008 - Research About Enemy

Fantasy Completed 8430

008 - Research About Enemy

Hari ini sementara Prime dan Kyler mencari ahli seterusnya. Dahlia, Aryyan, Nichol dan Bella cuba mencari maklumat untuk mengenalpasti musuh mereka. Ryan pula masih belum terbuka hati untuk menerima semua ini. Ryan adalah seorang ketua gengster yang paling pelik di planet bumi ini kerana setiap kali dia mengutip hutang pastinya dia akan menggertak orang itu dengan badannya berapi marak.

“Musuh kita dari puak warna dan bentuk.”

“Macam mana nak kenalpasti mereka dari puak warna dan bentuk?”

Aryyan mula membuat gaya berfikir sambil merenung komputer ribanya.

“Kami tak berapa ingat tika itu macam mana nak kenalpasti. Masa tu kiteorang baru umur lima tahun.”

Kata Dahlia.

“Hm, susahlah begini.”

Nichol mengeluh.

“Kau semuanya susah,Nichol.”

Sinis Aryyan. Nichol terdiam.

“Kau kalau tak nak tolong carikan baik kau join Ryan.”

Marah Aryyan.

“Takpe. Aku nak tolong..”

Sayu suara Nichol.

“Dahlah jangan bergaduh. Straight to our point please.”

Dahlia bangun lalu mengambil sepucuk surat bernombor tujuh. Surat yang terakhir dari bapanya. Dahlia melabuhkan punggungnya disebelah Ryan yang sedang ralit bermain dengan jari-jemarinya lalu dibacanya surat tersebut.

Kepada anak papa tersayang, Dahlia Seven.

Ini adalah surat terakhir papa memandangkan keadaan sekarang semakin rumit membuatkan papa mungkin tak sempat lagi untuk papa menuliskan surat. Surat kali ini mungkin agak panjang. Papa ingin menceritakan tentang musuh kita dan peperangan kita. Untuk mengenali mereka agak senang sedikit. Sekiranya dari puak warna, anak mata mereka pasti berwarna mengikut nama mereka manakala puak bentuk ada tanda bentuk pada setiap leher mereka. Bentuk pada leher mereka agak kecil jadi kena perhatikan dengan betul.

Tentang peperangan, bila-bila masa anak papa dan kawan-kawan yang lain akan diserang. Berkemungkinan mereka sudah turun ke bumi juga. Papa tak pasti. Peperangan tersebut peperangan untuk menghapuskan puak nombor dan huruf. Penduduk-penduduk kita sudah pun berpaling arah menjadi puak bentuk dan warna. Mereka berkemungkinan ada dua tanda. Parut pada tengkuk memang khas untuk mengenalpasti puak huruf dan nombor. Jadi anak papa berhati-hati untuk menyerang seseorang, jangan sampai membunuh ahli sendiri. Sekiranya menyerang ahli sendiri, puak kita serta-merta binasa dari planet tersebut dan menyebabkan puak kita pupus. Jadi dengan senang sekali puak warna dan bentuk untuk membeloti kerajaan papa kendalikan.

Itu sahaja papa mahu beritahu kepada anak papa sayang. Dahlia, tatkala kelahiran Dahlia, papa gembira sangat. Sudah lama papa impikan untuk mendapat seorang anak yang boleh menggantikan papa bila tua. Namun sangkaan papa meleset. Papa tak sempat nak melihat Dahlia besar. Sekarang Dahlia dah lima tahun, masih kecil. Tak sempat papa mahu melihat Dahlia mengendalikan kerajaan papa ni. tapi papa harap Dahlia boleh suatu hari nanti walaupun papa tiada disisi Dahlia. Dahlia tahu kenapa papa suka dan letakkan nama Dahlia pada anak perempuan papa ni. Sebab ketika papa bercinta dengan mama, papa sering memberi mama sekuntum bunga Dahlia sehingga kami berkahwin, papa tetap beri setiap hari. Sehingga mama memberitahu berita gembira yang dia sedang hamil. Ketika Dahlia sudah dilahirkan, mama dan papa bercadang bersama mahu meletakkan nama Dahlia. Bunga kesukaan papa dan mama. Anak papa dan mama, Dahlia.

Papa nak pesan pada Dahlia, jangan takbur dengan kekuasaan. Berbincang adalah satu kunci utama untuk selesaikan masalah bukan seperti puak warna dan bentuk yang terus menyerang papa kerana ketidakpuasan hati. Papa pasti ada serba kekurangan sepatutnya mereka boleh datang dan berbincang kepada kami tapi apakan daya semuanya sudah musnah.

Dahlia, anak papa tersayang. Ingat tau semua pesanan papa dalam setiap surat. Anak papa ni orang yang baik seperti mama. Itu sebab papa sayangkan mama dan cintakan mama. Kamu memang mirip sangat seperti mama kamu. Sayang, selamat tinggal papa ucapkan. Uncle Alpha turut sayangkan kamu. Uncle Alpha harap kamu dan Aryyan sentiasa bersama dan jangan pernah berpisah sama-sekali. Kamu berdua harapan kami berdua untuk teruskan kerajaan ini.

Sayang anak ayah, I love you.
Teresak-esak Dahlia menangis apabila membaca isi kandungan surat yang terakhir ini. Hatinya sangat sebak. Dahlia meletakkan surat itu di atas meja kopi lalu memeluk lututnya. Sudah 12 tahun papa dan mama meninggalkannya. Siapa yang tak rindu? Kubur untuk dilawat pun tiada. Berjurai-juraian air mata Dahlia mengalir.

“Lia.. kenapa ni?”

Aryyan memeluk Dahlia erat. Dahlia menangis di dalam dakapan Aryyan. Kemudian, Aryyan mengambil surat yang ada di atas meja kopi itu lalu dibacanya.

“Daddy... Uncle Seven... Aryyan janji.”

Aryyan memeluk Dahlia erat.

--------------------------------------------------------------------

Terkejut Dahlia yang sedang termenung di atas sofa apabila terdengar bunyi geseran pintu markas terbuka. Prime dan Kyler membawa masuk seorang gadis. Wajahnya sembab seperti baru lepas menangis. Dahlia mendekati gadis itu. Gadis itu kelihatan ketakutan.

“She is G08- Giselle.”

Kata Kyler.

“Giselle awak tak perlu takut. Saya kawan awak. Kami semua macam awak. Jangan awak risaukan.”

Lemah-lembut sahaja Dahlia memujuk. Kelembutannya membuatkan Kyler mula terpikat dengannya tetapi sempat dia cover perasaannya.

“Apa kuasa kau?”

Tanya Aryyan sambil memandang Giselle.

“Saya.. saya...”

“She can talk with animals. She also can turn to any animals. Like we saw just now.”

Prime menolong Giselle menjawabkan soalan Aryyan.

“Wow!”

Aryyan menepuk tangannya.

“You the animals lover.”

Kata Bella. Perlahan-lahan Giselle mengangguk.

“Sini Giselle. Duduk di sebelah saya. Saya ada satu nak diterangkan pada awak.”

Dahlia dan Aryyan mula menceritakan pekara sebenar kepada Giselle yang lain hanya memasang telinga dan mendengar dengan teliti sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience