024 - They Died

Fantasy Completed 8437

024 - They Died

Tubuh Dahlia semakin lemah begitu juga dengan Troy tapi masing-masing menguatkan diri untuk memusnahkan ketujuh-tujuh konco Black.

“Dahlia! Prime, Maverick dan Iesha dah mati! Dorang terkena tembakan dengan kuasa mereka. Mereka semakin banyak disebelah timur.”

Dahlia membuka kelopak matanya perlahan dan melihat Prime, Maverick dan Iesha sudah mati dengan darah berlumuran pada badan mereka. Dahlia menitiskan air matanya. Dia tidak boleh nak melindungi kesemuanya.

Dahlia memandang di sebelah timur. Ramai lagi konco Black sedang menyerang mereka. Tubuh Dahlia pula semakin lemah. Dan dia terjatuh kebawah bersama Troy. Troy memegang erat tubuh Dahlia.

“Dahlia.. awak okey? Awak sangat lemah...”

“Sa..saya okey.”

Dahlia mengagahkan dirinya untuk bangun. Tiba-tiba ada satu tembakan tepat kena pada Ryan yang cuba melindungi Dahlia daripada terkena tembakan tersebut.

“Ryan...”

Luluh hati Dahlia melihat Ryan tersekat-sekat untuk bernafas. Perlahan-lahan Ryan menghembuskan nafasnya.

“Tidak! Ryan!”

Aryyan menjerit dan terus memeluk Ryan.

“Aku sayangkan kau Ryan. Kenapa kau tinggalkan aku?”

Aryyan menangis teresak-esak. Inilah tangisan pertama Aryyan setelah bertahun-tahun dia tidak pernah menangis. Dia menangis kerana dia belum sempat mengungkap kata cinta pada Ryan.

Aryyan bangun lalu dia mengeluarkan enam ekor naga sekaligus. Naga yang berbadan besar dan panjang. Tak pernah dibuat Aryyan sebelum ini. Dia memang tengah up sekarang ni. Kemarahan Aryyan akan meletus tak lama lagi seperti gunung berapi.

Dahlia dan ahli-ahli terus-menerus diserang. Kali ini Bella, Jacey dan Oswald mati akibat melindungi Aryyan yang hampir terkena bom buatan kuasa konco Black. Dahlia terkesima. Dia seperti tidak kuat lagi apabila melihat mereka mati di hadapan matanya sendiri. Dibelakangnya pula Troy dan Scott melindunginya dan dihadapannya ada Aryyan. Dia tidak sanggup lagi.

“Giselle!”

Dahlia tidak sempat menyelamatkan Giselle yang sudah melecur satu badannya akibat terkena bebola api. Dahlia menangis teresak-esak. Dia cuba untuk menguatkan dirinya untuk melindungi rakan-rakannya yang lain.

“Dahlia, kami minta maaf..”

Kata Arius, Camellia, Eva dan Floy serentak. Dahlia tersenyum lalu memeluk mereka. Kemudian mereka menempuh semula. Floy rebah kerana dia terkena renjatan elektrik berarus tinggi. Dahlia mendekati tubuh Floy yang kekejangan dan perlahan-lahan Dahlia menutupkan mata Floy.

Nichol dan Lincoln masih lagi bergelut dengan konco Black. Aryyan pula memang tahap marahnya masih tinggi. Habis semua konco Black disapunya mudah.

“Dahlia, biar kami semua berlawan dengan mereka. Awak pergi cari Black sebelum dia sampai ke Bumi.”
Suruh Scott. Dahlia berat hati mahu meninggalkan mereka. Dia dipaksa oleh Troy dan Scott berkali-kali. Dia mengapungkan diri setinggi yang mungkin lalu mengimbas Black. Dahlia menekup mulutnya kerana Black hampir sahaja sampai ke Planet Bumi dalam masa beberapa jam lagi. Dahlia terus memecut ke arah kapal angkasa menggunakan kuasa apungannya. Dia meminjam kuasa Kyler yang laju itu.

Dahlia berkuasa imiginasi semuanya dia boleh lakukan. Semua kuasa ahlinya juga dia boleh gunakan dengan mudah.

“Black!”

Muka Black mula cuak melihat Dahlia mampu mengejar dia sejauh ini dengan beberapa saat sahaja. Dahlia memecahkan pintu masuk kapal angkasanya kemudian dia masuk dan terus menarik Black menggunakan tali elektrik yang keluar dari telapak tangannya.

“Ahhhh! Lepaskan aku!”

Anak mata Dahlia sudah bertukar warna putih bercahaya. Black takut melihatnya. Dahlia sedang sangat marah dengannya. Perlahan-lahan elektrik itu mengalir dalam urat Black. Black meronta-ronta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience