Terkejut juga pembaca blognya sanggup datang semata-mata untuk mengetahui hal tersebut. Dahlia memandang kiri dan kanan memastikan tiada sesiapa disitu.

“Boleh tak saya nak periksa sesuatu pada tengkuk awak?”

“Haa.. periksa? Untuk apa?”

Terketar-ketar suara Scott bertanya.

“Jangan takut saya cuma nak periksa sahaja.”

Dahlia memeriksa tengkuk Scott. Ada parut bertulisan S04. Dahlia tersenyum sangkaannya berjaya. Dengan senangnya pagi ni dia dapat berjumpa dengan ahli seterusnya.

“Nichol. Tunjuk.”

Nichol membekukan tangan Dahlia. Scott terkejut menyebabkan dia menjerit kecil. Dahlia mencairkan semula ais di tangannya lalu menyentuh tangan Scott.

“So? What do you think Mr Scott?”

Dahlia tersenyum.

-----------------------------------------------------

Selepas Scott habis kelas, dia berjumpa dengan Dahlia semula di hadapan pintu pagar sekolah. Nichol dan Dahlia menaiki kereta Scott dan menuju ke air terjun dimana terletaknya markas mereka. Scott, Nichol dan Dahlia keluar dari perut kereta setelah sampai di hadapan air terjun. Kereta Scott diparkir di sebelah kereta Prime.

“Hai korang..”

Semua memandang Dahlia.

“You got it?”

Tanya Aryyan.

“Yup. He is ICT Teacher.”

“Wow jadi cikgu.”

Aryyan memerli.

-----------------------------------------------------------------------

Malam itu, Aryyan mengajak semua makan malam di luar. Sudah lama terperap dalam markas. Mereka semua berkumpul di sebuah restoran yang tidak jauh dari markas mereka. Makan besar mereka malam ni. Yelah, ramai. Semuanya 9 orang.

Semua diam melayan diri masing-masing sementara menunggu pelayan mengambil pesanan mereka.

“Ya, nak pesan apa?”

Tanya seorang gadis kecil molek kepada Dahlia. Dahlia mengukirkan senyuman.

“Nak satu set B ni ya. 9 orang.”

“Baik. Terima kasih.”

“Sama-sama.”
“Lia.. aku rasa esok biar aku yang pergi cari.”

“Its up to you.”

Sedang menunggu pesanan mereka tunggu, ada sekumpulan lelaki dan perempuan berpakaian serba hitam menuju ke arah mereka. Seorang lelaki yang seperti orang mabuk ataupun hisap dadah mencekik leher Dahlia.

“Ni tempat kiteorang. Asal duduk?!”

Tengking lelaki itu. Dahlia kelihatan tenang walaupun dia dicekik. Sebelum dia melawan lelaki itu, dia mengkhayalkan pelanggan-pelanggan yang lain dengan kuasanya supaya tiada orang menyaksi pergaduhan mereka ini.

Lelaki itu terpelanting jauh apabila Dahlia menggunakan kuasanya. Satu cahaya dari telapak tangannya dibaling ke arah lelaki itu.

“Aryyan bertindak.”

Dahlia terapung ke awangan. Hanya dia seorang sahaja yang mampu membuat begitu. Aryyan terapung dengan menggunakan naganya. Dahlia mendekati lelaki itu dan ternampak tanda bentuk bulat pada leher lelaki itu. Tak silap lagi dia dah diserang oleh puak bentuk. Maknanya puak bentuk dan warna telah datang ke bumi untuk membunuh mereka.

“Ary! Kita kena serang dengan puak bentuk. Bertindak!”

Lelaki itu ketawa jahat dengan kuat. Hentakkan pada batang pokok tidak seri baginya lagi. Misi dia adalah untuk membunuh puak nombor dan huruf.

“Pandai kau teliti leher aku ni, kan?”

Sinis lelaki itu.

Dahlia sudah menjejakkan kakinya semula ke darat. Prime, Nichol, Aryyan, Ryan, Bella, Giselle, Scott dan Kyler berdiri di belakang Dahlia. Dahlia tersenyum sinis.

“Sememangnya aku pandai sejak dilahirkan.”

Kata Dahlia.

Dahlia mengeluarkan kuasa imiginasinya iaitu satu lava gunung berapi keluar dari tapak tangannya lalu ditembak ke arah lelaki itu. Sekelip mata lelaki itu hancur kerana dia tidak sempat bertindak apa-apa. Sekarang hanya tinggal konco-konconya sahaja.

Prime mengangkat enam orang sekaligus lalu dibalingnya ke atas dengan kuat. Bella menjerit menyuruh kawan-kawannya memakai headphone dan dia mengeluarkan bunyi bising yang amat memedihkan telinga. Kyler membuat tumbukan pantas sambil berlari laju mengelilingi musuhnya itu.

Giselle bertukar menjadi seekor serigala lalu menggigit badan-badan musuhnya. Ryan badannya penuh dengan api marak hanya menyentuh badan-badan musuhnya sehingga rentung. Nichol membeku musuhnya dengan suhu yang paling tinggi sekali. Scott pula dengan hanya memejamkan mata dia menyebarkan virus yang teruk kepada otak musuh-musuhnya dan menyebabkan sekelip mata mereka maut kerana kerosakkan otak.

Aryyan menghayunkan tangannya ke kiri dan kanan dan naganya mengikut rentak tangannya dengan hanya menumbuk dan menendang musuhnya dan Dahlia menggunakan kekuatan imiginasinya dengan mengapungkan semua musuhnya ke atas lalu menghentakkan di atas jalan berbatu beberapa kali. Geramnya sangatlah luar biasa. Dia berdendam dengan puak warna dan bentuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience