011 - M05

Fantasy Completed 8431

011 - M05

“Dahlia cepatlah!”

Jerit Aryyan.

“Ya, aku dah siap. Aduhh, tak reti menyempat.”

Dahlia mendengus.

Hari ini giliran Dahlia, Aryyan dan Ryan keluar mencari ahli. Ryan yang dari tadi asyik berpeluk tubuh saja. Mukanya sentiasa masam membuatkan Aryyan tertarik. Masam-masam pun tetap handsome tetapi memandangkan Aryyan ini mempunyai ego yang tinggi dia abaikan sahaja perasaannya terhadap Ryan. Malas nak bercinta-cintun. Bukan prinsipnya.

“Sampai bila nak cari ni?”

Tanya Ryan mula tidak puas hati.

“Kau kata kau gengster. Cari orang sekelip mata sahaja. So apa kata kau carikan?”

Jawab Aryyan. Ryan mendengus.

Mereka berjalan kaki sehingga di perhentian bas. Sengaja mahu berehat disitu sebentar. Aryyan pula pergi ke gerai air disebelah perhentian bas itu manakala Dahlia dan Ryan menunggu di bas perhentian itu.

“Dahlia tengok tu.”

Ryan mencuit kasar lengan Dahlia. Terkejut Dahlia dibuatnya.

Dahlia melihat seorang lelaki bertukar menjadi seorang lelaki yang sebiji sama seperti lelaki tua yang seperti seorang koporat yang berada di hadapanya. Bulat mata Dahlia melihatnya. Perlahan Dahlia menghalakan tapak tangannya ke arah lelaki yang menyamar jadi orang tua itu. Ryan terkejut apabila ada tali bercahaya keluar dari tapak tangan Dahlia lalu mengikat tangan lelaki itu dan menariknya sehingga ke hadapan mereka. Lelaki tadi terus berubah kepada dirinya yang asal akibat terkejut dengan tindakan Dahlia.

“Macam...mana kau tarik aku ke sini?!”

Lelaki itu bersuara.

“Saya macam awak jugak.”

Dahlia menarik bahu lelaki itu lalu memeriksa tengkuknya.

“M05”

Aryyan tiba dengan membawa tiga cawan air sirap.

“Eh? Dah jumpa ke?”

Dahlia mengangguk.

“Siapa?”

“Dia boleh menyamar jadi kau. Jadi aku. Jadi Ryan dan semua orang kat dunia ni.”

“Wooooo... awesome.”

Kata Aryyan.

“Korang ni siapa, hah?”

“Aku Dahlia.”

“I am Aryyan.”

“Ryan.”
“Kiteorang macam kau jugak. Macam yang kau nampak tadi aku tarik kau pakai tali yang keluar dari tapak tangan aku.”

Lelaki itu tercengang.

“Aku ingat aku sorang aje yang jadi macam ni kat dunia ni.”

“Nama kau siapa?”

“Maverick.”

“Wow nice name, Maverick.”

Puji Aryyan.

“Jom ah ikut kiteorang ke markas.”

“What?! Markas?”

Terus Ryan menekup mulut Maverick yang sudah menjerit kuat.

“Kau ni...”

Dahlia menjeling tajam.

--------------------------------------------------------------------------
Pintu markas terbuka lalu Dahlia dan Aryyan masuk diikuti Ryan dan Maverick.

“Hai.. newbie!”

Kata Bella. Maverick tersenyum.

“Apa kuasa dia?”

Tanya Kyler yang sedang memeluk lututnya di atas sofa.

“Camouflage.”

Jawab Ryan.

“Wooo...”

“Nama aku Maverick..”

Perkenal Maverick.

----------------------------------------------------------

Malam itu Dahlia berlatih seorang di gelanggang, dia mahu menguji tahap kekuasaannya. Setakat ini dia boleh mengawal kuasanya dan dia dapat mengeluarkan satu kuasa yang baru dengan mengeluarkan bayangan dirinya dari tubuhnya sendiri dan dia dapat mengawal bayangan tersebut dengan hanya menggunakan minda imiginasinya.

“Dahlia...”

Dahlia membuka kelopak matanya semula apabila terdengar seseorang memanggilnya dari belakang. Bayangan tersebut resap ke dalam tubuhnya semula.

“Ya Kyler?”

“Saya menganggu awak ke?”

“Tak adalah. Saya tengah berlatih sahaja.”

“Boleh saya nak berborak dengan awak tak?”

“Ya boleh.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience