026 - Rebuild The Empire

Fantasy Completed 8430

026 - Rebuild The Empire

Sejak peperangan tersebut tamat setelah Black mati ditangan Dahlia. Dahlia koma selama enam bulan. Aryyan setia menemaninya. Talian hayat Dahlia kadang-kala bergaris panjang amat mengejutkan Aryyan dan tidak lama kemudian talian hayatnya ada semula. Kini yang masih hidup hanya Kyler, Heather, Scott, Troy, Lincoln dan Nichol. Masing-masing mengalami kecederaan yang teruk. Kyler dan Heather juga cedera apabila dalam perjalanan menyelamatkan keluarga Dahlia dan Aryyan.

Enam bulan kemudian, Dahlia mencelikkan matanya semula dan ketika itu semua orang masih lagi tidur. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Dahlia bangun lalu pergi melihat papa dan mamanya. Dia menangis melihat papa dan mamanya masih lagi hidup. Perlahan-lahan dia mendekati tubuh mereka dan terus memeluk dengan erat.

“Papa..mama..”

“Dahlia puteri papa...”

Dahlia tersenyum mendengar panggilan tersebut.

“Dahlia! Dahlia!”
Aryyan menjerit memanggil Dahlia apabila dia tersedar Dahlia tiada lagi terbaring di atas katil.

“Aku kat sini.”

Aryyan berlari mendapatkan Dahlia lalu memeluknya.

“Kau hidup!”

Dahlia tersenyum.

“Papa.. macam mana...”

“Papa tahu mesti Dahlia akan tanya soalan itu. Papa dan Mama memang kena tembak dengan Aael tetapi tembakan itu tidaklah dalam mana. Konco Black yang merawat kami dan kemudian mereka menyeksa kami.”

Dahlia memandang papanya yang sedang duduk atas kerusi roda kerana kaki kirinya putus manakala mamanya pula sebelah kanan mata tidak berfungsi. Daddy Aryyan pula masih lagi trauma dan tak banyak bercakap.

“Dahlia anak papa cantik sangat bila dah besar. Papa rindu kali terakhir papa jumpa Dahlia ketika kecil.”

Dahlia menangis lalu memeluk papanya erat.

“Dahlia...”

Dahlia menoleh kebelakang apabila melihat Kyler mendepakan tangannya untuk dipeluk. Dahlia terus berlari lalu memeluk Kyler lama.

“Hanya kita sahaja yang masih hidup. Mereka semua sudah tak ada. Aman dengan kematian mereka sebab mereka dapat hak mereka dengan melindungi kita, Lia.”

Kata Aryyan. Dahlia mengangguk perlahan sambil air matanya menitis. Dia rindu saat dia buat misi pencarian dan di dalam markas. Dahlia memeluk Troy, Heather, Lincoln, Nichol dan Scott.

“Sekarang apa misi kita?”

Tanya Heather.

“Bangunkan semula empayar ini.”

Senyum Dahlia.

---------------------------------------------------------------

Untuk membangunkan semula empayar ini mengambil masa dua bulan untuk siapkan dengan bantuan kuasa mereka. Ada beberapa puak muncul dan mahu sertai empayar ini, puak tersebut adalah Puak Tulisan, Puak Geometri, Puak Perkataan dan Puak Ciptaan. Mereka semua bergabung dan bersatu manakala puak bentuk dan warna yang masih lagi tersisa disumbatkan ke dalam penjara khas di dalam lautan.

Papa Dahlia masih lagi menjadi president dibantu oleh Alpha. Kondisi mereka semakin membaik. Aryyan yang mencari mummynya, sudah ditemui. Daddy Aryyan tak lagi bersama Aael kerana Alpha sangat marah dengannya. Aryyan tidak boleh buat apa. Dahlia membina sebuah rumah khas untuk Aael menggunakan kuasa imiginasinya.

“Cantik gambar ni...”

Dahlia mengusap gambar tersebut.

Flashback

“Korang penatlah asyik berlatih aje. Jom selfie!”

Ajak Bella. Semua berebut-rebut mengambil tempat apabila Bella sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.

Klikk klikk...

Beberapa kali gambar mereka diambil.

“Kita ambil gambar sepenuhnya jom...”

“Siapa nak tangkap? Hantu?”

Seloroh Nichol.

Jacey cebik.

Tiba-tiba telefon bimbit Bella terapung membuatkan dia menjerit kecilnya. Rupanya Dahlia mengapungkan telefon bimbitnya dan klik! Satu gambar terhasil dengan cantik. Kemudian masing-masing berebut untuk bluetooth gambar tersebut.

“Cantik!”

“Gambar kenangan sebelum kita berperang.”

“Yeah! Alphabet! Numbers!”

Jerit mereka serentak.

End of Flashback
Dahlia mengesat air matanya. Kini hanya lapan orang sahaja yang hidup semasa peperangan. Lapan orang daripada 20 orang. Dahlia tak akan lupa jasa mereka yang melindungi dia semasa peperangan. Rantai-rantai mereka Dahlia masih simpan lagi digantung di dalam bingkai kemudian digantung pada dinding bersebelahan dengan gambar tadi.

“Dahlia...”

Panggil Kyler. Manik-manik peluh berjuraian pada wajah Kyler.

“Ya?”

“Sedih lagi?”

Dahlia mengangguk laju lalu dia memeluk Kyler.

Empayar President Seven semakin pulih. Dahlia membuatkan kaki palsu buat papanya menggunakan kuasanya. Kuasa Dahlia semakin lama semakin kuat. Begitu juga dengan Aryyan. Aryyan sekarang banyak mendiamkan diri kerana dia masih lagi terkejut dengan kematian Ryan tanpa sempat dia berkata apa-apa. Nichol banyak kali memujuknya. Mungkin Nichol ada hati pada Aryyan. Scott pula sekarang bersama Heather. Troy dan Lincoln membuat kerja masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience